KUANTAN 11 Julai -Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dikenakan tindakan sewajarnya jika didapati mengancam keselamatan negara selepas dikaitkan menjadi alat kepada agensi perisikan Amerika Syarikat, Agensi Perisikan Pusat (CIA).
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagaimanapun berkata, pihaknya belum mempunyai maklumat dan perlu bergantung kepada bukti untuk mengambil sesuatu tindakan.
"Tak tahulah sama ada (alat) CIA atau tidak tetapi kita tengok banyak rahsia dia sudah terbongkar.
"Kita sebelum ini tidak tergamak cuba korek (rahsia) kerana cukup-cukuplah mereka sendiri menabur fitnah terhadap pemimpin-pemimpin kita tetapi kalau mereka tidak berada di atas landasan dan niat jujur akhirnya benda yang tidak baik akan keluar juga," katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan seorang penulis blog terkenal di New York, Elaine Meinel Supkis yang mendakwa ketua pembangkang itu merupakan alat ciptaan CIA bagi menjaga kepentingan dan perancangan sulit Amerika Syarikat di Malaysia. Hishammuddin berkata, beliau melihat tindak tanduk ketua pembangkang itu ketika ini hanya demi kepentingan politiknya semata-mata. - Bernama
1. Sampai bila kita masih mahu memberi amaran dan amaran kepada Anwar?
2. Hishamuddin sebenarnya telah gagal mengemudi Kementerian Dalam Negeri sejak beliau dilantik sebagai menteri di kementerian tersebut.
3. Semua masalah jenayah yang berlaku dalam negeri, DS Hishamuddin hanya sanggup beri amaran dan akan berkata "kita akan siasat" - itu sahaja. Jauh sekali kita dapat melihat satu tindakan yang proaktif dalam usaha membendung agen-agen asing yang semakin galak menghancurkan negara ini.
4. Isu berkenaan Anwar agen CIA - sudah lama diperkatakan, malah sebelum beliau dipecat oleh Tun Mahathir pada tahun 1998 - hal ini sudah dibangkitkan. Soalnya, takkan la sampai 12 tahun kita masih tidak tahu dan masih mencari bukti untuk mendakwa Anwar sebagai agen atau balaci CIA?
5. Pemimpin-pemimpin UMNO jangan terlalu menjadi penakut. Saya percaya bukti yang mengaitkan Anwar dengan CIA sudah lama diketahui oleh Polis Malaysia - namun, kuasa sama ada untuk menangkapnya atau pun tidak terletak di bahu Menteri Dalam Negeri. Sudah banyak blogger yang mendedahkan hubungan Anwar dengan Yahudi dan CIA, maka nak tunggu apa lagi? ISAkan sahaja Anwar Ibrahim - beliau sudah terlalu banyak membawa fitnah kepada negara - sama ada melalui masalah peribadinya, mahu pun melalui lidahnya yang suka mengadu-domba dan memfitnah kerajaan. Segeralah bertindak wahai Hishamuddin!
Comments
Secara amali atau pratikal beliau tidak mampu membuat apa-apa yg efektif.Apa yg beliau mampu hanyalah sekadar memberi amaran dan mengeluarkan kata-kata standard,"tidak akan teragak-agak.....".
Dalam hal ini beliau tidak boleh dipersalahkan kerana itu sajalah taraf keupayaan beliau.Apa nak buat?Yg salahnya ialah DS Najib yg bertanggungjawab meletakkan beliau di Kemanterian itu.
Askar Tua
Bagaimanapun samada saya lembik atau tidak, satu jawatankuasa akan ditubuhkan untuk mengkajinya dan jika benar saya tidak teragak agak untuk mengambil tindakan.
Kj secara tidak langsung telahpun menyindir Hisham semasa KJ mempertikaikan PDRM tidak dapat menangkap dan membawa pulang RPK. Kena juga diingatkan ahli UMNO telah memilih Hisham untuk Naib Presiden.
Sumpah pahlawan apabila keris terhunus, dia akan teruskan walaupun apa terjadi, jauh sekali untuk minta maaf. Apakah orang Melayu dan UMNO nak harapkan pemimpin seperti ini untuk memperjuangkan nasib Agama, Bangsa dan Negara. Cukupkah dengan memberi amaran tanpa tindakan.
Nak ingatkan DS Najib, walaupun Hishamuddin ada pertalian darah dengan DS tetapi kalau dia dah tak boleh diharap, jangan simpan dia untuk memusnahkan Bangsa sendiri.
Wujudkan kementerian hal Ehwal Wanita dan tukarkan dia ke kementerian wanita sebagai menterinya. Saya rasa itulah portfolio yang paling layak untuknya.
ZEK
Berilah amaran seberapa banyak sekalipun, pasti siapa pun tak takut kerana tak pernah ada tindakan pun.
Jadi bahan ketawa sahaja adalah. Ha! Ha! Ha! Ha! Ho! Ho! Ho! Ho! Hi! Hi! Hi! Hi!
Nak terkencing-kencing rasanya kerana takut menerima AMARAN dari YB Menteri Dalam Negeri Malaysia.
Aku nak tanya Dato Hishamuddin. Kalaulah ada pengedar dadah dari Australia mengedar 1 tan dadah dan telah terbukti kesalahannya dan mahkamah telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati, beranikah Dato melaksanakan keputusan mahkamah sekiranya ada tekanan dari kerajaan Australia?
Aku pasti Dato akan lepaskan dengan memberi alasan bahawa demi keselamatan negara dan perpaduan antarabangsa, kita mestilah rasional. Tak percaya tunggulah sekiranya ada perkara seumpamanya berlaku.