Skip to main content

Serangan Terbaru Zaid Kepada Anwar : Tempah Tiket Awal Ke Neraka!

Serangan Terbaru Zaid Kepada Anwar
Tempah Tiket Neraka!

Saya tidak pasti - sama ada saya tersalah faham, atau pun sememangnya Zaid Ibrahim menempah hari celaka untuk dirinya sendiri. Kenyataan terbaru Zaid di bawah saya petik dari portal beliau. Daripada empat isi yang saya kemukakan di bawah - fahaman saya (jika silap tolong betulkan) Zaid cuba menyampaikan mesej, bahawa PKR sepatutnya sudah mengubah asas perjuangan mereka yang berpaksikan kepada "menuntut keadilan untuk Anwar Ibrahim" kepada "menuntut keadilan sejagat".

Pada hemat Zaid, PKR harus mendominasi Pakatan Rakyat dan bukan sebaliknya. Secara sinis, Zaid menyindir ahli-ahli PKR yang masih menjadikan perjuangan keadilan untuk Anwar, sebagai perjuangan yang sempit dan tidak akan membawa parti ke mana-mana. Apakah Zaid faham - sindirannya ini hanya menempah "neraka" untuk masa depan politik beliau dalam PKR? Zaid kelihatan jujur untuk membawa PKR melangkaui konsep keadilan yang selama ini disempitkan hanya untuk Anwar Ibrahim semata-mata - dengan nada yang lembut, Zaid menyampaikan maksudnya dengan jelas agar ahli-ahli PKR sedar - Anwar Ibrahim tidak akan hidup untuk selama-lamanya. Anwar Ibrahim akan mati dan menemui Tuhannya pada satu hari nanti. Lantaran itulah Zaid tidak mahu PKR terus-menerus bergantung hidup dengan nyawa Anwar Ibrahim. Soalnya sekarang mampukah Zaid merombak pemikiran ortodoks yang sudah berakar umpi dalam pemikiran para pengikut Anwar lebih daripada satu dekad yang lalu ini?

Walaupun mungkin ramai yang tidak sependapat dengan saya - tetapi saya yakin Zaid akan memenangi kerusi Timbalan Presiden PKR - itu pun, sekiranya tiada "unsur-unsur sabotaj". Namun demikian, saya yakin Zaid akan tetap dianiaya. Beliau akan ditewaskan dengan penuh tipu muslihat - apatah lagi tulisan terbarunya ini, sudah membuktikan ideologi politiknya yang sama sekali tidak "mendewa-dewakan" Anwar Ibrahim. Wallahualam. Baca Tulisan Zaid di bawah (artikel penuhnya di laman portal beliau).

1. KEADILAN perlu diacuankan untuk menjadi sebuah kekuatan politik yang tulen, sebagai sebuah kekuatan yang boleh dijadikan sandaran rakyat dan rakan-rakan dalam pakatan dalam usaha membentuk masa depan yang lebih baik. Pemilihan ini adalah penentu masa depan parti dan negara. Kita perlu terlebih dahulu memperbaiki diri kita sebelum kita boleh memikirkan soal memperbaiki negara.

2. Kita perlu meletakkan diri sebagai pemimpin dalam Pakatan Rakyat, menjadi pentas yang kukuh bagi orang ramai dan mengemudi Pakatan bagi memenangi PRU-13 nanti. Kewujudan kita harus menguntungkan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat dan bukannya hambatan. Kita perlu memperjuangkan keadilan untuk Dato’ Seri Anwar Ibrahim, namun pada masa yang sama juga terdapat banyak ketidakadilan yang menimpa rakyat negara ini yang memerlukan perhatian kita.

3. Rakyat rata-rata mendesak mahukan keadilan ekonomi dan keadilan sosial dan hak supaya diberi layanan dengan hormat dan bermaruah mengikut kedaulatan undang-undang. Kita tidak patut menurunkan darjat parti ini menjadi sebuah parti yang memperjuangkan hanya satu isu. Hal ini tidak adil bagi mereka yang ingin kita wakili.

4. Kita bukan sahaja sebuah parti “Reformasi”, sebagai nama bagi sebuah gelombang di hujung 1990an, tetapi juga sebuah parti yang menuntut refromasi tulen dan sanggup untuk mereformasi diri. Saya menitikberatkan masa depan proses perubahan. Pemilihan kali ini bukan soal jawatan, kedudukan atau permainan kuasa. Ia bukan soal siapakah yang bakal memegang tampuk kuasa selepas ini. Ia adalah soal apakah yang hendak dan boleh dilakukan selepas ini.

Comments

IMANSHAH said…
baru baca buku ..saya juga melayu: zaid ibrahim
Anonymous said…
Siapa pun yang berada didalam PKR,semuanya hanya mementingkan diri sendiri.Tiada satu pun pengorbanan yang boleh dibanggakan.
Semua yang dilakukan hanyalah retorik dan "wayang kulit" semata2.
Segala2nya bermula dengan KEGANASAN dan "publisiti murahan".


"blogenstarz"
Wake UP! said…
bacalah buku "In Good Faith".

We need more outspoken leaders in UMNO that are not yesman if we want to ensure the continuity of existence of UMNO.
Sdr Azli,
pendapat anda adalah sama dengan komen saya dalam beberapa blog sejak seminggu yang lalu. Peluang untuk Zaid menang adalah cerah kalau tidak diSABOTAJ. Lebih cerah lagi dengan penarikan diri Khalid Ibrahim yang semua tahu tidak sehaluan dengan azmin. Tian Chua juga berundur dan ini akan memberikan kelebihan undi dari perwakilan Cina dan India. Jangan pula pandang remeh dengan Wan Azizah yang juga mempunyai pengaruh bersama dengan anaknya Nurul Izzah yang boleh membantu Zaid. Sekiranya penyokong Mustapha ingin melihat kejatuhan Azmin maka mereka perlu memberikan undian mereka kepada Zaid juga.

Apa akan jadi sekiranya Zaid menang dan Wan Azizah meletak jawatan untuk memberi peluang kepada Zaid memangku jawatan tersebut? hehehehe

Aku Yang Bingai
Dari Emelku: Bila lagi nak tunjuk kekuatan orang Islam?
azlishukri said…
yang bingai - memang benar pandangan tuan, zaid akan disabotaj.

imanshah - saya juga baru habis membacanya

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil

Mahathir Belum Mati! Tulisan Terbaik Tun Mahathir

Mahathir Belum Mati! Tulisan Terbaik Tun Mahathir 1. I would like to apologise to the students and others for failing to turn up to give the talk I had agreed to. I would also like to thank those who sent get well messages, fruits and flowers while I was in hospital in Melbourne. Honestly I feel I have lost an opportunity to meet and talk to what may be the future leaders of Malaysia. For this reason I am writing down here what would have been the contents of my talk. 2. The suggested topic for my talk was, "Are we ready for 1 Malaysia: Does Race Still Play a Part?" I will be frank but factual. My only interest is the country we all love. I am past self-interest. First let me refer to the slogan "1 Malaysia". Without the Government spelling out the precise meaning of 1 Malaysia, different people are giving their own interpretations which not only differ from each other but are in conflict with each other. 3. T