Skip to main content

Serangan Terbaru Zaid Kepada Anwar : Tempah Tiket Awal Ke Neraka!

Serangan Terbaru Zaid Kepada Anwar
Tempah Tiket Neraka!

Saya tidak pasti - sama ada saya tersalah faham, atau pun sememangnya Zaid Ibrahim menempah hari celaka untuk dirinya sendiri. Kenyataan terbaru Zaid di bawah saya petik dari portal beliau. Daripada empat isi yang saya kemukakan di bawah - fahaman saya (jika silap tolong betulkan) Zaid cuba menyampaikan mesej, bahawa PKR sepatutnya sudah mengubah asas perjuangan mereka yang berpaksikan kepada "menuntut keadilan untuk Anwar Ibrahim" kepada "menuntut keadilan sejagat".

Pada hemat Zaid, PKR harus mendominasi Pakatan Rakyat dan bukan sebaliknya. Secara sinis, Zaid menyindir ahli-ahli PKR yang masih menjadikan perjuangan keadilan untuk Anwar, sebagai perjuangan yang sempit dan tidak akan membawa parti ke mana-mana. Apakah Zaid faham - sindirannya ini hanya menempah "neraka" untuk masa depan politik beliau dalam PKR? Zaid kelihatan jujur untuk membawa PKR melangkaui konsep keadilan yang selama ini disempitkan hanya untuk Anwar Ibrahim semata-mata - dengan nada yang lembut, Zaid menyampaikan maksudnya dengan jelas agar ahli-ahli PKR sedar - Anwar Ibrahim tidak akan hidup untuk selama-lamanya. Anwar Ibrahim akan mati dan menemui Tuhannya pada satu hari nanti. Lantaran itulah Zaid tidak mahu PKR terus-menerus bergantung hidup dengan nyawa Anwar Ibrahim. Soalnya sekarang mampukah Zaid merombak pemikiran ortodoks yang sudah berakar umpi dalam pemikiran para pengikut Anwar lebih daripada satu dekad yang lalu ini?

Walaupun mungkin ramai yang tidak sependapat dengan saya - tetapi saya yakin Zaid akan memenangi kerusi Timbalan Presiden PKR - itu pun, sekiranya tiada "unsur-unsur sabotaj". Namun demikian, saya yakin Zaid akan tetap dianiaya. Beliau akan ditewaskan dengan penuh tipu muslihat - apatah lagi tulisan terbarunya ini, sudah membuktikan ideologi politiknya yang sama sekali tidak "mendewa-dewakan" Anwar Ibrahim. Wallahualam. Baca Tulisan Zaid di bawah (artikel penuhnya di laman portal beliau).

1. KEADILAN perlu diacuankan untuk menjadi sebuah kekuatan politik yang tulen, sebagai sebuah kekuatan yang boleh dijadikan sandaran rakyat dan rakan-rakan dalam pakatan dalam usaha membentuk masa depan yang lebih baik. Pemilihan ini adalah penentu masa depan parti dan negara. Kita perlu terlebih dahulu memperbaiki diri kita sebelum kita boleh memikirkan soal memperbaiki negara.

2. Kita perlu meletakkan diri sebagai pemimpin dalam Pakatan Rakyat, menjadi pentas yang kukuh bagi orang ramai dan mengemudi Pakatan bagi memenangi PRU-13 nanti. Kewujudan kita harus menguntungkan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat dan bukannya hambatan. Kita perlu memperjuangkan keadilan untuk Dato’ Seri Anwar Ibrahim, namun pada masa yang sama juga terdapat banyak ketidakadilan yang menimpa rakyat negara ini yang memerlukan perhatian kita.

3. Rakyat rata-rata mendesak mahukan keadilan ekonomi dan keadilan sosial dan hak supaya diberi layanan dengan hormat dan bermaruah mengikut kedaulatan undang-undang. Kita tidak patut menurunkan darjat parti ini menjadi sebuah parti yang memperjuangkan hanya satu isu. Hal ini tidak adil bagi mereka yang ingin kita wakili.

4. Kita bukan sahaja sebuah parti “Reformasi”, sebagai nama bagi sebuah gelombang di hujung 1990an, tetapi juga sebuah parti yang menuntut refromasi tulen dan sanggup untuk mereformasi diri. Saya menitikberatkan masa depan proses perubahan. Pemilihan kali ini bukan soal jawatan, kedudukan atau permainan kuasa. Ia bukan soal siapakah yang bakal memegang tampuk kuasa selepas ini. Ia adalah soal apakah yang hendak dan boleh dilakukan selepas ini.

Comments

IMANSHAH said…
baru baca buku ..saya juga melayu: zaid ibrahim
Anonymous said…
Siapa pun yang berada didalam PKR,semuanya hanya mementingkan diri sendiri.Tiada satu pun pengorbanan yang boleh dibanggakan.
Semua yang dilakukan hanyalah retorik dan "wayang kulit" semata2.
Segala2nya bermula dengan KEGANASAN dan "publisiti murahan".


"blogenstarz"
Wake UP! said…
bacalah buku "In Good Faith".

We need more outspoken leaders in UMNO that are not yesman if we want to ensure the continuity of existence of UMNO.
Sdr Azli,
pendapat anda adalah sama dengan komen saya dalam beberapa blog sejak seminggu yang lalu. Peluang untuk Zaid menang adalah cerah kalau tidak diSABOTAJ. Lebih cerah lagi dengan penarikan diri Khalid Ibrahim yang semua tahu tidak sehaluan dengan azmin. Tian Chua juga berundur dan ini akan memberikan kelebihan undi dari perwakilan Cina dan India. Jangan pula pandang remeh dengan Wan Azizah yang juga mempunyai pengaruh bersama dengan anaknya Nurul Izzah yang boleh membantu Zaid. Sekiranya penyokong Mustapha ingin melihat kejatuhan Azmin maka mereka perlu memberikan undian mereka kepada Zaid juga.

Apa akan jadi sekiranya Zaid menang dan Wan Azizah meletak jawatan untuk memberi peluang kepada Zaid memangku jawatan tersebut? hehehehe

Aku Yang Bingai
Dari Emelku: Bila lagi nak tunjuk kekuatan orang Islam?
azlishukri said…
yang bingai - memang benar pandangan tuan, zaid akan disabotaj.

imanshah - saya juga baru habis membacanya

Pilihan Pembaca

Daripada Rakyat Kepada Rakyat : Ke mana Mukhriz Selepas Ini?

Daripada Rakyat Kepada Rakyat Kita harus bersyukur - sesungguhnya "Kem Kebenaran" sudah menang. Setidak-tidaknya gandingan Datuk Seri Najib bersama Tan Sri Muhyiddin sangat sesuai dan mampu meneruskan perjuangan UMNO. Setakat ini, nampaknya kumpulan bersih telah berjaya mewarnai dan menerajui kepimpinan tertinggi UMNO - walaupun saya agak kecewa sedikit dengan kekalahan Datuk Seri Rais Yatim dan Datuk Mukhriz Mahathir. Namun demikian, suara lantang masih wujud di dalam UMNO. Datuk Seri Shahrizat dalam ucapannya setelah bergelar Ketua Wanita UMNO, turut mengucapkan terima kasih beberapa kali kepada Tun Mahathir - kerana banyak menyokongnya dalam dunia politik. Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Najib juga dikatakan sangat rapat dengan Tun Mahathir - ini menandakan, InsyaAllah mungkin banyak idea dan pandangan Tun Mahathir akan didengari selepas ini. Saya ucapkan tahniah juga kepada Datuk Seri Hishamuddin, Datuk Syafie Apdal dan Datuk Seri Zahid Hamidi kerana berjaya seper

Dari Kuala Kangsar Ke Bukit Gantang

Dari Kuala Kangsar ke Bukit Gantang Saya terpanggil bagi menjawab beberapa tuduhan liar Datuk Seri Nizar di Kemunting semalam, dengan mendakwa bahawa rakyat di Bukit Gantang harus menolak BN beralaskan kepada beberapa alasan tersebut : 1. BN/UMNO mengamalkan politik perkauman. 2. BN/UMNO mengugut rakyat. Kedua-dua hujah yang dikemukakan oleh Nizar semalam begitu jelas menggambarkan kegoncangan hati dan emosi beliau selama ini. Saya sangat berkeyakinan bahawa Nizar merupakan seorang yang baik - tetapi malang kerana terpengaruh dengan gaya politik PAS selama ini, akhirnya beliau menjadi kasar serta terikut-ikut dengan rentak dan gaya pemimpin PAS yang lain. Benarkah UMNO mengamalkan politik perkauman? Jawapannya mudah UMNO hanyalah sebuah parti yang percaya bahawa asal Malaysia ini adalah hak orang Melayu, lantaran itu terkandung di dalamnya beberapa hak yang harus ada kepada penduduk asalnya. Dan UMNO hanya mempertahankan hak bangsanya sahaja. "Hak" bermaksud kepu

"Kajian Membuktikan Masyarakat Mahukan Mukhriz Memimpin Pemuda."

INI KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA YANG DIKEHENDAKI AKAR UMBI DAN MASYARAKAT LUAR Oleh Muhammad Azli Shukri Laporan Khas Azli Shukri yang saya paparkan semalam mendapat begitu banyak respon yang pro dan yang kontra. Hari ini saya menyambungnya kembali - namun demikian, laporan kali ini lebih menjurus kepada menjawab persoalan-persoalan asas mengapa terdapat sebahagian perwakilan yang tidak mahu memilih Datuk Mukhriz sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Di sini saya kemukakan satu pandangan dahulu - pertama, mereka berhujah bahawa Datuk Mukhriz begitu lembik, manakala Khairy Jamaluddin begitu lantang dan tegas dalam mengemukakan beberapa isu. Agak malang jika inilah yang menjadi hujah utama mereka dalam usaha menyokong Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Saya tanyakan terlebih dahulu kepada mereka apakah yang mereka faham berkenaan makna "lembik" dalam kepimpinan? Apakah hanya dengan sikap lantang yang tidak bertempat sudah memadai menarik sokongan daripada orang