Skip to main content

Mengapa Perlu Mohon Maaf?

Dr.Asri Tidak Perlu
Mohon Maaf


Saya sebenarnya tidak berminat mengupas hal ini - namun demikian, memandangkan Dr Asri secara terbuka telah pun memohon maaf kepada Anwar Ibrahim (baca di sini) berhubung kenyataannya sebelum ini yang menyarankan agar Anwar bersara daripada dunia politik dengan tenang, saya secara tiba-tiba, terpanggil untuk memberi komentar dalam hal tersebut.

Pada pandangan peribadi saya, Dr Asri tidak perlu memohon apa-apa kemaafan terhadap Anwar, beliau bukan mengumpat atau mengaibkan peribadi Anwar Ibrahim, sebaliknya Dr Asri hanya memberi pandangan dan cadangan atas sifat kemanusiaan serta persaudaraan Islam. Sejak Anwar Ibrahim dibebaskan daripada penjara - dunia politik Malaysia tidak pernah tenteram, kata-kata dan hasutan Anwar banyak mengundang musibah dan fitnah terhadap negara ini. Saya percaya, Dr Asri melihat Anwar semakin letih dan tidak bermaya lagi dalam mengharungi kemelut politik di Malaysia. Tenaganya sudah semakin kehabisan dan langkahnya juga semakin tempang. Lantaran itu, Dr. Asri menyarankan agar Anwar segera berundur daripada dunia politik.

Kehadiran batang tubuh Anwar Ibrahim dalam politik Malaysia tidak banyak membawa kebaikan, sebaliknya lebih banyak mengundang kerosakan. Saya percaya Dr Asri bercakap secara jujur, tatkala mencadangkan agar Anwar bersara daripada dunia politik - memandangkan umur Anwar juga sudah semakin tua, adalah lebih baik menumpukan perhatian terhadap amal ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah. Memadailah selama ini Malaysia telah punah, gara-gara fitnah yang di bawa oleh Anwar Ibrahim.

Tiada satu pun kerajaan yang serba sempurna di dunia ini. Begitu juga dengan Malaysia. Tiada gunanya Anwar Ibrahim terus-menerus membongkar dan mengaibkan kepimpinan negara semata-mata untuk menjadi Perdana Menteri, sedangkan hakikatnya Malaysia semakin baik dan aman di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Cukuplah dengan segala dendam kesumat yang bersarang dan berserabut di dalam jiwa Anwar terhadap UMNO, Mahathir dan Kerajaan - tenangkan jiwa dan maafkan kesalahan orang lain.

Dalam usia Anwar yang sudah lewat ke penghujung senja ini - tikar sejadah adalah lebih baik untuk beliau, tinggalkan pengaruh, dunia kemegahan dan cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri - sesungguhnya takdir sudah ditentukan untuk beliau dan lupakanlah hasrat tersebut. Kita tidak tahu berapa lama lagi Anwar Ibrahim akan hidup - bekalkan diri dengan amal saleh untuk di bawa mengadap Tuhan.

Bagi Dr Asri pula, tidak perlu rasanya memohon maaf kepada Anwar, kerana beliau tidak melakukan apa-apa dosa terhadap Penasihat PKR itu. Keikhlasan Dr Asri telah disalah ertikan oleh Anwar Ibrahim, itu sahaja. Anwar perlu berundur - sebelum lebih ramai lagi yang membencinya! Wallahualam.

Comments

shamshul anuar said…
Saudara azli,

Saya fikir Dr Asri hanya perli Anwar. Itu saja. Dr asri juga sebut yang pemimpin UMNO berlapang dada bila ditegur tetapi Anwar tak boleh ditegur.

Masalah Anwar ialah dendam kesumat beliau pada Dr Mahathir dan cita cita mahu jadi PM. Anwar tak kisah. Dia buat apa saja untuk capai cita cita.

Dia terlupa yang orang melihat perangainya. Mula mula orang bersimpati . Mereka rasa Dr mahathir zsalim pada anwar.

Kini tidak lagi. Malah ramai dah pecaya tuduhan liwat adalah benar. Orang Melayu kini "gerun" melihat cara Anwar berpolitik. Habis rosak satu negara sebab nak jadi PM.

Anwar sudah banyak kali tikam dari belakang. Tun Abdullah yang banyak berjasa diawal karier anwar telah Anwar jatuhkan dari jawatan Pengerusi UMNO Pulau Pinang.

Tun Ghaffar yang banyak berjasa pada UMNO pun dijatuhkan setelah berulang kali Anwar sebut beliau anggap Tun Ghaffar seperti ayahnya. Dan Tun Ghaffar yang berjsaya bawa UMNO ke Sabah( kerana beliau rakan karib Tun Mustapha) hanya dapat satu undi dari Sabah.

Anwar merosakkan UMNO dengan rasuah wang. Beliaulah yang mengajar dan menggalakkan politik wang dalam UMNO.

Tempias turut dirasa PAS. Prinsip digadaikan bila PAS berbaik dengan Anwar. Demi anwar, PAS sanggup gugurkan apa saja pasal Islam .

Saya harap Anwar insaf. Beliau terlalu bawa banyak kerosakan pada Malaysia. Selamba beliau mencerca UMNO di Jakarta. Anwar lupa segala kemuliaan, pangkat, nama dan kemewahan didunia diperolehi hasil dari beliau menyertai UMNO.

Tanpa UMNO, orang pun tak kenal beliau. Dan kini Anwar kutuk UMNO habis habisan seolah olah beliau tak dapat satu sen pun dari UMNO.

Apa pun dosa kita semua sebagai hamba Allah yang lalai, saya berdoa supaya Allah SWt tak menurunkan bala dengan memberi kuasa pada Anwar.

Habisla kalau Anwar jadi PM.
n9kini.com said…
Selayaknya Dr Asri menyarankan agar Anuar bersara demi perpaduan melayu dan demia maruah melayu yg kini digadai oleh anuar hanya kerana mahu jadi PM
Anonymous said…
bkn masalah perli anuar, bkn masalah anuar nk jadi PM.....tp anuar ingin mengambali keadilan semua aspek dlam negara ini.....kalau mengatakan anuar bayak merosakan negara malaysia....umno lg banyak merosak negara malaysia...lau anuar d PM negara malaysia lagi aman.....
azlishukri said…
nak aman macam mana...dalam PKR sendiri pun Anwar tidak boleh kawal..apatah lagi satu Malaysia...
Anonymous said…
ala dlm barisan pn same..tp hanya xgempar gempur dlm media....mmg rakyat xtau.....lau pembangkang cepat jer kritik dlm media....itu sudah xadil...namenya
shamshul anuar said…
Saudara anonymous,

Terus terang cakap saja Anwar memang banyak merosakkan negara. Inilah ahli politik Melyu paling tak guna yang pernah saya jumpa.

Tegakkan keadilan? Dengan berbohong pasal Sept 16, 2008? Bukankah itu sikap orang yang tak dapat terima Qada dan qadar?

Allah SWT telah beri Persekutuan pada BN tetapi juga beri 6 negeri pada PR. Pahit untuk BN dan UMNO terima. Tetapi mereka terima juga.

Tetapi Anwar bagaimana? Dia tak dapat terima ketentuan Ilahi. Dia cuba merasuah ahli Paerlimen BN untuk meninggalkan BN.

inilah sikapnya selama ini. Tidak memeranjatkan. Bagaimana Anwar dapat kalahkan Tun Ghaffar kalau tidak dengan wang.

Tun Ghaffar yang begitu banyak jasa terutama pada UMNO Sabah hanya dapat 1 undi di sabah. Wang boleh beli jiwa orang tak beriman.

Jika anwar mahu keadilan, beliau patut percepatkan kes tuduhan liwat oleh saiful. Orang yang tak bersalah akan sentiasa mahu bersumpah dengan nama Allah.

Kebenaran sebenarnya ada didepan mata. Tetapi malangnya ramai enggan melihat.

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil

PAS adakan Kempen "UMNO Pengkhianat Rakyat"

PAS Adakan Kempen "UMNO Pengkhianat Rakyat" KUALA LUMPUR, 14 Dis: PAS akan melancarkan kempen 'Umno Pengkhianat Rakyat' pada 9 Januari 2010 bagi membongkar segala pembohongan dan juga kezaliman yang telah dibuat oleh Umno hingga ke hari ini kepada rakyat khususnya bagi orang-orang Melayu dan umat Islam. Ketua Penerangannya, Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataan memberitahu jentera penerangan disemua peringkat telahpun diminta bersedia untuk mengerakkan kempen tersebut hingga ke peringkat akar umbi, khususnya dikubu-kubu kuat Umno bagi memastikan rakyat dapat melihat wajah sebenar Umno. "PAS akan mengunakan segala fasiliti media dan saluran maklumat yang pelbagai bagi memperjelaskan fakta-fakta kezaliman yang selama ini disembunyikan oleh Umno. "Umno yang selama ini selalu melaung-laungkan slogan Hidup Melayu kini tersepit kerana semakin ramai orang-orang Melayu hilang kepercayaan kepada Umno selepas beberapa siri kezaliman yang mereka lakukan. &quo