Skip to main content

Serangan Pertama Mahathir Sudah Bermula!


Serangan Pertama Mahathir
Sudah Bermula!


1. Saya fikir ini merupakan serangan pertama Tun Mahathir terhadap Anwar Ibrahim. Saya rasa, sudah tiba masanya Tun Mahathir kembali menyerang Anwar yang pada satu ketika dahulu pernah berjaya ditumpaskannya.

2. Sehingga saat ini - hanya Tun Mahathir sahaja yang tahu kisah sebenar di sebalik isu liwat Anwar Ibrahim 10 tahun yang lalu. Sekiranya Tun Mahathir membukakan kisah tersebut, saya percaya Anwar Ibrahim tidak akan senang duduk.

3. Segala rahsia Anwar Ibrahim masih tersimpan kemas dalam poket Tun Mahathir. Tun Mahathir sudah tidak ada pilihan lain, demi menyelamatkan negara tercinta ini, beliau wajib mendedahkan keburukan dan kejahatan Anwar Ibrahim - agar rakyat dan negara kembali aman dan sentosa. Saya merayu kepada Tun Mahathir, bukukanlah kisah dan perihal Anwar Ibrahim dalam menghancurkan negara ini. Wallahualam.

KUALA LUMPUR 18 Okt. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, keputusannya mengheret Datuk Seri Anwar Ibrahim ke muka pengadilan atas tuduhan meliwat kira-kira 10 tahun lalu merupakan satu tindakan tepat. Ketika bercakap pada sesi dialog di hadapan 63 wakil daripada 22 parti dari 20 negara yang hadir pada program forum antarabangsa hari ini beliau turut menegaskan kes yang melibatkan bekas timbalannya itu bukan satu konspirasi.

Sebaliknya beliau berkata, usaha itu dilakukan secara berhati-hati iaitu dengan bersandarkan kepada fakta serta bukti yang ada kerana ia melibatkan perbicaraan di mahkamah selain turut membabitkan maruah seseorang. "Sebagai seorang yang rasional mustahil kes Anwar ini hasil daripada konspirasi. Kes Anwar membabitkan institusi kehakiman dan di dalam institusi ini konspirasi sukar dilakukan kerana kita terpaksa berhadapan dengan banyak pihak.

"Kita bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan satu dua orang tetapi lebih 100 orang. Antaranya hakim, pendakwa, polis, saksi-saksi dan mangsa. Ini bukan kerja mudah kerana banyak pihak yang akan terlibat,'' katanya pada sesi soal jawab itu. Terdahulu Dr. Mahathir diberi penghormatan menyampaikan ucaptama pada Forum Antarabangsa Mengenai Pembentukan Warga Global: Liberalisasi Media dan Realiti Politik Baru yang dianjurkan sempena Perhimpunan Agung UMNO Ke-64, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Dr. Mahathir sebelum itu telah ditanya mengenai kes yang melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu oleh salah seorang peserta forum berkenaan. Sehubungan itu Dr. Mahathir mahu semua pihak perlu berfikir sebelum membuat sebarang tuduhan apatah lagi Anwar di dalam kes terbarunya turut disabitkan tuduhan yang sama.

"Memang kita akui seseorang itu tidak boleh dikatakan bersalah sehinggalah dia disabitkan bersalah oleh mahkamah tetapi dalam kes terbaru Anwar jelas ia sama seperti kesnya yang terdahulu. "Ini menggambarkan seolah-olah kes ini ada asas kebenarannya. Kes yang terkini disabitkan pada era pemerintahan orang lain dan bukannya zaman pemerintahan saya. Persoalannya mengapa kesnya sama? Tidak mustahil wujud asas-asas kebenaran dalam kes yang melibatkan Anwar itu,'' katanya.

Sementara itu, Dr. Mahathir ketika menjawab soalan tersebut turut menarik perhatian peserta bahawa sepanjang 22 tahun memimpin negara, beliau tidak pernah sekali mempelawa hakim hadir untuk majlis-majlis rasmi sama ada di kediamannya atau di tempat lain. Sekiranya ada beliau berkata, ia hanya untuk Ketua Hakim Negara.

"Saya faham kedudukan hakim dan etika yang harus mereka patuhi. Sebagai hakim mereka perlu bebas daripada dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuk golongan pemimpin kerana akhirnya mereka yang akan membuat keputusan bagi satu-satu kes,'' katanya. Menjawab satu soalan lain, beliau menegaskan, semua negara termasuk kuasa-kuasa besar perlu menghapuskan penggunaan senjata nuklear kerana ia bakal memberi kemusnahan kepada beribu-ribu nyawa manusia dalam sekelip mata.

Beliau berkata, adalah satu perkara yang tidak adil apabila hanya negara tertentu sahaja dilarang memiliki tenaga nuklear sedangkan kuasa-kuasa besar bebas menggunakannya. "Adakah ini yang kita katakan demokrasi tulen? Bagi saya semua negara mesti dilarang daripada membangun dan menggunakan senjata nuklear kerana ia langsung tidak memberi faedah kepada keamanan dunia sejagat. "Senjata nuklear hanya akan merosakkan bumi dan akan menyebabkan nyawa manusia terbang umpama tiada harga. Hentikanlah perang, hapuskan senjata nuklear. Insya-Allah dunia akan aman,'' ujarnya. Utusan online

Comments

Anonymous said…
dah tua tu bawalah beribadat tak payahlah lagi buka aib org lagi,
Matahari said…
Pada Anonymous..bkn nk buka aib org..tp nk dedahkan kesonsangan yg dilakukan.patut ke kita benarkan Peliwat memerintah negara?kurang sgt ke pemimpin yg bersih dimalaysia nie?mengapa kita nk memilih Peliwat sebagai pemimpin?pemimpin harus bersih dan baik dari segi zahir dan batin,tp kalau batin dh suka Jantan Gay dan melakukan nya atas nama kebebasan,manusia jenis apa tu?Istigfar lah byk2..2kali dituduh meliwat tp org masih nk pilih lg..nampk sgt org yg memilih pemimpin ni org BODOH..bak kata pepatah'sudah terang lagi nk bersuluh!!!"
Anonymous said…
bukan buka aib!!!!!

menyuluh kebenaran.....

Syabas TDM...

Kenali di sebalik.....
Unknown said…
pada anon teratas, minda dia dah kena tarbi dari belakang, dah tak boleh buat apa2 dah.. biarkan lah dia...
Anonymous said…
Anon 11.07am... dulu sibuk kata mana saksi saksi, sekarang dah timbul tiga orang dah..cuma nak tunggu seorang lagi pulak nak buat next move...

Kalau otak dah tegar letak antirivus jenama apa pun mmg sah otak tak boleh nak diperbetulkan 100% kecuali kalau diformatkan semula otak dan diletakkan dengan operation system yg baru..

Fikir-fikirkan la..apa faedah memuja insan yg hanya pandai bermain dengan kata kata tetapi Parti sendiri kucar kacir, masing masing dgn ego serta gila nak berkuasa. Tanya diri sendiri atau balik semula ke tahun dimana Anwar masuk lokap dan sejarah penubuhan PKR@Keadilan...parti ini ditubuhkan kerana siapa serta berjuang untuk siapa? Bila Pakatan Haram dah mula naik taring awal 2008, ooo baru nak fikir kebajikan rakyat, tetapi yg nampak semakin menyusahkan rakyat kerana pemimpin seperti PKR terutamanya terlalu tamak, busuk hati serta angan angan tinggi sehingga sesama pemimpin mereka pun sanggup bertikam lidah, baling membaling serta ada jugak drp mereka umpama kera yg ganas keluar dari hutan tak tentu arah perbuatan dan melemaskan rakyat.
Anonymous said…
Anon tang teratas dunia ni banyak dengan kepala butuh kau adalah salah sorang dari kepala butuh tersebut
Anonymous said…
Suruh Mahathir sukuoh juboq dia dulu,putih atau hitam sebelum buka mulut!
Anonymous said…
Bravo la TDM!!!!

Anon teratas tu tak nak suruh anwar bertaubat dari meliwat orang ke?

Anon jugak
zajbihaz said…
Anon 11.07AM dan 12.09PM.

Sah kamu ini tak faham apa itu ibadat. Sebenarnya ibadat adalah sesuatu yang baik yang dibuat dengan hati yang ikhlas semata-mata kerana ALLAH. Dr. Mahathir berbuat sesuatu yang baik kerana memelihara negara ini daripada dipimpin oleh orang yang moralnya begitu teruk dan sememangnya tidak layak menjadi PM.

Oleh kerana kamu ini terlalu taksub dengan Anwar, apa juga yang dibuat atau dikatakannya semuanya betul belaka. Pada hal kenyataan dan bukti yang terang dan nyata telah pun ditunjukkan.

Kenapa tak tanya Anwar sebab apa sampai sekarang tak berani nak bersumpah seperti yang dilakukan oleh sdra Saiful. Kalau dah rasa amat yakin diri itu benar apa perlunnya mengupah lebih sepuluh orang peguam untuk membela diri. Seorang peguam memadai. Kenapa sekarang ramai peguam dah meninggalkannya? Kenapa rakan-rakannya yang begitu taksub dulu meninggalkannya? Kenapa perlu menangguhkan perbicaraan sampai lebih 30 kali?

Cuba kita lihat wajah Anwar dan Saiful. Kita akan lihat pada wajah Saiful penuh dengan ketenangan sedangkan pada wajah Anwar nampak risau, takut dan gelisah.

Fahamilah bahawa sebenarnya Tun Dr. Mahathir sedang berjihad menentang kepalsuan.
irs-Hursaini said…
Saya masih tertanya2..
Bagaimaba Mat Sabu lebih tahu hal anwar ni, lebih awal dari Mahathir?
FataMorgana said…
This comment has been removed by the author.
FataMorgana said…
kepada anonymous: siapa buka aib siapa sekarang, berani kerana benar, takut kerana salah, kalau DSAI betul kenapa taknak bersumpah? atau dia dah NANAR?

Kepada en Azli: apa sebenarnya yg akan dibongkar oleh Tun?
Unknown said…
Salam, jangan simpan Tun kluor lagi!!!!
azlishukri said…
terima kasih komen tuan2
mae said…
Yang dilarang ialah membuka aib orang tanpa matlamat yang baik. Begitu juga membunuh orang tanpa matlamat untuk kebaikan. Mengumpat pun dibolehkan kalau untuk kebaikan. Anwar tu, kalau tak dibuka aibnya, makin dahsyat tingkahlakunya.
shamshul anuar said…
Saudara azli,

Masalah timbul bila ramai Melayu melihat kes anwar dari sudut politik. Maknanya mereka memilih apa yang mereka mahu percaya.

Tun Dr mahathir sepanjang masa jadi PM bukan jenis orang yang memfitnah. Dia mungkin tak setuju dengan Anwar tetapi beliau bukan jenis memfitnah atau menjatuhkan maruah.

Ketika anwar dipecat pada 1998, ramai Melayu tak dapat terima hakikat. Ribuan sembahyang hajat meminta Allah SWT menunjukkan kebenaran dan menurunkan bala pada Tun kerana KONONNYA Tun menzalimi Anwar.

Dan Allah SWT dengan sikap Maha Penyayang telah berkali kali menunjukkan kebenaran. Tun masih sihat segar bugar.

Dan kini seorang budak 24 tahun berani bersumpah meminta dilaknati jika berbohong memfitnah anwar.

Dan SEMUA orang ISLAM tahu tiada siapa yang bersalah mahu bersumpah bila dicabar. Jika saya jadi anwar dan saya difitnah depan Saiful, kalau boleh setiap minggu selepas sembahyang Jumaat, saya akan bersumpah. saya akan panggil pemmberita seluruh dunia.

Kebenaran sebenarnya berada didepan mata kita. Sudah berkali kali Allah SWT menunjukkan kebenaran. Kali perama kita faham jika orang tak percaya.

Tidakkah kita mahu berfikir kenapa seorang budak sanggup bersumpah minta dilaknati dan Anwar TAKUT bersumpah.

Lupakah kita yang BERANI kerana BENAR.

Dan pada PAS, ingatlah pada ucapan Mohd Sabu( trademarknya mengumpat)" Anwar aljuburi, Inikah orang yang akan memerrrrrrtabatkan bangsa Melayu?".

Kebenran akhirnya akan terserlah. Terpulang pada kita untuk menerimanya.

Pilihan Pembaca

Raja Petra Tidak Takut Allah

Fitnah Terbaru Raja Petra Oleh JEFRI ZACHARIAH Nampaknya bulan Ramadan bukanlah 'penamat' untuk Raja Petra (RPK) melakukan fitnah kepada orang yang dibencinya. Kali ini mangsanya tidak lain dan tidak bukan, Peguam Negara sendiri, Tan Sri Gani Patail. Tanpa ada rasa bersalah dan berdosa, RPK menuduh Gani mempunyai hubungan sulit dengan Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsanya, Datuk Azailiza Mohd Ahad. Dalam kolumnya 'No Holds Barred' , RPK menulis dalam artikel berjudul 'Okay, What About This Affair Then?' bertarikh 16 Ogos, hubungan sulit antara Abdul Gani dan Azailiza adalah 'rahsia terbuka' dikalangan kakitangan Jabatan Peguam Negara. "Ya, semua orang tahu mengenai hubungan suklit ini. Ia bukan rahsia. Peguam Negara dan Azailiza selalu ke luar negara bersama, dan untuk menjimatkan wang pembayar cukai, mereka memilih untuk berkongsi bilik daripada menyewa bilik berasingan. Nampak gayanya banyak sangat skandal seks di Istana

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil