Skip to main content

Selamatkan PKR : Azmin Ali Mesti Dijatuhkan!


Selamatkan PKR!
Azmin Ali Mesti Dijatuhkan!

Oleh Helme Hanafi

(Saya agak tertarik untuk kita berkongsi membaca tulisan Helme Hanafi dalam Agenda Daily di bawah. Kesimpulan yang mampu saya katakan hanya satu, iaitu : Azmin Ali wajib dijatuhkan!)

Gendang perang terhadap calon Timbalan Presiden PKR Datuk Zaid Ibrahim yang dipalu Datuk Seri Anwar Ibrahim nun jauh di Kota London mendapat sokongan segera daripada anak didiknya Azmin Ali petang Ahad.

Azmin dalam ucapan di Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Gombak disebuah hotel di Ampang Ahad meneruskan kecaman terhadap Zaid yang disifatkan sebagai ‘pemimpin baru’ yang menyertai parti itu selepas kemenangan 2008 dan kini berani mempertikaikan Anwar. “Individu ini telah mempertikaikan ketua umum parti kita. siapa kita nak pertikaikan Anwar Ibrahim, cermin muka dulu?,” kata Azmin tanpa menamakan Zaid secara langsung.

Menurut Azmin lagi, “Individu ini baru setahun menyertai PKR dan (kerana itu) tidak faham agenda reformasi yang ditegaskan dalam deklarasi Permatang Pauh 12 tahun yang lalu,”. Beliau kemudiannya meminta ahli PKR menolak ‘pemimpin itu’sebaliknya memilih pemimpin yang telah terbukti kesetiaannya kepada perjuangan parti.

Azmin turut mengecam Zaid yang disifatkan beliau sebagai pemimpin yang baru menyertai parti itu tetapi bersekongkol dengan media UMNO untuk menghancurkan PKR. “(Selepas) menang 2008, gerombolan anggota baru masuk parti, kita alu-alukan, tetapi ada juga yang masuk untuk memusnahkan parti. “Kepada golongan ini, saya akan beri amaran akan tentang habis-habisan,” katanya yang juga Ketua Cabang PKR Gombak.

Anwar dalam satu forum terbuka di London pada Sabtu marah kepada Zaid kerana menggunakan media milik UMNO, yang dilihat sebagai ‘musuh’ Pakatan Rakyat. Zaid sebelum ini diwawancara akhbar Mingguan Malaysia dengan tajuk “Jangan halang saya bertanding”. Selepas ini, Naib Presiden PKR, yang dikaitkan dengan kumpulan Azmin, Dr Lee Boon Chye turut mengkritik Zaid kerana berbuat demikian.

Dr Lee mendakwa Zaid menyimpang daripada haluan parti, berikutan aduannya kepada media tentang perjalanan pemilihan PKR. Bagaimanapun, seorang lagi Naib Presiden PKR, Datuk Dr Jeffey Kitingan yang pro Zaid, membuat serangan balas dengan mengatakan tindakan bekas menteri UMNO itu tidak ada salahnya. "Saya juga membaca beberapa wawancara dengan Zaid oleh pihak media. Saya rasa ia mengandungi aspirasi parti dan tidak lebih dari itu. Beliau bukan bertindak selaku "mangsa" sepertimana yang diutarakan oleh Dr Lee," kata Jefrrey. Selain Jeffrey, pemimpin PKR seperti Ahli parlimen Padang Serai N. Gobalakrisnan, serta Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagem juga mengeluarkan kenyataan keras terhadap kumpulan Azmin.

Comments

Pilihan Pembaca

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

PAS adakan Kempen "UMNO Pengkhianat Rakyat"

PAS Adakan Kempen "UMNO Pengkhianat Rakyat" KUALA LUMPUR, 14 Dis: PAS akan melancarkan kempen 'Umno Pengkhianat Rakyat' pada 9 Januari 2010 bagi membongkar segala pembohongan dan juga kezaliman yang telah dibuat oleh Umno hingga ke hari ini kepada rakyat khususnya bagi orang-orang Melayu dan umat Islam. Ketua Penerangannya, Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataan memberitahu jentera penerangan disemua peringkat telahpun diminta bersedia untuk mengerakkan kempen tersebut hingga ke peringkat akar umbi, khususnya dikubu-kubu kuat Umno bagi memastikan rakyat dapat melihat wajah sebenar Umno. "PAS akan mengunakan segala fasiliti media dan saluran maklumat yang pelbagai bagi memperjelaskan fakta-fakta kezaliman yang selama ini disembunyikan oleh Umno. "Umno yang selama ini selalu melaung-laungkan slogan Hidup Melayu kini tersepit kerana semakin ramai orang-orang Melayu hilang kepercayaan kepada Umno selepas beberapa siri kezaliman yang mereka lakukan. &quo