Skip to main content

Apa Yang Lim Guan Eng Takutkan?

Mengapa
Lim Guan Eng Takut?

Rencana di bawah saya petik dari Malaysia-Instinct yang saya fikir sangat baik untuk kita baca dan renungkan. Sudah tiba masanya orang Cina faham secara mendalam mengapa peristiwa 13 Mei 1969 berlaku di negara ini. Ia adalah pengajaran dan sejarah yang sama sekali tidak boleh kita nafikan.

1. KETUA PEMBANGKANG DUN Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim minggu lalu digantung enam bulan daripada menghadiri sidang dewan kerana dia menggunakan perkataan '13 Mei'. Apa yang Lim Guan Eng takut sangat apabila ada pihak yang menggunakan perkataan bersejarah 13 Mei itu? Ia adalah tarikh keramat di negara ini kerana disebabkan tarikh itulah rakyat pelbagai kaum di negara ini dapat disusun semula menjadi lebih baik dan makmur. Kerana tarikh itu jugalah Dasar Ekonomi Baru (DEB) dibentuk.

2. Kerana tarikh itu jugalah rakyat hari ini hidup aman, damai dan sentosa (walaupun belum sepenuhnya lagi). Tidak pastilah kita sekiranya DAP terlalu bencikan DEB itu sehinggakan tarikh 13 Mei pun dia tidak mahu ia disebut. DAP menuduh Azhar menghasut kerana menggunakan tarikh itu, menyebabkan satu usul untuk menggantung Azhar dibawa oleh Guan Eng dan diluluskan. Akibatnya Azhar digantung. Guan Eng menuduh Azhar 'menghasut' kerana menggunakan tarikh itu? Saudara Guan Eng, bukankah itu tarikh bersejarah di Malaysia, apa pula hasutan?

3. Mengapa DAP takut atau terlalu fobia dengan tarikh itu? Sepatutnya Guan Eng jangan terlalu cepat menghukum ketua pembangkangnya itu. Azhar amat diperlukan oleh pentadbiran Guan Eng sebagai elemen pengimbang dan pembetul mana-mana yang tidak betul.

4. Pulau Pinang kini sudah terlalu uzur. Gerakan (yang selama ini senyap) kini mula menyelar ketua menteri itu yang dikatakan gagal melakukan sesuatu untuk menarik pelancong ke negeri itu. Jika dulu Guan Eng menuduh industri pelancongan Pulau Pinang 'tidur' selama 18 tahun, dia pun sama tidur.

5. Rupa-rupanya DAP ini jika ditakdirkan memerintah Malaysia (nauzubillah) maka corak pemerintahannya dikhuatiri akan menjadi lebih teruk lagi. Jika sekarang ia memperjuangkan Hapus ISA, mungkin jika ditakdirkan ia berkuasa (nauzubillah), ISA akan terus diperkuatkan lagi. Itu tidak mustahil berlaku. Cara pentadbiran DAP di pulau itu sendiri menggambarkan betapa ramai yang tidak senang dengannya. Cara Guan Eng mengambil tanah di Kampung Genting, Balik Pulau menjadi kemarahan orang kampung.

6. Jika dulu ada segelintir orang Melayu dengan bangganya menggelarkan Dr. Mahathir Mohamad sebagai Mahazalim, kelak nanti orang Melayu akan tahulah langit tinggi rendah dengan istilah Mahazalim itu jika DAP memerintah negara ini. Melayu akan terus melayu di bumi mereka sendiri.

7. Semua pihak harus membuka mata seluas-luasnya apabila YB Zulkifli Nordin (yang dulu bersahabat dengan DAP) mendedahkan 'perjanjian rahsia' antara DAP dan PKR. DAP ini sebenarnya ialah seekor naga yang sangat bahaya. Dalam senyap ia sedang merancang secara strategik untuk menuju ke Putrajaya. Nafsunya amat besar.

8. Pengantungan ketua pembangkang Azhar selama enam bulan juga menimbulkan persoalan besar. Mengapa sehingga setengah tahun? Mengapa tidak sehari sahaja seperti yang dilakukan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat ke atas Gobind Singh Deo di Parlimen kelmarin. Yang pasti, Guan Eng terlalu gelisah apabila istilah '13 Mei' itu disebut oleh Azhar.

9. Bagi Azhar, walaupun saudara tidak boleh vokal dan mengkritik dasar Guan Eng dalam dewan itu, teruskan perjuangan saudara di luar. Tempoh enam bulan ini amat penting dalam percaturan politik DAP. Cita-cita besar DAP itu harus diheri perhatian.

10. Rakyat Pulau Pinang dan rakyat Malaysia keseluruhannya patut tahu siapa Guan Eng itu dan pecacai-pecacainya termasuk Anwar Ibrahim dan Pas yang syok tak tentu pasal kerana sudah ada sedikit kuasa. Orang Tanjung kini terlalu dahagakan suara seperti suara saudara bagi membela mereka.

11. Saudara Azhar juga patutnya mengesyorkan kerajaan Malaysia menjadikan tarikh keramat 13 Mei, yang amat ditakuti oleh DAP itu, sebagai satu tajuk khusus dalam matapelajaran wajib Sejarah Malaysia kelak. Semua orang tahu ia adalah tarikh yang cukup murni bagi negara ini. Tidak kiralah apa versi pun yang dibangkitkan ekoran peristiwa itu, namun ia mempunyai hikmah yang tersendiri dalam pembentukan Malaysia moden.

12. Jika tidak kerana 13 Mei mungkin rakyat di negara ini masih hidup tidak menentu. Orang putih kata 13 Mei itu ialah blessing in disguise. Jika tidak kerananya, orang Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum Pribumi akan terus dijurangkan oleh golongan peniaga yang kaya-raya, golongan profesional yang dikuasai oleh sesuatu kaum sahaja. Dan golongan majoriti miskin itu hanya akan terus menjadi petani, buruh kasar, kerani, drebar dan peon.

13. Jika tidak kerana 13 Mei, tidaklah berlaku penghantaran beramai-ramai pelajar bumiputera dan anak-anak kampung yang kolot ke Amerika, England sekitar tahun 1970-an, 1980-an hingga kini bagi memberi peluang mereka mendapat ilmu secukup-cukup bagi membina negara bangsa ini. Jika tidak kerana 13 Mei, tidaklah wujud peniaga-peniaga bumiputera, usahawan, kontraktor, peniaga kereta mewah dan apa lagi - bagi diseimbangkan dengan saudara kita yang kaya-raya itu.

14. Oleh itu jika gunung berapi 13 Mei tidak meletus pada tahun 1969 di Chow Kit Road dan Kampung Baru, ia mungkin boleh meletus pada bila-bila masa sekarang jika ia tidak ditangani dengan betul. Jika itu berlaku maka magnitutnya akan menjadi lebih menakutkan (nauzubillah). Oleh itu sekali lagi saudara Guan Eng, apa yang saudara fobia sangat dengan tarikh tersebut?

15. Pada kerajaan, jadikanlah tarikh itu sebagai sebahagian daripada bab dalam sejarah penting Malaysia yang perlu dianalisis oleh para pelajar di peringkat sekolah rendah, menengah malah di peringkat universiti. Apa yang berlaku pada 13 Mei sama penting dengan apa yang ada dalam Perlembagaan negara. Ia ada kait-mengait dalam analisis akademik. Masalah yang berlaku sekarang ialah kerana orang semacam Guan Eng dan konco-konconya tidak pernah atau mahu mempelajari sejarah mengenai tarikh 13 Mei itu.

16. Memetik tulisan Almarhum Tun Abdul Rahman dalam bukunya 13 Mei Sebelum dan Selepas; beliau berkata: ''Rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 adalah peristiwa tragis yang terburuk dialami oleh Malaysia. Peristiwa itu hampir-hampir memusnahkan negara ini. Alhamdulillah, dengan kebijaksanaan pemimpin dan semangat setia kawan rakyat, bencana itu telah dapat ditangani dan negara kembali pulih seperti sediakala.

17. Banyak pengajaran yang boleh dipelajari daripada bencana ini. Antara yang terpenting ialah peri mustahaknya memperkukuhkan perasaan muhibah dan ikatan perpaduan antara kaum demi kestabilan politik dan keselamatan Malaysia yang berbilang kaum ini." Adalah amat sayang sekali, sejarah sepenting itu dipinggirkan kerana mahu menjaga hati nurani orang seperti Guan Eng, sedangkan ia adalah peristiwa yang patut diteladani, diambil iktibar oleh semua rakyat negara tercinta ini.

18. Ulang cetaklah banyak-banyak buku keramat: 13 Mei Sebelum dan Selepas (versi Melayu dan Inggeris) tulisan Almarhum Tunku itu untuk dibaca oleh rakyat Malaysia (kebetulan ia asalnya diterbitkan oleh Utusan Melayu Press). Para produser filem dan pengarah teater perlu wayangkan peristiwa itu ala filem Pearl Harbour dan dipentaskan kepada rakyat negara ini.

19. Kita harap jika ditakdirkan DAP memerintah Malaysia kelak (nauzubillah), janganlah dihapus atau diubah sejarah 13 Mei yang telah tertulis itu. Perkara itu tidak mustahil berlaku kerana ada negara lain yang (hampir dengan kita) mengubah sejarah negara itu bagi mengetepikan peranan yang dimainkan oleh kaum asal negara berkenaan. Akhir kata, bagi YB Datuk Azhar, teruskan perjuangan saudara demi keadilan dan kesaksamaan rakyat Pulau Pinang. Suara saudara perlu dilantangkan lagi.

20. Dan bagi YAB Guan Eng janganlah fobia dengan tarikh 13 Mei itu. Jika dalam banyak keadaan Pulau Pinang mencontohi Singapura, mengapa tidak jadikan 13 Mei sebagai hari cuti umum bagi memperingati peristiwa yang akhirnya berjaya menyatupadukan rakyat negara ini melalui DEB.

21. Di Singapura, menurut buku Men in White: The Untold Story Of Singapore's Ruling Political Party, halaman 277: Murid-murid sekolah berarak meraikan Hari Harmoni Kaum (Racial Harmony Day) setiap 21 Julai bagi memperingati insiden rusuhan berdarah kaum pada 21 Julai 1964 yang mengorbankan 36 nyawa dan mencederakan 556 orang. Kira-kira 3,000 ditahan dalam insiden yang berlaku pada hari Maulidur Rasul (Maulud Nabi) itu.

22. Menurut Wikipedia: Rusuhan kaum 1964 itu berlaku di Singapura dalam dua waktu berbeza iaitu pada Julai dan September antara kumpulan Cina dan Melayu. Insiden pertama berlaku pada 21 Julai semasa orang Melayu berarak sempena hari Maulidur Rasul. Rusuhan itu juga dikenali sebagai Rusuhan Maulidur Rasul, Rusuhan Kaum 1964 dan Rusuhan Cina-Melayu (Sino-Malay). Semasa itu Singapura masih di bawah Persekutuan Malaysia.

23. Kini, pada setiap tarikh 21 Julai, Wikipedia mengulas: Ia diraikan bagi menggambarkan kejayaan Singapura membentuk masyarakat dan negara pelbagai kaum yang harmoni serta kaya dengan kepelbagaian warisan dan budaya. Di sekolah-sekolah seluruh republik itu, murid-murid digalakkan berpakaian tradisional masing-masing, Cheongsam dan Baju Kurung. Juadah dan permainan tradisional turut memeriahkan sambutan. Oleh itu, YAB Guan Eng apa yang saudara takut dan fobia sangat dengan 13 Mei?

Comments

Tidak Lupa 13 Mei said…
Lim Guan Eng takut 13 Mei sebab bapak dia Lim Kit Siang salah seorang Cina jahanam terlibat dengan Peristiwa 13 Mei.

Genarasi Melayu terutama anak-anak muda mesti tahu Mengapa Peristiwa 13 Mei berlaku? Siapa yang memulakannya peristiwa itu?

Saya sokong 100% jika Peristiwa 13 Mei diajar dan dimasukkan dalam Subjek Sejarah biar genarasi sedar akibat perpecahan kaum di negara Malaysia tercinta ini.
KAPAKTAJAM said…
Bangsa Melayu kena lar pakat2 tebggelamkan die di PRU 13 nanti sesuai/sempena angka 13 [13 Mei/PRU 13]. Jika ada gak Melayu tonyok yg masih nak sokong die dgn macam2 gelaran Khalifah Umar Abdul Aziz, pergi jahanam jenis Melayu mcm tu.

Tapi Kapak bukan kata semua Cina mcm tu! ada gak yg baik. Kita Melayu cuma berkonfrantasi dgn jenis Cina mcm Lim Kit Siang dan Keluarga dan specis dgn nya!

Ayuh Bangsa Melayu.... bangun perjuangkan tanah Air Tanah Melayu dan sifat Kejantanan Melayu wajib dinyatakan dgn jelas dan terang. Kita bukan Melayu yg boleh bertolaksansur di atas segalanya. Maruah Melayu wajib di Pertahankan. Kuat Melayu Kutalah Islam.
Anonymous said…
guang lancow kit sial eng kau lu bu tuh - lu baca ni lu cibai
lu kit sial lancau patut 13mei69 sudah masuk siang siang nilai kubor - lu ketulunan lancau
Anonymous said…
nak kuat mcmana melayu ada bnyak melayu cibai , takkan yu taktau
melayulah yg mencibaikn ugama dan bangsa
Anonymous said…
bro; cuba kaji link ini.. interesting reading

http://www.chinahistoryforum.com/index.php?/topic/1393-massacre-and-slaughter-of-the-overseas-chinese/

1.secara ringkasnya konflik antara orang Cina dan pribumi dah banyak berlaku di nusantara ini, di Thailand, Phillipine, Indonesia, Malaysia dan juga Vietnam.

2. Perlu kaji sejarah kenapa konflik ni berlaku.Kalau tidak kita akan mengulangi sejarah yang sama

3.Orang-orang Cina apabila diambang kuasa akan bertindak agresif terhadap pribumi. dan apabila pribumi bertindak balas akan terjadi peristiwa ynag tidak diingini. Seperti di Malaysia ni, Perang Lukut, Perang Bau, Selempang merah di Batu Pahat dan juga peristiwa Mei 13 terjadi apabila orang Melayu bertindak balas terhadap tindakan agresif bangsa Cina.
4. Sebelum 13 Mei orang Cina dah dihasut oleh DAP dan Gerakan bahawa mereka ni adalah rakyat kelas 3 negara ni kerana hak istimewa orang Melayu yang termaktub sedangkan kehidupan mereka adalah jauh lebih baik dari orang Melayu
5. Apabila menang dan sebab dah di api-apikan mereka telah menghina orang Melayu dalam perarakan kemenangan
6. Orang Melayu bertindak balas dan terjadilah peristiwa 13 Mei.
7. Sebelum ini di Batu Pahat pada tahun 1946, Kiyai Salleh dan kumpulan Selempang merah telah bertindak balas terhadap kekejaman Bintang 3 terhadap orang Melayu
8. Di Lukut, pada tahun 1834,orang Melayu telah bertindak balas atas kekejaman pelombong Cina yang telah membakar dan membunung Raja Busu dan keluarga
9. Di Bau pada tahun 1857, askar Raja Brooke telah bertindak balas atas pemberontakan pelombong Cina keatas pemerintahan Raja Brooke.
10. Sejarah adalah fakta. Lupakan sejarah, peristiwa lama berkemungkinan akan berulang lagi.
pencinta kebenaran said…
anon..

1.secara ringkasnya konflik antara orang Cina dan pribumi dah banyak berlaku di nusantara ini, di Thailand, Phillipine, Indonesia, Malaysia dan juga Vietnam.

buat pengetahuan saudara..pribumi kt negera2 tu sapa?? x lain x bukan org melayu lad adanya..yg berkuasa kt sana tu org2 lao, thailand..adalah puak2 cina..mcm kita org melayu tp ada sub racial..mcm tu lah dgn org cina..sub racial dia lah yg serang2 pribumi..

sub racial? arti kata lain..mmg org cina..baca mistisfiles.blogspot.com utk faham sejarah melayu dgn lebih luas lg
Anonymous said…
xpayah la nak bangkitkan lagi kisah 2.....yang belalu biarkan belalu.....kita dh hidup aman makmur dah sekarang.....oleh kerana lim guan eng tu dari parti DAP gempar satu malaysia...lau MCA bangkitkan mungkin menekus semua......takut nak wat keyataan.....
azlishukri said…
bro, terima kasih atas maklumat tersebut...
Anonymous said…
13 Mei dalam subjek sejarah? Buang masa je tu, buat subjek baru terus mendedahkan 13 mei dan lain-lain kejadian berkaitan kaum seluruh dunia. Fokuskan pada 'bangsa' parti roket tu

Pilihan Pembaca

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

PAS adakan Kempen "UMNO Pengkhianat Rakyat"

PAS Adakan Kempen "UMNO Pengkhianat Rakyat" KUALA LUMPUR, 14 Dis: PAS akan melancarkan kempen 'Umno Pengkhianat Rakyat' pada 9 Januari 2010 bagi membongkar segala pembohongan dan juga kezaliman yang telah dibuat oleh Umno hingga ke hari ini kepada rakyat khususnya bagi orang-orang Melayu dan umat Islam. Ketua Penerangannya, Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataan memberitahu jentera penerangan disemua peringkat telahpun diminta bersedia untuk mengerakkan kempen tersebut hingga ke peringkat akar umbi, khususnya dikubu-kubu kuat Umno bagi memastikan rakyat dapat melihat wajah sebenar Umno. "PAS akan mengunakan segala fasiliti media dan saluran maklumat yang pelbagai bagi memperjelaskan fakta-fakta kezaliman yang selama ini disembunyikan oleh Umno. "Umno yang selama ini selalu melaung-laungkan slogan Hidup Melayu kini tersepit kerana semakin ramai orang-orang Melayu hilang kepercayaan kepada Umno selepas beberapa siri kezaliman yang mereka lakukan. &quo