Skip to main content

Lemas Di Dalam Lubang Tahi

Lemas Di Dalam
Lubang Tahi

KEMELUT dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang semakin terang lagi bersuluh sekarang mengundang pelbagai pandangan orang ramai terutama para penulis blog, apatah lagi dengan pengunduran Zaid Ibrahim daripada bertanding kerusi Timbalan Presiden PKR serta desakan beberapa pihak agar penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara daripada arena politik.

Antara penulis blog yang mengulas isu tersebut ialah Zulkifli Noordin (zul4kulim.blogspot.com) yang berkata, beliau sendiri sudah berkali-kali menasihati Anwar agar berhenti dari dunia politik dan menumpukan perhatian menyelesaikan masalah peribadinya. Kini Zaid Ibrahim dan seorang lagi calon Timbalan Presiden parti, Mustaffa Kamil Ayub turut membuat desakan serupa terhadap Anwar dan juga 'anak emasnya' Azmin Ali.

"Kalau macam itu punya desakan Anwar-Azmin buat pekak badak juga, dan teman yakin dema (mereka) akan buat pekak-badak je, memang PKR ni akan 'hancus mancus' yop. Teman (saya) ingat akan bungkus bulan Februari atau Mac tahun 2011, rupanya lagi awal yop.

"Apa pun, yang jelas PKR menjadi takut nak mengambil tindakan terhadap Zaid. Sebab mereka tahu sebagaimana kami Konsensus Bebas semua tahu, rahsia dan pembohongan serta kepalsuan mereka dalam poket je. Kami baru lepaskan sikit dah habis gabrah," katanya. Justeru, beliau menasihati Zaid agar menyertai Pas kerana percaya parti itu akan memberi ruang kepada Zaid yang lebih berminat melakukan reformasi, sekali gus membantu membuang kudis-kudis buta yang ada dalam Pas.

Musram Rakun (musramrakunman.blogspot.com) berkata, rakyat kini sudah semakin faham bahawa PKR hanya mengutamakan jawatan dalam parti agar melalui jawatan tersebut akan menentukan kedudukan mereka dalam kabinet Anwar.

"Semakin tinggi jawatan dalam parti, maka semakin kananlah jawatan dalam kabinet. Mereka mula mengangan-angan tentang jawatan, sebab itu melalui pemilihan kepimpinan, mereka mencuba semua cara termasuk memanipulasi pengundian, agar individu-individu yang disukai Anwar akan menang," katanya. Jelas beliau, Anwar mahu semua pengikut setianya seperti Azmin dan Tian Chua memenangi jawatan yang ditandingi kerana menyedari calon-calon lain tidak menunjukkan kesetiaan mereka terhadap Anwar, terutama jika penasihat PKR itu masuk penjara lagi.

Syed Imran (kudaranggi.blogspot.com) pula berkata, PKR diibaratkan seperti nyawa-nyawa ikan apabila satu persatu orang kuat atau mereka yang benar-benar serius untuk membawa perubahan dalam arena politik negara meninggalkan parti itu.

Kata beliau, kemasukan Zaid dalam PKR setelah keluar daripada UMNO tidak lebih satu strategi politik Anwar untuk mencapai cita-cita peribadinya tetapi ternyata bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu bukan mudah untuk mengikut telunjuk orang lain. "Kepada orang Melayu yang masih berada dalam PKR dan yang masih ingin berjuang atas kepercayaan untuk menggalak politik yang progresif terutama di kalangan orang Melayu, mereka harus diingatkan bahawa PKR bukan wadahnya.

"Orang Melayu PKR ada dua pilihan, iaitu sama ada menyokong UMNO atau Pas. Kedua-dua parti ini perlu kekal sebagai wadah perjuangan orang Melayu/Islam dan terpulanglah kepada mereka untuk memilih yang mana satu, tetapi yang pasti bukan PKR atau mana-mana parti lain yang terbukti gagal memperjuangkan kepentingan Melayu/Islam. Tepuk dada, tanya selera," katanya.

Sementara itu Muhammad Azli Shukri (azlishukri.blogspot.com) pula berkata, Dr. Mohd Asri Zainal Abidin tidak perlu memohon maaf terhadap Anwar atas pandangan beliau agar Ketua Pembangkang itu berundur dari arena politik kerana dia memberi pandangan berdasarkan sifat kemanusiaan dan persaudaraan Islam. Beliau percaya, Dr. Asri melihat Anwar semakin letih dan tidak bermaya lagi dalam mengharungi kemelut politik di negara ini kerana tenaganya semakin kehabisan manakala langkahnya juga semakin tempang.

"Saya percaya Dr. Asri bercakap secara jujur, tatkala mencadangkan agar Anwar bersara daripada dunia politik - memandangkan umur Anwar juga sudah semakin tua, adalah lebih baik menumpukan perhatian terhadap amal ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah. Memadailah selama ini Malaysia telah punah, gara-gara fitnah yang dibawa oleh Anwar.

"Tiada satu pun kerajaan yang serba sempurna di dunia ini. Begitu juga dengan Malaysia. Tiada gunanya Anwar Ibrahim terus-menerus membongkar dan mengaibkan kepimpinan negara semata-mata untuk menjadi Perdana Menteri, sedangkan hakikatnya Malaysia semakin baik dan aman di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.

Katanya, dalam usia Anwar yang semakin ke penghujung senja, adalah lebih baik beliau mendekati tikar sejadah dan meninggalkan segala pengaruh, dunia kemegahan dan cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri.

Kelolaan LUKMAN ISMAIL (Utusan Malaysia)

Comments

The Clown said…
Mereka yang minta Anwar undur dari PKR ni pun satu hal. Macam mana dia nak undur diri sedang Keadilanh diwujudkan pun semata-mata untuk perjuangkan cita-cita Anwar. Simbol biji mata pun mata lebam Anwar.

Yang mudahnya orang lain yang patut tinggalkan PKR kepada Anwar. Biar dia kendalikan partinya dengan kaum keluarganya. Yang orang lain pakat terhegeh-hegeh nak pertahankan PKR ni apa hal kalau Anwar dah tidak ada.
azlishukri said…
agak2nya yang nak kekal dalam PKR tu ada agenda tersendiri
Anonymous said…
Bukan lubang tahi yeob, tong tahi maa..

JambanLame
Anonymous said…
Kerja berbohong adalah pakaian Anwar sebenarnya sejak dia berada didalam UMNO lagi. Macam manalah nak dibenar memerintah negara dengan moral yang sangat teruk dan bila bercakap pula lebih banyak menipu daripada berkata benar.

Dr.Yes
Anonymous said…
Aku kagum juga dengan penyokong2 Anwar. Walaupun mereka tahu mereka kena tipu dan kena kencing tapi mereka tetap sokong dia.

Tapi penyokong2 tu dah mula berkurangan hari demi hari.

Tapi pukulan yang paling hebat ialah kalau Azmin Ali keluar. Tapi dah tentu dia takkan keluar kerana ada benda yang dia sanggup berkongsi.
Anonymous said…
Apa maksud Dato Nalla apabila dia minta Azmin Ali terangkan makna DAYUS?

Ada siapa-siapa boleh jawab?
Anonymous said…
Yang keluar tu semuanya yang boleh berfikir iaitu yang kenal yang hak dan yang batil, yang tahu salah dan benar, yang sedar diri dipermain, dan akhirnya yang yakin Anwar tak mungkin akan jadi PM Malaysia.

Takkanlah kita sanggup Perdana Menteri kita raja Liwat?

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil

PAS adakan Kempen "UMNO Pengkhianat Rakyat"

PAS Adakan Kempen "UMNO Pengkhianat Rakyat" KUALA LUMPUR, 14 Dis: PAS akan melancarkan kempen 'Umno Pengkhianat Rakyat' pada 9 Januari 2010 bagi membongkar segala pembohongan dan juga kezaliman yang telah dibuat oleh Umno hingga ke hari ini kepada rakyat khususnya bagi orang-orang Melayu dan umat Islam. Ketua Penerangannya, Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataan memberitahu jentera penerangan disemua peringkat telahpun diminta bersedia untuk mengerakkan kempen tersebut hingga ke peringkat akar umbi, khususnya dikubu-kubu kuat Umno bagi memastikan rakyat dapat melihat wajah sebenar Umno. "PAS akan mengunakan segala fasiliti media dan saluran maklumat yang pelbagai bagi memperjelaskan fakta-fakta kezaliman yang selama ini disembunyikan oleh Umno. "Umno yang selama ini selalu melaung-laungkan slogan Hidup Melayu kini tersepit kerana semakin ramai orang-orang Melayu hilang kepercayaan kepada Umno selepas beberapa siri kezaliman yang mereka lakukan. &quo