Skip to main content

Kebenaran Sudah Semakin Hampir

Kebenaran
Sudah Semakin Hampir

1. Saya menyokong penuh kenyataan Ezam di bawah ini. Sepatutnya sudah lama ahli PKR sedar dan insaf, sesungguhnya Anwar Ibrahim merupakan fitnah al-kubra di negara ini. Ideologi politiknya sangat merbahaya. Menghalalkan apa-apa sahaja demi politik peribadinya.

2. Pada hemat saya, sekadar nasihat sudah tidak memadai lagi. Majlis Raja-Raja perlu bertindak tegas terhadap Anwar Ibrahim. Malaysia tidak boleh ditakrif melalui kebebasan yang diidam-idamkan oleh beliau. Librealisme agama, kebebasan individu tanpa had dan idealisme politik menghalalkan cara - merupakan antara buah fikiran Anwar Ibrahim yang mampu mengancam keselamatan di negara ini.

3. Mahu atau tidak - kita perlu insaf, sesungguhnya Anwar Ibrahim adalah fitnah paling dahsyat untuk Malaysia. Menghapuskannya merupakan satu jihad dan kewajipan kita semua. Sudah tiba masanya kita bertegas dengan Anwar Ibrahim!. Wallahualam.

SHAH ALAM 17 Okt. - Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor menggesa pemimpin dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta Pas supaya berhenti memberikan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tegasnya, langkah itu perlu dilakukan memandangkan hari ke hari semakin jelas kepincangan peribadi yang dilakukan oleh Penasihat PKR tersebut.

''Atas nama Allah dan akidah Islam saya seru mereka supaya meninggalkan Anwar.

''Tidak perlu lagi menyokong beliau berikutan semakin banyak bukti mengenai perlakuan beliau yang memungkinkan beliau tidak layak disokong sebagai pemimpin,'' katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah pada program Selamatkan Selangor Darul Ehsan Ke-2 (SSDE2) di Dewan Bunga Kertas TTDI Jaya di sini, malam tadi.

Turut menyampaikan ceramah di majlis itu ialah Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Satim Diman, Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan dan penceramah bebas, Rosdi Long. Mohamad Ezam berkata, dua laporan polis yang dibuat oleh dua pembantu Anwar baru-baru ini sudah membuktikan bahawa Penasihat PKR itu tidak layak disokong sebagai pemimpin.

''Saya tidak tahu apa lagi yang pemimpin dan ahli PKR serta Pas tunggu, semuanya sudah jelas bukan sahaja melalui laporan polis berkenaan malahan keterangan oleh doktor pakar di mahkamah dalam perbicaraan kes liwat Anwar telah memberi petunjuk yang jelas siapa Anwar sebenarnya,'' katanya.

Ezam juga membidas, tindakan Dewan Pemuda Pas Pusat yang mengadakan demonstrasi bagi membantah konsert Adam Lambert yang dikatakan gay tetapi menyokong Anwar sebagai salah seorang pemimpin pakatan pembangkang. ''Dengan pelbagai bukti yang semakin jelas mengenai perlakuan Anwar, kalau mereka mempunyai prinsip Pas, perlu menangguhkan dulu sebarang hubungan dan kerjasama dengan Anwar kerana ia membabitkan persoalan akidah sebagai seorang Islam,'' katanya.

Comments

Unknown said…
bagi PAS matlamat menghalalkan cara...kalau dgn syaitan pun boleh berkawan apalagi dengan gay...
udanggalah said…
Mereka ni tak percaya Anuar buat perkara tu..ataupun buat-buat tak percaya...!
Anonymous said…
Lidah Rasmi PAS perlu disiasat.
Dikalangan wartawan PAS terdapat tangan-tangan ajaib yang mengawal(Dajjal).

Dajjal suka memfitnah, prasangka buruk. menghasut membenci pemerintah orang Islam, menjanjikan bintang dan bulan dll.

Keselurahan lidah Rasmi PAS (HARAKAH) dikawal oleh kuasa Dajjal.

Sekadar renungan.
Benar atau cakap-cakap kosong ?????
Anonymous said…
Puak puak ni tahu tapi buat buat tak tahu kerana kuasa dan harta terpaksa buat diam saja org bangang pun tahu Anuar kaki jubor tapi kerana harta pekakan teliga saja.
Anonymous said…
Gelaran Dato Pak Him di tarik balik. Saya tak tau pasal apa. Patut nya org macam Anu War lah yang di tarik balik dulu selepas sabit bersalah, 2004 dulu. Atau pun baru2 ni, sebab memburukan nama baik Malaysia di luar negara atau meminta bantuan luar untuk melepaskan dirinya.
Anonymous said…
mana kebenaran 6 kotak bukti rasuah yang Ezam laung2kan dulu.. dasar penipu elok laa bersekongkol dgn UMNO!! beruntung benar pkr kehilangan org macam ni..
azlishukri said…
isu kotak dah tak relevan la bro...
AMIR RAOF said…
saya berada semasa senator ezam bercakap. kalo betul la apa yang diucapkan oleh EZAM (DALAM kandungan ucapannya beliau bersumpah tak terima duit dari umno untuk keluar dari pkr tapi atas soal prinsip, bguslah)
Anonymous said…
Azli... saya fikir ia masih releven..mana tidaknya, kerbau dipegang pada tali, Manusia dipegang pada janji..

kenapa sampai sekarang dia terus membisu..

Pilihan Pembaca

Kebenaran Tanpa Penghujung Oleh Muhammad Azli Shukri "Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya." - ini adalah pepatah orang-orang Arab. Bukan hadis nabi. Namun demikian, kata-kata ini banyak kebenarannya. Saya sedikit agak kecewa, bahkan mungkin merungut sedikit. Saya memohon maaf jika tulisan saya kali ini agak pedas dan keras (syadid) sikit daripada biasa. Hal ini adalah kerana saya sememangnya tidak gemar apabila seseorang begitu mudah memberi hukum tanpa usul periksa. Isu memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel, saya tegaskan bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan, tetapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan membuta-tuli atau berlandaskan kejahilan serta kebodohan yang kita miliki. Umat Islam menjadi lemah adalah disebabkan sifat ingin tahu mereka terlalu rendah. Malah, untuk mencari ilmu pengetahuan pun kita begitu malas. Umat Islam, khususnya di Malaysia- lebih gemar mendeng
Neurosis Pekerjaan Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel ini sudah tersiar di dalam Majalah dewan Ekonomi, Mei 2008) Buku The 8th Habit : From Effectiveness to Greatness tulisan Stephen R. Covey dihasilkan dua puluh tahun sesudah buku paling terkenal beliau The Seven Habits of Highly Effective People dihasilkan. Buku tersebut dilihat oleh kebanyakan ahli pengurusan dan kepimpinan sebagai sebuah buku yang ditulis dengan “hati dan bukan tangan”, ekoran ideanya yang mengagumkan. Kemunculan buku tersebut mengundang kefahaman yang amat mencabar tentang konflik dunia pengurusan yang semakin rapuh, ketika memasuki gerbang ekonomi dunia berasaskan pengetahuan pada lewat 90-an. Para pekerja hari ini khususnya generasi muda tidak boleh lagi diikat dengan kata-kata “Aku ketua, kamu ikut sahaja” sebaliknya, “Aku ketua, dan kamu akan dipimpin”. Dunia semakin sempit untuk diurus seperti mana ketika kebangkitan Revolusi Industri yang mementingkan siapa ketua dan siapa pengikut. Dalam hal in

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca