Skip to main content

Mufti Perak Di Pihak Yang Benar

Mufti Perak
Di Pihak Yang Benar

Saya menyokong penuh kenyataan Mufti Perak yang menjelaskan bahawa "lompat parti" tidak salah di sisi Islam. Yang bersalah dan berdosa ialah wakil rakyat yang tidak menjalankan amanah yang diberikan. Saya percaya ulama-ulama PAS tidak akan bersetuju sama sekali dengan fatwa Harussani ini. Menurut mereka yang berpegang teguh dengan fatwa Nik Aziz, mereka yakin dan percaya sekiranya wakil rakyat PAS melompat parti - ia akan menjadi haram dan berdosa besar, tetapi sekiranya wakil rakyat UMNO yang melompat masuk menyertai PAS ia akan diberi pahala dan ganjaran syurga oleh Allah. Inilah penyelewengan akidah yang paling merbahaya pada zaman ini. Baca Laporan di bawah :

IPOH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau ahli Parlimen yang bertindak lompat parti dianggap tidak bersalah selagi mereka tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat kepada parti yang diwakilinya.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata demikian dalam sepucuk surat maklum balas yang diserahkan kepada Pengerusi Majlis Tindakan India Muslim Malaysia (MTIMM), Datuk Thasleem Mohamed Ibrahim bertarikh 4 Jun tahun lalu. Surat itu didedahkan pada muzakarah terbuka berhubung ahli dewan undangan negeri (ADUN) keluar parti dan mengisytiharkan sebagai bebas – pecah amanah pengundi? Dari perspektif Islam yang diadakan di sini, baru ini

Harussani berkata, tujuan utama rakyat memilih wakil rakyat adalah supaya hak dan kebajikan serta permasalahan mereka diperjuangkan dan diselesaikan. Justeru, beliau menegaskan tugas utama wakil rakyat adalah membela, membantu dan berusaha bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah rakyat manakala parti adalah platform baginya untuk memudahkannya melaksanakan amanah dan tanggungjawabnya. Katanya, apa juga tindakan wakil rakyat yang menyebabkan ia tidak melaksanakan tanggungjawab dan amanahnya sama ada menipu, merasuah, berbohong, pecah amanah adalah dianggap tidak menjalankan tanggungjawab dan berlaku khianat.

Comments

Jibam said…
Salam, bro. tlg tgk link ni dan komen.

http://ohtidak.com/oh-islamic-fashion-festival/#more-4064

apa pendapat bro? hrp tlg komen. kalo bro xlyn maknanya bro bersetuju..terang2 hina agam Islam pada pendapat sy.. mana dia pejuang2 Islam dan bangsa bersongkok tinggi? kalo bro btl2 perjuang agama dan bangsa, tlg komen ini sekali. tlg perbetulkan tanggapan org ramai.then baru aku akan mula hormati pandangan2 hang bro. tq bro.
Jibam said…
tqvm bro azli. perbezaan pandangan politik xkan putuskan hbgn darah seIslam yg mengalir.. tlg perbetul apa yg salah.xkire pihak mana. then baru org akan hormat dan anda nmpk lbh berwibawa. sy tau anda juga adalah insan yg baik. semoga saudara dikurnia kesihatan dan rahmat utk terus menulis.
azlishukri said…
jibam semoga Allah juga memberi kekuatan kepada saudara,
Anonymous said…
salam bro,

nasihat & saranan mufti perak ni susah utk diterima oleh juak2 pas yg menganggap murshidul am mrk lebih tinggi darjatnya biarpun apa yg dikatakan oleh dato' harussani ini betul.

parti hanyalah wadah utk menyampaikan butir bicara tetapi tanggungjawab wakil rakyat yg sebenarnya ialah menjalankan tugasnya terhadap rakyat yg diwakilinya. jika tidak berparti sekalipun, seseorang wakil rakyat tetap bolah melakukan tugasnya melawat anakbuahnya, bertanyakan khabar. tak payahla nak angkut satu gerombolan parti utk menjenguk orang2 kampung. yg penting wakil rakyat itu sendiri hadir dikalangan masyarakat bila dperlukan...

mengenangbudi
Aku memang setuju dengan Ustaz Harussani. Aku ingin menambah lagi satu. ADUN yang meletak jawatan sebelum tamat tempoh khidmat mereka juga aku anggap telah menipu pengundi.

Aku Yang Bingai
Dari Emelku: Bila lagi nak tunjuk kekuatan orang Islam?

Pilihan Pembaca

Penulis dua dari kanan bersama dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Pada 10 September yang lalu, Sidang Editor Bahagian Majalah berkesempatan berbuka puasa bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Sime Darby Convention Center. Terima kasih atas Jemputan tersebut. Jazakumullahu Khairan Kasiran. * Dari kiri Ros, Suria Janib (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), A. Zaidel (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), Datuk Seri Khaled Nordin, Muhammad Azli Shukri (Editor Dewan Ekonomi) , dan Armin Azhari (Editor Pelita Bahasa ).
Nasihat Pemimpin Patuhi Etika Islam Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel saya ini telah disiarkan di dalam Utusan Malaysia pada 18/09/2003) Dalam Islam, pemimpin atau pemerintah yang telah dilantik haruslah diikuti perintahnya, selagi perintah tersebut tidak bercanggah dengan suruhan wahyu dan perintah Rasul, seperti mana firman Allah di dalam surah an-Nisa ayat 59, "Wahai orang-orang yang beriman! patuhilah olehmu perintah Allah dan patuhilah olehmu perintah Rasul dan ulil amri di antara kamu." Oleh kerana para pemimpin atau pemerintah merupakan manusia biasa dan tidak terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat, maka mereka juga wajib diberi nasihat oleh rakyat yang sedang di pimpinnya, bersesuaian dengan roh Islam itu sendiri yang berteraskan kepada amar makruf nahi mungkar, sebagaimana firman Allah, "Kamu adalah umat yang terbaik yang telah dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah.'' (
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang. A