Skip to main content

Kebenaran Sudah Semakin Hampir

Kebenaran
Sudah Semakin Hampir

1. Saya menyokong penuh kenyataan Ezam di bawah ini. Sepatutnya sudah lama ahli PKR sedar dan insaf, sesungguhnya Anwar Ibrahim merupakan fitnah al-kubra di negara ini. Ideologi politiknya sangat merbahaya. Menghalalkan apa-apa sahaja demi politik peribadinya.

2. Pada hemat saya, sekadar nasihat sudah tidak memadai lagi. Majlis Raja-Raja perlu bertindak tegas terhadap Anwar Ibrahim. Malaysia tidak boleh ditakrif melalui kebebasan yang diidam-idamkan oleh beliau. Librealisme agama, kebebasan individu tanpa had dan idealisme politik menghalalkan cara - merupakan antara buah fikiran Anwar Ibrahim yang mampu mengancam keselamatan di negara ini.

3. Mahu atau tidak - kita perlu insaf, sesungguhnya Anwar Ibrahim adalah fitnah paling dahsyat untuk Malaysia. Menghapuskannya merupakan satu jihad dan kewajipan kita semua. Sudah tiba masanya kita bertegas dengan Anwar Ibrahim!. Wallahualam.

SHAH ALAM 17 Okt. - Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor menggesa pemimpin dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta Pas supaya berhenti memberikan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tegasnya, langkah itu perlu dilakukan memandangkan hari ke hari semakin jelas kepincangan peribadi yang dilakukan oleh Penasihat PKR tersebut.

''Atas nama Allah dan akidah Islam saya seru mereka supaya meninggalkan Anwar.

''Tidak perlu lagi menyokong beliau berikutan semakin banyak bukti mengenai perlakuan beliau yang memungkinkan beliau tidak layak disokong sebagai pemimpin,'' katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah pada program Selamatkan Selangor Darul Ehsan Ke-2 (SSDE2) di Dewan Bunga Kertas TTDI Jaya di sini, malam tadi.

Turut menyampaikan ceramah di majlis itu ialah Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Satim Diman, Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan dan penceramah bebas, Rosdi Long. Mohamad Ezam berkata, dua laporan polis yang dibuat oleh dua pembantu Anwar baru-baru ini sudah membuktikan bahawa Penasihat PKR itu tidak layak disokong sebagai pemimpin.

''Saya tidak tahu apa lagi yang pemimpin dan ahli PKR serta Pas tunggu, semuanya sudah jelas bukan sahaja melalui laporan polis berkenaan malahan keterangan oleh doktor pakar di mahkamah dalam perbicaraan kes liwat Anwar telah memberi petunjuk yang jelas siapa Anwar sebenarnya,'' katanya.

Ezam juga membidas, tindakan Dewan Pemuda Pas Pusat yang mengadakan demonstrasi bagi membantah konsert Adam Lambert yang dikatakan gay tetapi menyokong Anwar sebagai salah seorang pemimpin pakatan pembangkang. ''Dengan pelbagai bukti yang semakin jelas mengenai perlakuan Anwar, kalau mereka mempunyai prinsip Pas, perlu menangguhkan dulu sebarang hubungan dan kerjasama dengan Anwar kerana ia membabitkan persoalan akidah sebagai seorang Islam,'' katanya.

Comments

Unknown said…
bagi PAS matlamat menghalalkan cara...kalau dgn syaitan pun boleh berkawan apalagi dengan gay...
udanggalah said…
Mereka ni tak percaya Anuar buat perkara tu..ataupun buat-buat tak percaya...!
Anonymous said…
Lidah Rasmi PAS perlu disiasat.
Dikalangan wartawan PAS terdapat tangan-tangan ajaib yang mengawal(Dajjal).

Dajjal suka memfitnah, prasangka buruk. menghasut membenci pemerintah orang Islam, menjanjikan bintang dan bulan dll.

Keselurahan lidah Rasmi PAS (HARAKAH) dikawal oleh kuasa Dajjal.

Sekadar renungan.
Benar atau cakap-cakap kosong ?????
Anonymous said…
Puak puak ni tahu tapi buat buat tak tahu kerana kuasa dan harta terpaksa buat diam saja org bangang pun tahu Anuar kaki jubor tapi kerana harta pekakan teliga saja.
Anonymous said…
Gelaran Dato Pak Him di tarik balik. Saya tak tau pasal apa. Patut nya org macam Anu War lah yang di tarik balik dulu selepas sabit bersalah, 2004 dulu. Atau pun baru2 ni, sebab memburukan nama baik Malaysia di luar negara atau meminta bantuan luar untuk melepaskan dirinya.
Anonymous said…
mana kebenaran 6 kotak bukti rasuah yang Ezam laung2kan dulu.. dasar penipu elok laa bersekongkol dgn UMNO!! beruntung benar pkr kehilangan org macam ni..
azlishukri said…
isu kotak dah tak relevan la bro...
AMIR RAOF said…
saya berada semasa senator ezam bercakap. kalo betul la apa yang diucapkan oleh EZAM (DALAM kandungan ucapannya beliau bersumpah tak terima duit dari umno untuk keluar dari pkr tapi atas soal prinsip, bguslah)
Anonymous said…
Azli... saya fikir ia masih releven..mana tidaknya, kerbau dipegang pada tali, Manusia dipegang pada janji..

kenapa sampai sekarang dia terus membisu..

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Akhil 2009 : Hari Tanpa Esok

AKHIL 2009 Hari Tanpa Esok KUALA LUMPUR 25 Mei - ''Februari lalu, dia pernah meminta kebenaran untuk mengahwini Waheeda. Saya reda dan membenarkannya. ''Bagaimanapun, selepas dia mendiamkan diri termasuk tidak pulang ke rumah dan menjawab telefon, saya sudah hilang sabar serta nekad untuk menuntut cerai.'' Itu tegas isteri kepada penyanyi dan pendakwah Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 33, berhubung kemelut rumah tangga mereka yang kini sedang hangat diperkatakan gara-gara Akhil didakwa mempunyai hubungan dengan penyanyi Waheeda atau Norwahidah Abdul Wahab, 31. Menurut Maizawati, selepas lama memendam perasaan, dia hilang rasa sabar dengan apa yang melanda hidupnya ekoran gosip hubungan berkenaan termasuk apa yang telah Akhil lakukan terhadap dirinya. ''Saya pernah beberapa kali menghubunginya tetapi dia tidak menjawab telefon. Alasan yang diberikan adalah sibuk dengan kerja. ''Dia juga sudah lama tidak pulang ke rumah. Ketika saya memfa

Inilah Syaitan

Inilah Syaitan Oleh Muhammad Azli Shukri Mohon ampun dan maaf, jika kali ini saya tidak berupaya lagi menahan amarah. Tiada apa-apa pun yang mampu membuat saya terlalu marah, melainkan jika agama dan nama Tuhan kita - Allah dipersenda dan dipermainkan semahu-mahunya. Jika hati kita masih tiada rasa benci dan sensitif, dengan apa-apa yang telah berlaku sejak akhir-akhir ini, maka saya tidak berupaya lagi menilai di manakah letaknya nilai iman kita kepada Allah. Hati saya dan umat Islam seperti dicarik-carik dan dihiris-hiris dengan pisau tatkala keputusan kerajaan Pulau Pinang - di bawah Ketua Menterinya Lim Guang Eng mewujudkan Majlis Perundingan Antara Agama, yang didakwa telah ditubuhkan pada tahun lalu ( Malaysiakini melaporkan bahawa Lim Guang Eng menafikan kewujudan majlis ini dan ingin menyaman Utusan boleh percaya ke cakap Guang Eng ini? saya daripada dulu lagi tidak mempercayai cakap pemimpin-pemimpin DAP) , sekaligus meletakkan agama suci kita yakni - ISLAM setaraf