Skip to main content

Milik Siapa Rumah Syaitan Ini?

Zaid Ibrahim
Wira Baru PKR

(Apabila saya mengamati penjelasan Zaid Ibrahim di bawah - maka jelaslah ramalan awal saya bahawa Zaid akan memperincikan masalah yang sedang berlaku di dalam PKR. Soal yang sedang berlegar di dalam kotak minda ahli-ahli PKR sekarang, hanya satu - iaitu apakah yang akan dilakukan oleh Zaid dan Mustaffar Kamil setelah tamat tempoh 48 jam (kata dua) yang diberikan kepada Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution agar segera memberhentikan proses pemilihan yang sedang berjalan ini? Saya sudah meramalkan beberapa perkara sebelum ini - dan ia benar-benar terjadi, langkah politik Zaid bijak dan sekali lagi saya jelaskan Zaid akan menang dalam pertarungan dengan Anwar Ibrahim. Saya meramalkan beberapa hal akan berlaku selepas ini antaranya adalah seperti berikut :

1. Wujud desakan daripada para penyokong kuat Anwar Ibrahim agar Zaid dan Mustaffar Kamil diambil tindakan disiplin. (Tetapi, Anwar tidak akan menerima cadangan tersebut - bagi menunjukkan sifat toleransi dan demokrasi bersuara).

2. Akan wujud pendedahan demi pendedahan berkenaan keburukan dan salah laku Zaid Ibrahim daripada para penyokong kuat Anwar Ibrahim, bagi menjatuhkan imej dan kredibiliti beliau pada kaca mata ahli-ahli PKR.

3. Setelah tamat tempoh 48 jam kata dua yang telah diberikan oleh Zaid dan Mustaffar Kamil kepada Saifuddin, maka, selepas itu sekali lagi Zaid dan Mustaffar Kamil akan mengadakan sidang media khas bagi mendedahkan segala bukti yang mereka ada bagi mengheret PKR ke gaung kecurigaan dan kekeliruan.

4. Saifuddin Nasution akan menjadi "kambing hitam" dalam isu penyelewengan ini. Beliau akan dianggap lalai dan leka dalam menyelesaikan masalah dalaman parti. Kegagalan beliau sebagai Setiausaha Agung PKR bakal terselah dan mungkin akan dipinta meletakkan jawatan.

5. Anwar Ibrahim mungkin akan melabelkan Zaid dan Mustaffar Kamil sebagai "pengkhianat" dan perosak parti. Pungutan suara mungkin akan diambil bagi menyingkirkan mereka berdua secara halus.

Inilah serba sedikit hitungan awal saya terhadap apa yang akan berlaku selepas ini. Yang penting, ingin saya tegaskan Zaid Ibrahim tetap akan menang dalam perjuangannya menentang Anwar. Zaid akan tetap dinobatkan sebagai hero dan wira baru PKR. Baca laporan di bawah :

DATUK ZAID IBRAHIM mengadakan sidang akhbar di rumahnya semalam bagi menjelaskan mengenai tindakannya menarik diri bertanding jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan melepaskan jawatannya dalam parti. Berikut adalah sedutan sidang akhbar itu:

ZAID: Soal pemilihan kita telah timbulkan, bukan baru. Jadi, tak betul Anwar kata saya timbulkan sebab kalah di Sabah. Saya timbulkan ini sebelum saya nak bertanding. Saya telah tulis surat dan minta penjelasan tertentu. Kita memerlukan pemilihan yang bersih kerana bukan hanya saya sahaja bertanding, ratusan calon yang bertanding.

Ini bukan agenda peribadi, jadi saya timbulkan ini sebelum buat keputusan. Kemudian timbulkan lagi semasa hari pertama pemilihan, pada masa itu saya mendahului. Saya cakap jangan salah guna sistem, jangan buat penipuan. Tentang bukti, kalau dia tidak dapat bukti itu dalam tempoh dua bulan ini.

Semua orang tahu, dia sudah hilang sentuhan dengan parti, jadi saya rasa, kita telah banyak kemukakan bukti ini. Undi lebih daripada ahli yang hadir. Orang tak hadir pun tandatangan dia ada. Ada kenyataan, yang datang mengundi bukan ahli tapi guna kad orang lain. Ada video orang tawarkan duit di Alor Gajah.

Saya mahu katakan begini, masalah yang kita hadapi sekarang dalam pemilihan PKR adalah manifestasi kelemahan Anwar itu sendiri. Kita perlu terima hakikat dan ini bukan masa untuk nafi dan berdolak-dalik.

Jika anda nak membetulkan negara ini kita mesti jujur. Saya minta maaf, masalah ini saya terpaksa dedahkan kepada masyarakat. Semua ini mendedahkan kita lemah, hakikatnya ialah cuma 6,000 ahli sahaja yang keluar mengundi, kita gagal. Saya mahu ubah kerana saya fikir PKR mampu bertindak lebih baik.

Kita tidak boleh ada pemimpin yang lemah yang hanya sentiasa menyalahkan pihak lain. 16 September, kita salahkan BN (Barisan Nasional)... hilang negeri Perak, kita salahkan BN... MP (ahli Parlimen) tinggalkan parti, kita salahkan BN.

Sudah sampai masa kita akui yang kita ini lemah, kerana kita membawa beban yang besar iaitu kepercayaan rakyat. Untuk PKR menjadi lebih baik, perlu ada kepimpinan baru, itu tidak semestinya saya. Ia akan memberi kekuatan baru, fokus baru. Sekurang-kurangnya siapa yang sanggup terima kelemahan ini dan mengatasinya.

Bukan kita tidak hargai sumbangan Anwar, kita hargai semua, tapi masa sudah berubah dan masalah sekarang juga berbeza. Saya cadang jika PKR mahu terus maju, Anwar dan Azmin (Ali) mesti keluar kerana mereka adalah punca kepada segala masalah.

Saya mungkin tidak mendapat sokongan. Mungkin juga saya akan mendapat sokongan dan mungkin juga akan ada dakwaan saya buat semua ini untuk kepentingan diri sendiri. Tapi kita tengoklah. Tetapi saya juga telah ke bawah dan ingin melihat kejayaan parti pembangkang yang kuat, nak tengok pakatan pembangkang yang kuat dan kerajaan akan jadi lebih bertanggungjawab.

Itu polisi saya, saya tak buat ini untuk menunjuk. Ada orang kata, jika saya tak dapat jawatan ini saya tarik diri. Bukan, saya ada visi untuk politik negara ini menjadi lebih baik. Saya lakukan ini semua dengan nilai kebertanggungjawaban dan kejujuran. Saya tidak kritik parti kerana tidak dapat apa yang dikejar. PKR perlukan penyelesaian radikal bagi mengatasi segala masalah yang timbul hari ini. Harap apa yang saya katakan ini dapat difahami.

SOALAN: Kalau parti tangguhkan pemilihan, nak berpatah balik?

ZAID: Tidak. Masalah parti lebih dalam daripada semua itu. Jadi, Azmin patut disingkirkan. Anda tidak boleh, kerana kantoi di cabang ini, buat pemilihan sekali lagi. Kantoi di Kubang Pasu, buat lagi. Kantoi di Libaran, buat pemilihan semula. Saya tidak nampak pendekatan itu berkesan. Sesiapa yang menyalahgunakan sistem mesti disingkirkan.

Adakah Anwar sudah tidak relevan dengan PKR dan politik tanah air?

ZAID: Saya fikir Anwar terlalu banyak isu peribadi. Selesaikanlah isu peribadi dulu. Azmin banyak masalah juga, jadi kedua-duanya perlu berundur dan biarkan PKR dipimpin dengan cara yang berbeza.

Sedia untuk berjumpa dengan Anwar?

ZAID: Boleh. Tapi saya akan cakap benda yang sama seperti yang saya kata hari ini.

Masalah bukti yang Anwar minta, boleh tunjukkan kepada media?

ZAID: Saya tunjuk dekat media, buat apa? Saya tunjuk dekat Bersih lah. Saya yakin Anwar tahu semuanya. Tak perlu tunjuk bukti, ahli pun tahu, semua orang tahu, calon pun tahu. Apa nak buktikan? Tapi kalau nak buktikan, saya akan buktikan kepada pihak yang bebas. Nak buktikan dekat dia buat apa?

Selain video, apa bukti lain yang Datuk ada?

ZAID: Laporan-laporan yang kita terima itulah bukti. Kita bukan polis nak pergi siasat, cuma yang kita ada laporan daripada ahli. Serah kepada mereka. Kalau tak mencukupi terserahlah kepada ahli. Tapi yang tak puas hati bukan saya seorang, semua calon. Yang puas hati cuma Azmin seorang sahaja.

Takkan kita semua reka bukti-bukti. Anwar perlu terimalah banyak masalah dalam parti. Beliau kena berdepan dengan masalah itu.

Kalau Azmin disingkirkan, apa tindakan Datuk?

ZAID: Kita bergantung kepada ahli. Tindakan saya macam ini, kita perlu melakukan pembersihan dalam parti. Kita perlu orang yang baik dalam parti. Kita perlukan dasar yang kukuh.

Sejauh mana kesetiaan Datuk pada parti?

ZAID: Kesetiaan saya pada parti sentiasa ada, tidak tergugat. Cuma, ada beberapa pemimpin lemah, itu yang tidak suka pada saya. Itu sahaja.

Datuk menyesal masuk PKR dengan segala penyelewengan, duit pun sudah habis banyak?

ZAID: Tidak. Kalau saya tak masuk, mana saya tahu semua ini?

Anwar kempen untuk Azmin, macam mana?

ZAID: Itulah salah satu puncanya masalah ini. Apabila Ketua Umum sudah memihak... kempen, beritahu ketua cabang... rosaklah. Tetapi Azmin dan Anwar ini baik, terpaksalah kempen.

Ada kemungkinan Datuk akan bersama dengan Mustaffa selepas ini?

ZAID: Tidak tahu apa tindakan beliau selepas ini. Dia pun berlapik tadi.

P.S Janapala (bekas Timbalan Setiausaha Agung PKR) dakwa secara terbuka Anwar bertanggungjawab atas segala penyelewengan?

ZAID: Saya tidak tahulah siapa di sebalik penipuan tetapi saya tahu ada penipuan. Mungkin Janapala ada bukti, tapi peliklah orang datang 50 orang undi 150 undi.

Datuk percaya Anwar terlibat?

ZAID: Saya tidak tahu. Saya peguam, saya perlu lihat pada bukti.

Ada kemungkinan calon lain akan mengikut jejak Datuk?

ZAID: Saya rasa begini. Mereka juga kecewa, semua calon yang bukan 'line up' Azmin kecewa. Tetapi apa yang mereka akan lakukan, saya tidak mahu buat spekulasi.

Notis rasmi?

ZAID: Tak apa, saya akan hantar surat kalau itu mereka mahu.

Isu di Libaran dan Sandakan?

ZAID: Benda-benda ajaib berlaku. Tong pengiraan undi berpindah randah, banyak yang tidak betul.

Comments

Anonymous said…
salam Azli- parti kelentong rakyat ditubuhkan oleh anuar dan kuncu-kuncunya,jadi tak patutlah zaid mencadangkan supaya anuar dan azmin keluar/tinggal pkr.mereka tubuh untuk mendapatkan/mencari laluan ke putra jaya,sebab dulu lagi sehasta saja nak duduk takta.tetapi malangnya Allah telah sekat melalui TDM oleh sebab tertentu,hanya Allah saja yang tahu.harap datuk zaid tinggalkan saja pkr,minta balek joint UMNO,mungkin tuan boleh jadi MB Kelantan siapa yang tahu,kita semua ini macam ikan dalam sangkar tuanya ialah Allah.renungkan sedikit masa apabila kita memberi makan ikan hiasan dirumah.itulah perhubungan kita dengan Allah.
Anonymous said…
ala pe kurang barisan....kaki kelantong gak...xpayh tuduh parti lain....suluh parti yang anda sukai tu....jangan jaga tepi kain org....
Ali Abdullah said…
salam,

bila dibaca temuramah Zaid ni semuanya, saya rasa dia telah cuba berbuat untuk berlaku telus dalam parti. Masalahnya orang yang dipertikaikan Zaid ni adalah tonggak utama parti Keadilan. Dalam pemilihan, jika ada pendedahan tentang penipuan undi seperti yang dijelaskan Zaid ia tidak lebih daripada sekadar mengundang padah kepada masa depan politiknya sendiri.

Satu contoh paling jelas dulu ialah bagaimana PKR bertindak menggunakan SELCAT untuk menangani pendedahan yang dibuat oleh YB Kapar tentang salahlaku dalam KSSB. Akhirnya dia dikecam malah diugut sementara pendedahan yang dibuat beliau akhirnya reda begitu saja tanpa ada sebarang tindakan atas aduan tersebut. Dalam kes ini pula, JPP sudah pastilah akan bertindak seperti diarahkan kepimpinan pusat. Ia tidak lebih daripada sekadar biro pemantau dan mengendalikan proses pemilihan, bukan sebagai satu jawatankuasa yang bertindak tanpa arahan presiden parti. Siapa Anwar dalam pemilihan ini, kalau dia nakkan Azmin, layakkah Zaid mencabarnya? Yang paling bagus, gantung saja pemilihan PKR dengan JPP sekali....

PKR sudah sebati dengan amalan politik wang, rasuah dan pengkronian. Maksud kata, siapa yang paling berpengaruh dialah yang berkuasa. Sedangkan Zaid cuma ada kelebihan sokongan daripada cawangan negeri bukan sokongan ahli. Peraturan pemilihan PKR yg baru sekarang menetapkan satu undi untk setiap ahli. Bermakna jika dikira, Azmin yg memperolehi majoriti undi ahli berbanding Zaid, lebih layak dinobatkan sebagai DP mengikut kiraan undi semasa.

Zaid tidak akan dapat melangkah jauh, walaupun kita nampak DSWA dan Nurul seolah memihaknya pada awal pertandingan, namun sekarang mereka tidak menunjukkan apa2 pendirian. Saya rasa, jika Zaid kekal dalam parti, samalah keadaannya umpama berteduh bawah pohon yang reput.. Bila2 masa dia saja akan ditendang. Tunggulah bila Azmin menyandang jawatannya.. Then he will decide, what need to do with you..

Satu saja jalan penyelesaian buat Zaid... KELUAR PKR MASUK PAS. Itupun kalau dia sayang sangat kat Pakatan Rakyat. Selagi dia duduk dalam kepompong PKR yang busuk itu, selagi itulah akan datang satu persatu kontroversi yang memusnahkan reputasi parti daripada dalam. Semakin lama dia bertahan bersama PKR pula, semakin banyaklah aibnya yang akan didedahkan oleh kepimpinan parti sendiri...

sekadar pandangan.
Anonymous said…
jangan ckp PKR tu busuk.....suluh parti yg anda ikuti tu....lagi busuk mebusukan.....
azlishukri said…
apai - cetusan pandangan yang bernas
Anonymous said…
aku xkesah pun sape salah. yg penting pru 13 nti bn kalah. ABU(asalkan bukan umno)

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil

PAS adakan Kempen "UMNO Pengkhianat Rakyat"

PAS Adakan Kempen "UMNO Pengkhianat Rakyat" KUALA LUMPUR, 14 Dis: PAS akan melancarkan kempen 'Umno Pengkhianat Rakyat' pada 9 Januari 2010 bagi membongkar segala pembohongan dan juga kezaliman yang telah dibuat oleh Umno hingga ke hari ini kepada rakyat khususnya bagi orang-orang Melayu dan umat Islam. Ketua Penerangannya, Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataan memberitahu jentera penerangan disemua peringkat telahpun diminta bersedia untuk mengerakkan kempen tersebut hingga ke peringkat akar umbi, khususnya dikubu-kubu kuat Umno bagi memastikan rakyat dapat melihat wajah sebenar Umno. "PAS akan mengunakan segala fasiliti media dan saluran maklumat yang pelbagai bagi memperjelaskan fakta-fakta kezaliman yang selama ini disembunyikan oleh Umno. "Umno yang selama ini selalu melaung-laungkan slogan Hidup Melayu kini tersepit kerana semakin ramai orang-orang Melayu hilang kepercayaan kepada Umno selepas beberapa siri kezaliman yang mereka lakukan. &quo