Skip to main content

Siapa Mesti Bertaubat? Anwar? Wan Azizah? Saiful Bukhari? Atau Semua Ahli PKR?

Siapa Sebenarnya Yang Mesti Bartaubat?
Anwar Ibrahim? Wan Azizah?
Atau Semua Ahli PKR?

1. Dalam Islam, kita digalakkan untuk sentiasa bertaubat. Setiap hari, kita melakukan dosa - dan setiap hari jugalah kita mesti banyak bertaubat. Tetapi, dalam politik, istilah taubat hanyalah retorik atau slogan untuk menarik perhatian. Memorendum Taubat yang dikirimkan oleh ahli-ahli PKR dari Perak dan Pulau Pinang kepada Anwar Ibrahim dua hari yang lalu, bisa sahaja ditakrifkan sebagai "retorik politik".

2. Walauapa pun - ia tetap memberi impak kepada Anwar Ibrahim dan partinya PKR. Kita tidak boleh menipu diri kita sendiri sampai bila-bila. Akhirnya, kita mesti mengakui juga bahawa pengaruh Anwar Ibrahim semakin berkurangan dari sehari ke sehari.

3. Sekiranya Anwar Ibrahim bertaubat - hal ini bermakna beliau secara tidak langsung mengakui, sesungguhnya beliau benar-benar meliwat Saiful Bukhari. Sebaliknya, pihak yang menyuruh Anwar Ibrahim agar bertaubat - Secara tidak langsung membuktikan, merekalah yang sebenarnya yakin bahawa Anwar Ibrahim sememangnya meliwat Saiful - jika mereka tidak yakin, sudah tentulah "Memorendum Taubat" tersebut tidak dihantar kepada Anwar Ibrahim.

4. Kesimpulan yang mampu kita buat hanyalah satu, iaitu sebahagian besar daripada ahli-ahli PKR yakin terhadap tuduhan yang sedang dihadapi oleh Anwar Ibrahim. Namun demikian, kerana nafsu politik, segalanya sudah menjadi halal belaka. Wallahualam.

KUALA LUMPUR 17 Okt. - Tindakan mendesak Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bertaubat adalah sia-sia malah golongan yang melakukan desakan itu sepatutnya 'bertaubat' dengan meninggalkan parti tersebut.

Bekas Naib Presiden PKR, Datin Saidatul Badru Tun Said berkata, kumpulan itu juga tidak berpijak pada bumi nyata apabila tidak mahu PKR digunakan untuk melindungi pemimpin daripada tindakan undang-undang sedangkan asas penubuhan parti itu ialah untuk membela Anwar. "Mereka ini buang masa apabila suruh Anwar bertaubat. Anwar tidak akan bertaubat kerana itu menunjukkan kesalahannya. Sepatutnya mereka yang bertaubat dengan keluar PKR.

"Kalau rasa Anwar sudah tidak boleh memimpin pergilah cari parti yang boleh memperjuangkan rakyat," katanya yang dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini. Semalam, tiga wakil Cabang PKR dari Perak dan Pulau Pinang mewakili 60 ahli parti itu menghantar 'memorandum taubat' kepada Anwar supaya beliau segera bertaubat dalam kes berkaitan pertuduhan di mahkamah.

Wakil kumpulan itu, Nor Hilmi Ismail dari Cabang Bayan Baru berkata, desakan itu bagi menjaga martabat perjuangan parti yang dilihat terjejas berikutan kes mahkamah Anwar. Jelasnya, semua ahli parti memerlukan pemimpin yang dapat memberi sepenuh perhatian terhadap perjuangan parti dan bukan sebaliknya, iaitu hanya tertumpu kepada isu-isu peribadi.

"Oleh itu, jika Anwar enggan bertaubat selepas pelbagai pendedahan mengenainya dibongkar, lebih separuh daripada ahli parti mendesak beliau meletakkan jawatan," katanya. Sementara itu, Saidatul Badru berkata, desakan taubat itu bagaikan memberi gambaran bahawa mereka sudah tidak mempercayai Anwar selepas pendedahan demi pendedahan dibuat berhubung pertuduhan liwat yang dihadapinya.

Bagaimanapun katanya, pemikiran kumpulan terbabit dilihat agak bercelaru kerana tuntutan itu memberi maksud mereka akan menerima Anwar sekiranya beliau bertaubat walaupun pertuduhan yang dihadapinya amat menjengkelkan. "Apa yang dimaksudkan dengan bertaubat? Adakah mereka percaya apa yang berlaku? Adakah ahli bersetuju dengan pertuduhan (liwat) itu? "Saya hairan apa maksudnya. Ia seperti mereka mahu menyatakan sesuatu tetapi masih sayangkan seseorang yang melakukan kesalahan," katanya.

Comments

Anonymous said…
Yang perlu bertaubat adalah Gobala, Sivarasa dan rakan satu kapal dengannya tetapi bukan juak-juak Kak Wan dan rakan sewaktu dengannya. he he
Anonymous said…
Azli shukri yang perlu bertaubat!! tulis ikut sedap rasa aje..
Anonymous said…
Saya tiap2 hari bertaubat...
Anonymous said…
Bertaubat lah sebelum terlambat pintu taubat allah buka seluas luasnya untuk hamba nya jangan sampai tak bolih bercakap tak guna lagi hidup.

Pilihan Pembaca

MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang.

UMNO 2009 : Tolong Jangan Baca Entri Ini, Nanti Kena ISA?

FROM NEW HOPE TO ONE HOPE Oleh Muhammad Azli Shukri Pagi ini Tun Mahathir telah menemui Perdana Menteri Malaysia yang baru iaitu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bagi menyampaikan borang kemasukan semula sebagai ahli UMNO di Putrajaya. Serentak dengan itu, anak beliau Datuk Mokhzani Mahathir juga akan bertindak sama kembali kepada UMNO. Dan pada Isnin ini, Tun Mahathir dijangka turun berkempen di Dataran PPP, Batu 2 1/2 Simpang, Taiping untuk calon BN bagi kawasan Bukit Gantang. Semalam, sewaktu menyampaikan ucapan penghargaan kerana dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 di kaca television, Datuk Seri Najib mengumumkan pembebasan seramai 13 orang tahanan ISA dan pada masa yang sama menarik semula sekatan penerbitan terhadap akhbar Harakah dan Suara Keadilan yang digantung permit penerbitannya selama tiga bulan berkuatkuasa serta merta. Malah, Datuk Seri Najib juga berjanji akan mengkaji semula akta ISA yang digunapakai selama ini. Saya secara peribadi melihat Datu
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 8 : Kenapa Bukan Khairy Memilih pemimpin bukanlah seperti memilih pakaian. Mana-mana yang kita berkenan, maka kita terus memilih dan membeli tanpa banyak berfikir. Memilih pemimpin juga bukanlah seperti memilih makanan yang mana-mana kita suka, maka kita terus makan, tanpa banyak berfikir. Tetapi, memilih pemimpin adalah umpama memilih seorang isteri atau seorang suami. Mesti kenal dan mesti pastikan bahawa calon isteri atau suami tersebut memahami diri dan mengetahui hati budi kita yang sebenar. Begitu juga dalam memilih seorang pemimpin, sebelum kita memilih seseorang pemimpin, seharusnya kita fahami terlebih dahulu siapakah pemimpin yang hendak kita pilih itu. Bukan boleh main ikut suka atau ikut hati semata-mata. Kita seharusnya melakukan analisis terlebih dahulu, layak atau tidak seseorang itu memegang sesuatu jawatan yang sedang dipertandingkan. Hal ini adalah kerana, jawatan adalah amanah dan tanggungjawab. Jika salah kita memilih, maka akan hancurla