Sama ada kita suka atau pun tidak, ini tetap hakikatnya yang nyata - iaitu PKR semakin hilang pengaruh dan sokongannya daripada masyarakat India, baca di sini. Anwar Ibrahim tidak bisa lagi menipu diri sendiri dengan mendakwa kononnya masyarakat berbilang kaum di negara ini masih berada di belakangnya. Sokongan kaum India, khususnya terhadap PKR semakin surut, malah kepercayaan mereka terhadap Anwar juga bertambah nipis.
BN kembali bertenaga dengan melaksanakan langkah trasformasi dalam komponen parti tersebut dengan mengizinkan kewujudan ahli bersekutu yang selama ini berada di luar BN - namun masih menyokong dasar-dasar kerajaan yang sedia ada. DS Najib menunjukkan kebijaksanaannya dengan menjemput Parti Makkal Sakhti menjadi ahli BN bersekutu agar pandangan dan buah fikiran mereka dapat diberi perhatian serius oleh kepimpinan negara. Di samping itu, usaha DS Najib mewujudkan Littel India di Brickfields dengan diserikan perasmiannya oleh Perdana Menteri India, Dr Manmohan Singh - menambahkan lagi keyakinan kaum India kepada Presiden UMNO itu. Strategi DS Najib ini, terbukti berjaya mengembalikan sokongan kaum India kepada BN, di samping mengejutkan Anwar dan kuncu-kuncunya daripada mimpi yang panjang.
Sokongan kaum India terhadap PKR semakin merosot, tatkala Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu mengumumkan pengundurannya Januari depan. Pengumuman tersebut sekali gus menyebabkan kaum India yang selama ini memprotes MIC, sudah beransur-ansur kembali menyokong BN. Realiti ini tidak disenangi oleh PKR dan Anwar Ibrahim. Lantaran itulah, pelbagai hasutan dan janji baru cuba ditaburkan kembali kepada masyarakat India, agar kaum tersebut kekal bersama Pakatan Rakyat.
Namun demikian, strategi tersebut sudah basi - terkini, ahli-ahli Hindraf semakin berang dengan sikap Anwar Ibrahim yang dianggap oleh mereka sebagai "cakap tidak serupa bikin". Terlalu banyak janji yang tidak dikotakan oleh Anwar - bahkan sedikit demi sedikit kebajikan yang sedia ada pada mereka semakin berkurangan dari sehari ke sehari. Saya setuju dengan laporan tersebut yang mendakwa 60% kaum India yang selama ini menyokong PKR sudah kembali menyokong BN - hakikat ini, mengesahkan lagi hepotisis awal para penganalis politik - sesungguhnya Anwar Ibrahim dan PKR sudah boleh mula menggali kubur mereka sendiri. Wallahualam

Comments
Apa sumbangan PKR terhadap orang India? Nyatakan.
PKR tiada sumbangan kepada rakyat Malaysia?.
ini adalah manusia pekak, tuli dan buta.
PKR telah membuka mata rakyat Malaysia, bahawa UMNO boleh diserahkan kepada penggali kubur untuk dikebumikan.
Cerita keramat dan daulat UMNO sebagai benting dan penjaga orang melayu hanya sebahagian daripada cerita-cerita dongeng kedai kopitiam, sepertimana cerita hantu raya dan hantu bungkus.
@matKOPITIAM: komen ko tu..cuma komen kedai kopi (kopitiam) jer....tak bermakna langsung....ko tengok la nanti parti mane yg dikuburkan...hehehe...bawak ngucap matKOPITIAM....
Kalaulah PKR atau PIS yang perintah, dah tentu mat ini pakai nama matKOPEK sebab cuma boleh lepak2 kat kedai2 kopi apek mata sepek. Salah satunya Kopitiam Tianhua.
Blog Aku Peduli Apa telah dihijack minggu sudah.Saya gagal mendapatkan nya semula dan ini adalah blog baru saya atas nama yang sama.Harap dpt sdra link kan diblog sdra.
Kerima kasih
kopitiam
dari situ,kita boleh tahu tahap pemikiran mereka.itu pasal senang2 jek aljub boleh liwwwwwat pemikiran mereka,sampai ke hari ini masih tak sedar mereka ditipu oleh Gay Tua a.k.a Peliwat Tua.
Sokongan Melayu pada Anwar hampir pupus kerana sekarang ramai Melayu sedar Anwar jenis "tak boleh pakai".
Orang Melayu sudah melihat sendiri keadaan bangsa Melayu di negeri yang diperintah PR. Betapa siksanya gerai Melayu di Pulau Pinang. Asal Melayu saja maka adaah usaha robohkan gerai dengan alasan yang semua orang tahu ianya sebenarnya usaha mahu halau Melayu dari Pulau Pinang.
Dan pada orang India, masih ada yang sokong PKR. Namun sokongan India pada PKR juga merosot. Kg Buah pala jelas tunjuk sikap talam dua muka PKR dan Anwar.
Masalah Anwar ialah dia tak mahu terima hakikat yang kebenaran sedang terserlah. Dia ( mungkin sebab kurang iman) tak mahu terima hakikat yang dia tak dapat "kelentong" orang sepanjang masa.
Anwar mungkin tak mahu terima hakikat yang orang muak dengan perangainya yang kelihatan terlalu berdendam dan suka cerca UMNO yang melalunyai bawa Anwar menikmati harta , pangkat dan kemuliaan didunia.
Setelah memilih PR memerintah dan melihat cara DAP merobohkan gerai Melasyu, maka kalau dikata Dr Mahathir mahazalim, maka 1000 kali zalim DAP( dan ini semua atas daya usaha Anwar).
Ramai Melayu setuju bila saya kata inilah ahli politik Melayu paling tak guna yang kita boleh lihat.
Malah PAS sendiri seakan mengiakan bahawa Anwar terlalu banyak masalah dan buat orang pandang hina PAS. Dah tak boleh cakap pasal Islam sebab tidur sebantal dengan Anwar.
Pada melayu yang masih tak sedar diri nak sokong anwar, teruskan usaha anda. Lipat gandakan usaha anda merobohkan "bargaining chip" orang Melayu( seterusya Islam) iaitu kuasa politik.
Jika ditakdirkan berjaya, maka eloklah bersiap sedia dengan jawapan pada soalan anak cucu sendiri " Abah masa sokong anwar dulu ntak tak pernah diingatkan ke betapa Anwar tu tak guna".
Masa itu barulah kita semua teringat betapa berbuih mulut orang mengingatkan kita bahaya sokong "mamat" seorang ni.