Skip to main content

Serangan Pertama Anwar Ibrahim!

Serangan Pertama Anwar Ibrahim!

1. Anwar Ibrahim sudah mula menabur janji kosong kepada rakyat Sabah untuk memberi kuasa autonomi kepada mereka, sekiranya rakyat Sabah mengundi dan memenangkan Pakatan Rakyat dalam PRU ke-13 kelak. Hampir semua orang tahu - Anwar Ibrahim memang suka berjanji - tetapi sukar untuk menunaikannya.

2. Janji untuk memberi kuasa autonomi kepada Sabah adalah omong kosong yang sama sekali tidak mampu ditunaikan oleh Anwar. Hal ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya - pendapatan negara secara keseluruhannya akan menguncup, kekayaan sumber asli di Sabah tidak akan dapat dinikmati oleh seluruh rakyat di negara ini. Kemudian, akan mula timbul pula kehendak dan hasrat dari negeri maju yang lain untuk berjuang bagi mendapatkan status autonomi negeri mereka pula, seperti Sarawak,Pulau Pinang dan Selangor - tidak mustahil juga Kelantan. Negara akan menjadi haru-biru jika hal ini berlaku, kerana masing-masing ada kepentingan. Negara tidak akan dapat diurus dengan baik, sekiranya semua negeri mula menuntut kuasa autonomi masing-masing.

3. Janji Anwar ini merupakan rasuah yang jelas lagi terang. Kita tidak tahu apakah pula janji-janji Anwar terhadap rakyat Malaysia yang tinggal di semenanjung pula. Kita juga tidak tahu apakah janji Anwar dengan kaum Cina, India dan orang Asli di semenanjung Malaysia. Semua ini akan menjadi duri dalam daging kepada semua rakyat Malaysia. Jika Anwar sanggup berjanji untuk memberi kuasa autonomi kepada Sabah, maka apakah halangannya pula untuk Anwar berjanji dengan kaum Cina untuk memberi kerusi Timbalan Perdana Menteri Malaysia kepada bangsa tersebut?

4. Janji-janji Anwar Ibrahim tidak membawa apa-apa kebaikan kepada negara. Semua janji beliau hanyalah untuk mengejar cita-citanya sebagai Perdana Menteri Malaysia, itu sahaja. Bukan untuk kepentingan rakyat. Jika rakyat Sabah percaya dengan janji Anwar, maka tunggulah kehancurannya. Wallahualam, Baca Laporan MalaysiaKini di bawah :

JANJI PAKATAN RAKYAT hendak memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika mereka membentuk kerajaan pusat pada pilihan raya umum akan datang hendaklah dinyatakan dalam manifesto dan bukannya sekadar "cakap mulut". Menurut ahli politik veteran Sabah Datuk Karim Ghani - yang keluar Umno, antaranya kerana parti itu gagal memberikan autonomi kepada negeri itu - berkata, perkara itu harus dilakukan supaya rakyat dapat membuat pilihan dalam pilihan raya.

"Jangan cakap di mulut sahaja. Masukkanlah dalam manifesto. Barulah kita dapat buat keputusan. "Kalau lepas (tempoh mandat) lima tahun tidak buat juga, kita tukarlah balik (kerajaan)," kata Karim ketika ditanya sama ada janji itu memikatnya untuk menyertai parti gabungan dalam Pakatan.

Karim, antara orang kuat yang membawa Umno ke Sabah semalam mengumumkan keluar parti serta-merta kerana sudah bosan dengan kegagalan Umno memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat negeri itu.Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, bekas Naib Presiden Usno itu menjelaskan, beliau "meletup" semalam selepas memendam perasaan tidak puas hati lebih daripada 15 tahun, antaranya disebabkan soal pengagihan kekayaan dan autonomi kepada Sabah.

Pada 15 September lalu, ketika melancarkan Pakatan Sabah di Kota Kinabalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama penasihat DAP Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa dilaporkan berikrar mahu memberikan autonomi penuh jika mereka menduduki Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang. Anwar dilaporkan berkata oleh The Borneo Post bahawa hal ehwal Sabah akan ditentukan oleh negeri itu sendiri.Sementara itu, Karim berkata, beliau juga kecewa berhubung isu tuntutan royalti minyak Sabah daripada 5 kepada 12 peratus yang dituntutnya selama ini tidak diberikan.

Comments

mae said…
Di Selangor, janji-janji PR pun di tuliskan atas kertas bukan cakap-cakap aje, tapi tak dapat dilaksanakan juga semuanya, dari 10 janji, cuma satu yang dilaksanakan (air percuma).
Anwar patut di tahan di bawah ISA kerana menghasut rakyat dan menimbulkan suasana tidak tenteram kepada rakyat. Kenapa takut sangat nak tahan al juburi nie......inilah serangan-serangan kepada keamanan negara, inilah kepala petualang negara.....adoiiii bangang sungguh KDN,
yb Raz said…
mustahil anwar nak bagi autonomi pada sabah. kalau begitu pembangkang akan hilang kuasa pada sabah..nak menipupun agak agak ler.
hilbert said…
Betul,

Saya sokong komen Melayu Pasir Gudang... tahan DS Anwar dibawah ISA.

DS Anwar ketika ini sedang dijamin oleh mahkamah?polis?bon peribadi?

apa makna jaminan yg diberikan kepada DS Anwar jika beliau tidak menghormati jaminan yang telah diberikan kepadanya.

Makna jaminan itu bertujuan agar selama kes liwat beliau blm lagi diputuskan dan masih berjalan dimahkamah maka selagi itulah beliau harus menghormati jaminan dgn tidak membuat perkara2 yg boleh membatalkan jaminan yang telah beliau perolehi...

Menteri KDN kita terlalu lemah, tidak bertenaga, kurang makan pil vitamin c agakanya..
Anonymous said…
Autonomi pada sabah seperti membenarkan Fiipina menuntut sabah.Rakan baik anwar di Filipina sangat banyak.renung-renungkan
Wanredone said…
Apa tak janji SABAH keluar dari Malaysia...kan best. punya pm orang sabah sendiri, kahkahkhakahkah........
Idrus said…
Apa nak risau, kan DSN dah kat Sabah tu deposit tetap UMNO.

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Kebenaran Di Dalam Kotak Kaca

ANALISIS, 18 Nov — Di sebalik spekulasi pilihan raya umum ke-13 akan diadakan dalam waktu terdekat, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan satu perkara — beliau masih tidak jemu-jemu untuk bercakap tentang perpaduan Melayu khususnya kerjasama politik PAS-Umno. Beliau tetap konsisten dengan pendirian mahu mengikat kerjasama politik antara PAS dan Umno — idea yang beliau cuba bawa sejak keputusan pilihan raya umum ke-12. Ekoran kehilangan kuasa Barisan Nasional (BN) di Perak pada 8 Mac 2008, Harussani telah berhubung dengan beberapa pemimpin kanan PAS termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan. Pendirian mereka kekal — tidak kepada kerajaan perpaduan membabitkan PAS-Umno. Nik Aziz tidak mahu nasib tahun 1970-an berulang. Dua muktamar tahun PAS yang lalu dengan tegas menyatakan pendirian itu dan mahu kekal dalam kerjasama Pakatan Rakyat. PAS menyertai kerjasama Pakata

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil