Skip to main content

Zambry Abdul Kadir : Menteri Besar RM100 Juta!

Zambry Abdul Kadir
Menteri Besar RM100 Juta


Sudah lama saya bangkitkan soal ini, iaitu mengapa pemimpin-pemimpin UMNO tidak menyerang para pemimpin PKR dengan menggunakan senjata perundangan seperti mana mereka melakukannya terhadap pihak kerajaan dan para pemimpin UMNO selama ini? Kes kemenangan Dr Zambry menyaman Presiden PKR (baca di sini) seharusnya membuka mata banyak pihak bahawa para pemimpin UMNO boleh dan mesti banyak melakukan saman fitnah atau saman malu terhadap pemimpin-pemimpin PKR dan DAP - agar mereka pula yang "mengelupur" seperti mana yang mereka lakukan kepada kerajaan dan para pemimpin BN/UMNO.

Selama ini kita lihat hanya pemimpin parti pembangkang sahaja yang sangat rajin turun naik mahkamah dan keluar masuk pejabat polis untuk membuat laporan kononnya para pemimpin BN terlibat dengan salah guna kuasa dan penyelewengan - namun demikian, kita lupa pemimpin-pemimpin parti pembangkang juga merupakan manusia yang banyak membuat dosa dan noda - mereka juga sebenarnya suka menabur memfitnah dan mengada-ngadakan cerita bagi mengaibkan nama pemimpin UMNO/BN tertentu. Tetapi malangnya, selama ini pemimpin-pemimpin BN seolah-olah "takut" untuk bertindak mengikut saluran perundangan, kerana dikhuatiri tewas dalam perbicaraan.

Kejayaan awal Dr Zambry ini harus menjadi pemangkin, sekali gus menggalakkan para pemimpin BN/UMNO untuk maju setapak lagi ke hadapan dengan bertindak menyaman sebanyak mungkin para pemimpin pembangkang yang jelas dan terang-terangan menyebarkan fitnah kepada diri mereka dan kerajaan. Hal ini sangat penting, kerana sedikit sebanyak, pemimpin-pemimpin pembangkang tidak lagi boleh melakukan apa-apa sahaja yang mereka mahu atas nama demokrasi dan kebebasan bersuara.

Soalnya sekarang, mengapa tiada ada satu saman fitnah pun yang yang "ditujukan" kepada Anwar Ibrahim sejak beliau dibebaskan daripada penjara? Mengapa masih terdapat pemimpin-pemimpin UMNO yang "takut-takut" menyaman Anwar, walaupun sangat jelas beliau telah memfitnah kerajaan dan pemimpin-pemimpin UMNO tertentu? Kita mesti memufliskan Pakatan Rakyat dengan cara mengemuka sebanyak mungkin saman malu dan fitnah - agar hayat parti tersebut lebih cepat dikuburkan dari bumi Malaysia ini. Wallahualam.

Comments

Unknown said…
Salam, pemimpin UMNO tak mahu banyak kan kroje Hakim dan mahkamah dgn masalah mereka bro. biar Mahkamah selesaikan masalah rakyat. pembangkang bukan penting kan rakyat lebihkan guna mahkamah untuk politik mereka.
Anonymous said…
Mereka lebih cepat. Mereka dah beli surat khabar baru.
azlishukri said…
dinbunga harapan kita agar pemimpin2 UMNO tidak jadi penakut.
shamshul anuar said…
Saudara Azli,

Saya setuju dengan Dr Zambri. Dr Zamri buat perkara betul dengan menyaman.

Saya faham sikap orang Melayu. Kadang-kadang pemimpin UMNO mungkin fikir buat apa buang masa saman kerana mereka ( pemimpin UMNO) tidak bersalah. Pemimpin UMNO anggap fitnah pembangkang sebagai tidak perlu dilayan.

Tetapi fitnah berleluasa. Dan rakyat akhirnya akan terpengaruh. Kita semua manusia biasa. Bilas berulang kali dengar fitnah pasal pemimpin UMNO, kita sedikit sebanyak akan terpengaruh.

Saman akan mengajar pembangkang yang gila kuasa agar hati-hati bila buka mulut.

Syabas DR Zambri.
azlishukri said…
saudara shamsul itulah harapan kita sebenarnya.

Pilihan Pembaca

Raja Petra Tidak Takut Allah

Fitnah Terbaru Raja Petra Oleh JEFRI ZACHARIAH Nampaknya bulan Ramadan bukanlah 'penamat' untuk Raja Petra (RPK) melakukan fitnah kepada orang yang dibencinya. Kali ini mangsanya tidak lain dan tidak bukan, Peguam Negara sendiri, Tan Sri Gani Patail. Tanpa ada rasa bersalah dan berdosa, RPK menuduh Gani mempunyai hubungan sulit dengan Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsanya, Datuk Azailiza Mohd Ahad. Dalam kolumnya 'No Holds Barred' , RPK menulis dalam artikel berjudul 'Okay, What About This Affair Then?' bertarikh 16 Ogos, hubungan sulit antara Abdul Gani dan Azailiza adalah 'rahsia terbuka' dikalangan kakitangan Jabatan Peguam Negara. "Ya, semua orang tahu mengenai hubungan suklit ini. Ia bukan rahsia. Peguam Negara dan Azailiza selalu ke luar negara bersama, dan untuk menjimatkan wang pembayar cukai, mereka memilih untuk berkongsi bilik daripada menyewa bilik berasingan. Nampak gayanya banyak sangat skandal seks di Istana

6 Asas Penting Mengapa Perhimpunan Bersih Haram Di Sisi Islam

Demonstrasi, sering dilihat dari kaca mata perundangan dan ekonomi, jarang kita melihatnya dari aspek agama. Maksud saya, isu ini acapkali disisihkan daripada kaca mata Islam, bahkan tidak kedengaran langsung dalam kalangan ulama tempatan membicarakannya, seolah-olah mereka turut redho atas segala tindak tanduk penyokong-penyokong PKR yang menganjurkan demonstrasi besar-besaran selama ini bagi menjatuhkan kerajaan. Mengapa para ulama membisu? Mengapa mereka tidak bercakap perkara yang hak? Dan mengapa mereka menyembunyikan ilmu dan hukum? Jika berkenaan Karnival Sure Heboh atau konsert artis, para ulama pantas memberikan hukum, tetapi dalam isu demonstrasi dan tunjuk perasaan yang sering dianjurkan oleh parti pembangkang, tiada ulama pun yang menegur. Apakah mereka takut dituduh sebagai penyokong kerajaan? Atau mereka tidak mahu bercakap benar? Aneh, dan kadangkala menjadi misteri dalam kalangan ulama tempatan, baik yang berfahaman salaf mahup

Bukan Bekas Raja Permaisuri Agong Sahaja Yang Kena Tipu

Saya menyokong penuh tindakan bekas Raja Permaisuri Agong, Cik Puan Siti Aisyah Abdul Rahman, menfailkan saman terhadap Uncle Seekers yang semakin melampau dan menjatuhkan aib bekas Permaisuri Agong itu (baca di sini) . Saya sudah lama mengikuti kisah tersebut, tetapi tidak berminat untuk membuat apa-apa posting berkenaan dengannya, hal ini adalah disebabkan, saya sememangnya tidak berapa suka dengan anak penulis buku politik yang tidak mempunyai prinsip perjuangan itu. Pada hujung tahun 2007, saya bersama dengan rakan baik saya saudara Anuar Manshor (bekas editor Dewan Kosmik) pernah bertemu dengan Uncle Seekers bagi tujuan memperoleh info berkenaan dunia paranomal yang menjadi minat dan penyelidikannya. Dalam pertemuan yang sangat lama, saya secara tidak langsung dapat menghidu sikap dan kehidupan Uncle Seekers "yang tidak seberapa nak kena" itu dengan pantas dan kemas. Kritikan pedasnya terhadap pengamal perubatan tradisional dan pengamal perubatan Islam seperti Dr Harun D