1. Saya menyokong penuh kenyataan Ezam di bawah ini. Sepatutnya sudah lama ahli PKR sedar dan insaf, sesungguhnya Anwar Ibrahim merupakan fitnah al-kubra di negara ini. Ideologi politiknya sangat merbahaya. Menghalalkan apa-apa sahaja demi politik peribadinya.
2. Pada hemat saya, sekadar nasihat sudah tidak memadai lagi. Majlis Raja-Raja perlu bertindak tegas terhadap Anwar Ibrahim. Malaysia tidak boleh ditakrif melalui kebebasan yang diidam-idamkan oleh beliau. Librealisme agama, kebebasan individu tanpa had dan idealisme politik menghalalkan cara - merupakan antara buah fikiran Anwar Ibrahim yang mampu mengancam keselamatan di negara ini.
3. Mahu atau tidak - kita perlu insaf, sesungguhnya Anwar Ibrahim adalah fitnah paling dahsyat untuk Malaysia. Menghapuskannya merupakan satu jihad dan kewajipan kita semua. Sudah tiba masanya kita bertegas dengan Anwar Ibrahim!. Wallahualam.
SHAH ALAM 17 Okt. - Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor menggesa pemimpin dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta Pas supaya berhenti memberikan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tegasnya, langkah itu perlu dilakukan memandangkan hari ke hari semakin jelas kepincangan peribadi yang dilakukan oleh Penasihat PKR tersebut.
''Atas nama Allah dan akidah Islam saya seru mereka supaya meninggalkan Anwar.
''Tidak perlu lagi menyokong beliau berikutan semakin banyak bukti mengenai perlakuan beliau yang memungkinkan beliau tidak layak disokong sebagai pemimpin,'' katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah pada program Selamatkan Selangor Darul Ehsan Ke-2 (SSDE2) di Dewan Bunga Kertas TTDI Jaya di sini, malam tadi.
Turut menyampaikan ceramah di majlis itu ialah Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Satim Diman, Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan dan penceramah bebas, Rosdi Long. Mohamad Ezam berkata, dua laporan polis yang dibuat oleh dua pembantu Anwar baru-baru ini sudah membuktikan bahawa Penasihat PKR itu tidak layak disokong sebagai pemimpin.
''Saya tidak tahu apa lagi yang pemimpin dan ahli PKR serta Pas tunggu, semuanya sudah jelas bukan sahaja melalui laporan polis berkenaan malahan keterangan oleh doktor pakar di mahkamah dalam perbicaraan kes liwat Anwar telah memberi petunjuk yang jelas siapa Anwar sebenarnya,'' katanya.
Ezam juga membidas, tindakan Dewan Pemuda Pas Pusat yang mengadakan demonstrasi bagi membantah konsert Adam Lambert yang dikatakan gay tetapi menyokong Anwar sebagai salah seorang pemimpin pakatan pembangkang. ''Dengan pelbagai bukti yang semakin jelas mengenai perlakuan Anwar, kalau mereka mempunyai prinsip Pas, perlu menangguhkan dulu sebarang hubungan dan kerjasama dengan Anwar kerana ia membabitkan persoalan akidah sebagai seorang Islam,'' katanya.
Comments
Dikalangan wartawan PAS terdapat tangan-tangan ajaib yang mengawal(Dajjal).
Dajjal suka memfitnah, prasangka buruk. menghasut membenci pemerintah orang Islam, menjanjikan bintang dan bulan dll.
Keselurahan lidah Rasmi PAS (HARAKAH) dikawal oleh kuasa Dajjal.
Sekadar renungan.
Benar atau cakap-cakap kosong ?????
kenapa sampai sekarang dia terus membisu..