Skip to main content

Hishamuddin Janganlah Lembik Sangat


Hishamuddin
Janganlah Lembik Sangat


KUANTAN 11 Julai -Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dikenakan tindakan sewajarnya jika didapati mengancam keselamatan negara selepas dikaitkan menjadi alat kepada agensi perisikan Amerika Syarikat, Agensi Perisikan Pusat (CIA).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagaimanapun berkata, pihaknya belum mempunyai maklumat dan perlu bergantung kepada bukti untuk mengambil sesuatu tindakan.

"Tak tahulah sama ada (alat) CIA atau tidak tetapi kita tengok banyak rahsia dia sudah terbongkar.

"Kita sebelum ini tidak tergamak cuba korek (rahsia) kerana cukup-cukuplah mereka sendiri menabur fitnah terhadap pemimpin-pemimpin kita tetapi kalau mereka tidak berada di atas landasan dan niat jujur akhirnya benda yang tidak baik akan keluar juga," katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan seorang penulis blog terkenal di New York, Elaine Meinel Supkis yang mendakwa ketua pembangkang itu merupakan alat ciptaan CIA bagi menjaga kepentingan dan perancangan sulit Amerika Syarikat di Malaysia. Hishammuddin berkata, beliau melihat tindak tanduk ketua pembangkang itu ketika ini hanya demi kepentingan politiknya semata-mata. - Bernama


Ulasan Saya

1. Sampai bila kita masih mahu memberi amaran dan amaran kepada Anwar?

2. Hishamuddin sebenarnya telah gagal mengemudi Kementerian Dalam Negeri sejak beliau dilantik sebagai menteri di kementerian tersebut.

3. Semua masalah jenayah yang berlaku dalam negeri, DS Hishamuddin hanya sanggup beri amaran dan akan berkata "kita akan siasat" - itu sahaja. Jauh sekali kita dapat melihat satu tindakan yang proaktif dalam usaha membendung agen-agen asing yang semakin galak menghancurkan negara ini.

4. Isu berkenaan Anwar agen CIA - sudah lama diperkatakan, malah sebelum beliau dipecat oleh Tun Mahathir pada tahun 1998 - hal ini sudah dibangkitkan. Soalnya, takkan la sampai 12 tahun kita masih tidak tahu dan masih mencari bukti untuk mendakwa Anwar sebagai agen atau balaci CIA?

5. Pemimpin-pemimpin UMNO jangan terlalu menjadi penakut. Saya percaya bukti yang mengaitkan Anwar dengan CIA sudah lama diketahui oleh Polis Malaysia - namun, kuasa sama ada untuk menangkapnya atau pun tidak terletak di bahu Menteri Dalam Negeri. Sudah banyak blogger yang mendedahkan hubungan Anwar dengan Yahudi dan CIA, maka nak tunggu apa lagi? ISAkan sahaja Anwar Ibrahim - beliau sudah terlalu banyak membawa fitnah kepada negara - sama ada melalui masalah peribadinya, mahu pun melalui lidahnya yang suka mengadu-domba dan memfitnah kerajaan. Segeralah bertindak wahai Hishamuddin!

Comments

Anonymous said…
dah lama org cakap..lembik..
Anonymous said…
lembik selembik2nye....
Neilkie69 said…
Menteri amaran yang sorang ni memang pengecut. Kita tak boleh lupa dengan pemohanan maaf dan dayusnya Menteri amaran ini selepas ditegur oleh MCA selepas mengucup keris pusaka melayu dulu. Sejak itu dia sudah fobia untuk bertindak selain daripada mengeluarkan AMARAN...dan akan SIASAT....sudah-sudahlah YB Dato. Dimana perginya darah perjuangan arwah datuk dan ayahanda...kami dah jemu dengan penyataan. Kami tak mahu lagi NATO (no action talk only) kami mahu tindakan...tolonglah sebelum nasi menjadi bubur
Anonymous said…
Memangnya Hishamuddin ini telah dilahirkan sebagai seorang yg lembek,penakut dan pengecut.Walaupun beliau telah sedayaupaya berusaha untuk nampak berani,garang dan tegas tetapi tidak berhasil,selain daripada hanya dapat memperlihat dan menunjuk gaya serta air muka yg bengis secara fisikal seperti ternampak dalam gambar.

Secara amali atau pratikal beliau tidak mampu membuat apa-apa yg efektif.Apa yg beliau mampu hanyalah sekadar memberi amaran dan mengeluarkan kata-kata standard,"tidak akan teragak-agak.....".

Dalam hal ini beliau tidak boleh dipersalahkan kerana itu sajalah taraf keupayaan beliau.Apa nak buat?Yg salahnya ialah DS Najib yg bertanggungjawab meletakkan beliau di Kemanterian itu.

Askar Tua
Anonymous said…
Fitnahlah Anwar selagi hayat dikandung badan.. Apco dan Rejim Zionis dalam umno bukanlah cerita benar.... Rasuah PKFZ melibatkan berbilion bukanlah cerita benar. Komisen 100 juta beli kapal selam bukan cerita benar.. Altantuya mati dibunuh bukan cerita benar.. Saiful tak mandi dan tak buang air besar 2 hari dan pergi sembahyang Jumaat itu adalah cerita benar. Dr kata lubang jubo Saiful tidak diliwat, itu tidak benar..... Tunjukkan bukti kukuh Anwar ejen CIA.. Kalau benar sumbat Anwar dalam penjara seumur hidup... Rakyat inginkan kebenaran dan bukti yang kukuh..
kluangman said…
Sebenarnaya kalau saolan ini di ajukan kepadanya, dia akan terkejut, dia mungkin kata 'saya tidak sangka selama ini saya lembik'.

Bagaimanapun samada saya lembik atau tidak, satu jawatankuasa akan ditubuhkan untuk mengkajinya dan jika benar saya tidak teragak agak untuk mengambil tindakan.

Kj secara tidak langsung telahpun menyindir Hisham semasa KJ mempertikaikan PDRM tidak dapat menangkap dan membawa pulang RPK. Kena juga diingatkan ahli UMNO telah memilih Hisham untuk Naib Presiden.
Anonymous said…
WARGA KDN PUN CAKAP MCM TU.. MEREKA PUN BENCI SILAP KAUM KERABAT KDN AKAN UNDI PEMBANGKANG.. FRUST..DAPAT MENTERI MCM NI..UNDI POS PUN AKAN BERALIH ARAH...TENGOK LAH..DULU RAMALAN 4 NEGERI JATUH MEMANG TEPAT.. HANYA PAK LAH TERLALU YAKIN BN AKAN MENANG BESAR MCM 2004..ADA LORI ADA BAS PRU13 KAMI BALAS..AMARAN RAJA AMARAN SE MELAYSIA..
Anonymous said…
Syukur kepada Tuhan akhirnya semua tahu bukan sekadar Hishamuddin sahaja yang lembik tetapi kepimpinan negara juga lembik. Cakap je...isu ah long, jenayah, isu pasir mmmmmm
Anonymous said…
Apa nak buat. Kita dapat menteri paling lembik dalam sejarah negara. Waktu BN menang besar pada PRU 11 (2004), cabut keris dengan muka yang penuh semangat. Bila sampai PRU 12, banyak kerusi BN terpelanting, dan menerima berbagai-bagai tekanan dari dalam BN sendiri, dia masukkan keris semua dan kemudian minta maaf.

Sumpah pahlawan apabila keris terhunus, dia akan teruskan walaupun apa terjadi, jauh sekali untuk minta maaf. Apakah orang Melayu dan UMNO nak harapkan pemimpin seperti ini untuk memperjuangkan nasib Agama, Bangsa dan Negara. Cukupkah dengan memberi amaran tanpa tindakan.

Nak ingatkan DS Najib, walaupun Hishamuddin ada pertalian darah dengan DS tetapi kalau dia dah tak boleh diharap, jangan simpan dia untuk memusnahkan Bangsa sendiri.

Wujudkan kementerian hal Ehwal Wanita dan tukarkan dia ke kementerian wanita sebagai menterinya. Saya rasa itulah portfolio yang paling layak untuknya.

ZEK
Anonymous said…
Aku belum pernah dengar Hishamuddin bertindak. Yang aku dengar amaran demi amaran demi amaran demi amaran, entah sampai bila dengan amarannya.

Berilah amaran seberapa banyak sekalipun, pasti siapa pun tak takut kerana tak pernah ada tindakan pun.

Jadi bahan ketawa sahaja adalah. Ha! Ha! Ha! Ha! Ho! Ho! Ho! Ho! Hi! Hi! Hi! Hi!

Nak terkencing-kencing rasanya kerana takut menerima AMARAN dari YB Menteri Dalam Negeri Malaysia.

Aku nak tanya Dato Hishamuddin. Kalaulah ada pengedar dadah dari Australia mengedar 1 tan dadah dan telah terbukti kesalahannya dan mahkamah telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati, beranikah Dato melaksanakan keputusan mahkamah sekiranya ada tekanan dari kerajaan Australia?

Aku pasti Dato akan lepaskan dengan memberi alasan bahawa demi keselamatan negara dan perpaduan antarabangsa, kita mestilah rasional. Tak percaya tunggulah sekiranya ada perkara seumpamanya berlaku.

Pilihan Pembaca

Raja Petra Tidak Takut Allah

Fitnah Terbaru Raja Petra Oleh JEFRI ZACHARIAH Nampaknya bulan Ramadan bukanlah 'penamat' untuk Raja Petra (RPK) melakukan fitnah kepada orang yang dibencinya. Kali ini mangsanya tidak lain dan tidak bukan, Peguam Negara sendiri, Tan Sri Gani Patail. Tanpa ada rasa bersalah dan berdosa, RPK menuduh Gani mempunyai hubungan sulit dengan Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsanya, Datuk Azailiza Mohd Ahad. Dalam kolumnya 'No Holds Barred' , RPK menulis dalam artikel berjudul 'Okay, What About This Affair Then?' bertarikh 16 Ogos, hubungan sulit antara Abdul Gani dan Azailiza adalah 'rahsia terbuka' dikalangan kakitangan Jabatan Peguam Negara. "Ya, semua orang tahu mengenai hubungan suklit ini. Ia bukan rahsia. Peguam Negara dan Azailiza selalu ke luar negara bersama, dan untuk menjimatkan wang pembayar cukai, mereka memilih untuk berkongsi bilik daripada menyewa bilik berasingan. Nampak gayanya banyak sangat skandal seks di Istana

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil