Sebenarnya kisah penyelewengan kertas undi dalam pemilihan PKR yang sedang berjalan ketika ini - merupakan satu kebenaran (baca di sini). Sudah jelas dan nyata, wujud keraguan dalam jumlah undi dengan jumlah ahli PKR yang datang mengundi. Ia bukan sahaja perlu disiasat, bahkan individu yang terlihat harus segera berundur dari PKR.
Isu berhubung Zaid Ibrahim berniat mahu menubuhkan Parti Keadilan Baru hanyalah mewarisi kegagalan Parti Semangat Melayu 46 yang pernah gah pada satu ketika dahulu. Ia tidak akan membawa Zaid Ibrahim ke mana-mana. Mahu atau pun tidak, Zaid perlu kekal dalam PKR, beliau perlu menggunakan teori pecah dan perintah, yakni hancurkan dahulu PKR dari dalam, dan kemudian bina semula kekuatannya. Inilah satu-satunya cara untuk Zaid membersihkan kekotoran yang sedang membaluti batang tubuh parti kesayangan Anwar Ibrahim tersebut.
Saya sama sekali tidak bersetuju Zaid menubuhkan sebuah lagi parti baru - hal ini adalah kerana beliau bukanlah seorang tokoh yang terkenal dan ternama. Sukar rasanya untuk beliau mendapatkan dana kewangan, seperti mana yang dilakukan oleh Anwar untuk PKR. Tanpa dana kewangan yang kukuh, mana-mana parti yang hebat pun akan hancur dan musnah. Yang jelas, Zaid tiada kekuatan ini. Justeru itu, nasihat saya jangan buat kerja yang memeningkan kepala, tumpukan perhatian untuk menghancurkan PKR dari dalam terlebih dahulu dan lepas itu bina semula PKR yang sudah hancur itu.
Saya yakin dan percaya, beliau tidak akan dipecat dari PKR. Sekiranya beliau dipecat, ia secara tidak langsung membuktikan Anwar Ibrahim dan Azmin Ali benar-benar bersalah dan mahu menyembunyikan sesuatu. Lantaran itu, pada hemat saya Zaid tidak akan dipecat - tetapi bakal disisihkan secara terhormat. Dalam keadaan sekarang, Zaid perlu berhati-hati terdapat ramai kuncu-kuncu Anwar yang sedang menunggu untuk "melanyak" beliau cukup-cukup, sama ada melalui serangan peribadi, mahu pun dengan cara mempergunakan nama ahli akar umbi bagi menyingkirkan Zaid daripada PKR. Walauapa pun tindakan Anwar selepas ini, Zaid tetap akan dilihat sebagai hero yang mempunyai idealisme tersendiri, demi melakukan reformasi dalam reformasi. Wallahualam.

Comments