Skip to main content

Mengapa Sehingga Sekarang Peguam Anwar Tidak Saman Rahimi Osman?


Mengapa Sehingga Sekarang
Peguam Anwar Tidak Saman
Rahimi Osman?

1. Selepas pengakuan penyiasat persendirian Subramaniam dan Peguam Zulkifli Nordin mengenai adanya akuan bersumpah palsu yang didalangi oleh sekelompok peguam, kini timbul satu lagi pengakuan berani oleh Rasid Rosdi yang mendakwa bahawa beliau juga dipaksa oleh sekumpulan peguambela Anwar Ibrahim untuk menandatangani akuan bersumpah dua tahun yang lalu. Sebelum ini, bekas Pegawai Khas Anwar Ibrahim, Muhammad Rahimi Osman turut dipaksa untuk menandatangani dua akaun bersumpah yang penuh dengan kepalsuan dan pembohongan.

2. Semua ini didalangi oleh peguam-peguam yang faham tentang undang-undang dan menjadi tonggak kedaulatan undang-undang sesebuah negara. Jika semua itu benar, apa sudah jadi dengan akhlak dan kredibiliti peguam-peguam negara kita? Adakah peguam juga terdiri daripada golongan haprak dan kaki rasuah? Bagaimana pula pandangan Majlis Peguam mengenai perkara ini? Adakah Presiden Majlis Peguam boleh tidur lena dan tutup mata mengenai kelakuan ahli-ahlinya? Apa tindakan Datuk Nazri Aziz, menteri yang menjaga hal ehwal undang-undang mengenai perilaku peguam-peguam yang menipu ini? Bolehkah peguam dipercayai pada masa ini?

3. Soalnya sekarang, sebelum ini para peguambela Anwar Ibrahim memberi isyarat kepada Rahimi Osman agar segera menarik balik kenyataan beliau dalam tempoh 24 jam, jika tidak - tindakan undang-undang akan segera diambil terhadap beliau. Peguam Anwar Ibrahim, Surendan berkata pada 6 Oktober lalu, "Beliau (Rahimi) hanya perlu 24 jam untuk sedar bahawa apa yang dikatakannya adalah fitnah dan tidak benar langsung. Kalau dia tidak tarik balik tuduhan dan mohon maaf kita akan teruskan dengan tindakan undang-undang,".

4. Soalnya - bukan setakat 24 jam, tetapi sudah lebih lima hari Rahimi Osman membuat laporan polis dan tidak menarik balik tuduhannya - namun, sehingga sekarang peguambela Anwar Ibrahim, khususnya Latheefa Koya masih tidak berani mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap Rahimi Osman. Mengapa? Jawapannya mudah, kerana mereka tahu, sesungguhnya mereka berada di pihak yang bersalah.

5. Nampaknya - peguam-peguam di Malaysia semakin tidak boleh dipercayai - ada peguam yang menjadi pembunuh, ada yang suka memeras-ugut, ada pula peguam kaki kelentong dan ada juga peguam yang memaksa orang buat akuan bersumpah palsu. Kesimpulannya, Institusi Guaman di Malaysia sudah tidak boleh dipercayai lagi. Selama ini, rakyat berharap agar para peguamlah yang akan membela dan menegakkan kebenaran - rupa-rupanya hal ini sudah terbalik - kini, para peguam bukan lagi mempertahankan keadilan, sebaliknya lebih selesa menjadi penjenayah.

6. Selama ini, Majlis Peguamlah yang sangt sibuk untuk melakukan reformasi terhadap badan kehakiman negara - tetapi sekarang, badan tersebutlah yang kelihatan menjadi sarang para penjenayah untuk menyembunyikan diri dan identiti. Rakyat semakin muak dengan para peguam yang cakap tidak serupa bikin. Wallahualam.

Comments

Wake UP! said…
Samanlah nanti kita tengok bukti apa yang akan dikeluarkan.

Kenapa tak berani saman pulak?
Anonymous said…
aku langsung tak respek ngan Bar Council ni.....penuh dengan penjenayah....
Anonymous said…
Saya mula hilang hormat semasa mereka pertama kali berarak/berdemonstrasi di Putrajaya. Kelakuan mereka macam orang tak berpelajaran.
Anonymous said…
Tidak semua Peguam berperangai penjenayah, yang hampeh nie hanyalah paria paria yang pro pembangkang terutamanya yang warna gelap gelap
Anonymous said…
Kalau peguam terlibat dengan politik ini lah jadi nya undang undang bolih di buat main main lepas itu ugut org dengan undang undang kalau dah ramai paria dalam majlis peguam ini lah jadi nya dia tak tahu ke lah ni rakyat dah takut nak berurusan dengan mereka takut hilang tak dapat dikesan.
Anonymous said…
Kalau peguam terlibat dengan politik ini lah jadi nya undang undang bolih di buat main main lepas itu ugut org dengan undang undang kalau dah ramai paria dalam majlis peguam ini lah jadi nya dia tak tahu ke lah ni rakyat dah takut nak berurusan dengan mereka takut hilang tak dapat dikesan.
Kenn said…
Majlis Peguam sudah hilang kredibilitinya akibat ingin sangat atau cenderung sangat utk bermain politik se iring dgn parti-parti politik pembangkang. Sehinggakan ada yang menggelarkan majlis peguam ini sebagai Majlis Perampok & Pembunuh"
Anonymous said…
Dulu kita kata pelacur profesion paling hina sekarang ada lagi satu profesion yang lagi hina iaitu Peguam. corak berkerja tak ubah seperti profesion pelacur juga. janji duit.
Anonymous said…
Heran jugak yea...Si Surendan harituh bukan main lagi cakap macam keling karam konon kalau 24jam Rahimi tak tarik balik tuduhan ttg SD tuh, nak saman..sekarang dah seminggu lebiy dan ditambah pulak dgn Rasid pulak buat lapuran ttg SD paksaan tuh nape sonyap je, saman lah, afasal xmau saman?

Hair tuh Kak Jijah nak saman Ezam kata fitnah abt paggilan talipon suh pastikan xde jantan jambu dlm rumah AI masa dia diUS xsaman pun..semua sonyap je!!

Dari sinipun dah jelas, setakat nafi dan bagi amaran jelah puak2 yg bersnagkutan dgn parti kencing rakyat nih....

p/s masih berpegang pada pepatah Melayu BERANI KERANA BENAR!! Kalau tidak tak kanlah si ANU tuh terkincit2 bila Saiful buat lapuran polis..lol!! Baru report telo dah kecut, igtkan terer sgt!!

Pilihan Pembaca

Hayat Ronnie Liu Semakin Berakhir...

Hayat Politik Ronnie Liu Semakin Berakhir Nama Ronnie Liu tidak asing lagi di negara ini. Salah seorang pemimpin DAP yang sangat kontroversi - namanya dikaitkan dengan kumpulan gengster, menghalang penguatkuasaan daripada merampas penjualan arak di kawasan penduduk Islam, dan terbaru terlibat dengan skandal penyalahgunaan "kepala surat" yang dikatakan bertujuan untuk mendapatkan tender tertentu. Rupa-rupanya Ronnie tidak hanya mempunyai ramai musuh di luar sana, sebaliknya kedudukan beliau sendiri di dalam DAP masih tidak terjamin. Isu penyelewengan "kepala surat" telah digunakan oleh musuh-musuhnya untuk menjatuhkan Ronnie daripada tampuk pentadbiran kerajaan Selangor. Selain didesak untuk meletakkan jawatan sebagai exco, saya percaya kedudukan beliau sebagai ADUN Pandamaran juga akan terjejas. Mungkin, silap haribulan beliau tidak akan dicalonkan semula di kawasan tersebut dalam PRU yang akan datang. Sama-sama kita tunggu plot kejatuhan si Ronnie

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil

Mengapakah Batman Memerlukan Joker?

DALAM SESEBUAH CERITA YANG MENJADIKAN SESUATU watak itu menarik bukanlah watak itu sendiri. Sebaliknya hubungan antara watak tersebut dengan watak-watak lain yang akan menjadikan sesebuah cerita itu menarik untuk diikuti.   Apakah Batman, wataknya dengan sendiri menjadi sangat menarik? Tidak juga. Tetapi di sebelahnya ada Joker, hubungan mereka berdualah yang menjadikan watak Batman  menjadi sangat menarik lagi kekal relevan.     Hubungan antara watak Batman dengan Joker membina differentiation (perbezaan). Maka lahirlah positioning (gambaran) di dalam kotak minda penonton tentang kedua-dua watak tersebut - sang jahat menentang penyelamat dunia.    Dalam marketing, differentiation ialah alat untuk membina positioning di dalam pemikiran pelanggan. Ia sama dengan apa yang berlaku di dalam filem.    Walter White menarik kerana hubungannya dengan Jesse dan Hank. Neo menarik kerana hubungannya dengan Trinity dan Ejen Smith. Don Draper menarik kerana adanya Roger dan Peggy.   Hubungan inila