Skip to main content

Apakah Ini Balasan Allah Terhadap Anwar?

Zaid Ibrahim
Harapan Baru PKR

Apakah Anwar sudah menerima hukum dan balasan Allah atas perbuatannya selama ini? Mengapa sampai begitu hinanya Anwar di mata Zaid Ibrahim dan Mustaffa Kamil Ayub? Jika kita melihat dengan mata hati - Anwar seakan-akan telah menerima pembalasan daripada Allah - beliau telah dipulau dan dibenci oleh rakan-rakannya sendiri. Anwar Ibrahim sudah tidak disukai ramai, seperti mana zaman kegemilangannya dahulu. Kini, Anwar seolah-olah sudah merempat, semakin hilang sokongan rakyat dan semakin tidak disukai. Segala tingkah laku beliau semakin hari semakin dikecam oleh orang-orangnya sendiri. Malang sungguh nasib Anwar "dibunuh" oleh rakan-rakan rapatnya sendiri. Baca laporan Malaysia Kini di bawah ;

DATUK ZAID IBRAHIM hari ini terus membidas kepimpinan PKR dengan mencadangkan ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan naib presidennya, Azmin Ali supaya berundur. NONE"Anwar dan Azmin mesti berundur kerana mereka punca segala masalah (dalam PKR).

"Saya di sini bukan untuk maki hamun. Semua masalah menunjukkan dengan jelas ia bermula dari diri Anwar sendiri," kata Zahid (atas, kanan). Apabila diminta wartawan mengulas lanjut kenyataannya, Zaid berkata Azmin perlu menarik diri daripada pemilihan jawatan timbalan presiden PKR yang sedang berlangsung manakala Anwar pula harus berundur dari kepimpinan parti. "Saya berpendapat Anwar mempunyai banyak sangat isu peribadi dan Azmin juga mempunyai banyak isu. (Azmin) perlu banyak lagi belajar,” katanya.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, perubahan kepimpinan parti perlu dilakukan jika PKR mahu kekal relevan dalam politik negara.

NONEPada sidang media yang sesak dengan wartawan dan juga penyokongnya di rumahnya di Petaling Jaya, titik permulaan adalah selepas pilihan raya umum 2008. "Saya fikir ia bermula selepas 3/08. Selepas kemenangan besar, ramai yang mula memasang angan-angan, mereka mulai hilang fokus,” kata Zaid. Menurutnya PKR perlu menyingkirkan kepimpinannya yang ada sekarang dalam usaha bergerak ke depan semula selepas menghadapi krisis sepanjang tahun lalu, khususnya dengan beberapa ahli parlimen dan ADUNnya meninggalkan parti itu. "Perlu ada fokus baru, kepimpinan baru. Anwar sebagai ketua umum telah gagal memastikan parti itu bersatu. NONE"Seperti sekarang, beliau juga gagal memimpin pembangkang ke depan dengan polisi baru; seperti mana dia gagal pada 16 September; seperti mana dia gagal mengekalkan keutuhan (gabungan Pakatan Rakyat) di Perak dengan membiarkan MP PKR berpaling tadah; seperti mana pembangkang dimalukan dan menjadi tidak keruan di Batu Sapi. "Perlu diiktiraf bahawa Pakatan Rakyat tidak akan berkembang dengan Anwar sebagai terajunya.” Ditanya siapa yang sepatutnya menjadi ketua PKR yang baru, Zaid dalam nada gurau berkata: "Saya fikir saya boleh. Tetapi terpulang kepada rakyat menentukannya.”

Comments

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil

PAS adakan Kempen "UMNO Pengkhianat Rakyat"

PAS Adakan Kempen "UMNO Pengkhianat Rakyat" KUALA LUMPUR, 14 Dis: PAS akan melancarkan kempen 'Umno Pengkhianat Rakyat' pada 9 Januari 2010 bagi membongkar segala pembohongan dan juga kezaliman yang telah dibuat oleh Umno hingga ke hari ini kepada rakyat khususnya bagi orang-orang Melayu dan umat Islam. Ketua Penerangannya, Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataan memberitahu jentera penerangan disemua peringkat telahpun diminta bersedia untuk mengerakkan kempen tersebut hingga ke peringkat akar umbi, khususnya dikubu-kubu kuat Umno bagi memastikan rakyat dapat melihat wajah sebenar Umno. "PAS akan mengunakan segala fasiliti media dan saluran maklumat yang pelbagai bagi memperjelaskan fakta-fakta kezaliman yang selama ini disembunyikan oleh Umno. "Umno yang selama ini selalu melaung-laungkan slogan Hidup Melayu kini tersepit kerana semakin ramai orang-orang Melayu hilang kepercayaan kepada Umno selepas beberapa siri kezaliman yang mereka lakukan. &quo