Skip to main content

Ke Mana Anwar Ibrahim Selepas Ini?


Ke Mana Anwar Ibrahim
Selepas Ini?


KUALA LUMPUR 20 Jun – DAP didakwa memulakan langkah untuk mencari pemimpin baru untuk memimpin pakatan pembangkang bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mungkin akan dihukum penjara kerana kes liwat. Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin mendakwa, calon utama yang disokong serta dipromosikan oleh DAP sebagai Ketua Pembangkang yang baru ialah Datuk Zaid Ibrahim. Dakwa Zulkifli, ini kerana Zaid dilihat mempunyai perwatakan yang sama dengan Anwar iaitu liberal serta tidak tebal semangat Islam dan kemelayuannya.

“Sebab itulah seorang pemimpin pakatan dari DAP mahukan seorang ahli Parlimen daripada parti itu mengosongkan kerusinya.

“Dalam hal ini timbullah kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang berpendapat Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang atau lebih dikenali sebagai Tian Chua hilang kelayakan serta satu pilihan raya mesti diadakan.

“DAP melihat inilah peluang sekali lagi untuk menobatkan Zaid jika kerusi Parlimen Batu dikosongkan. Ini bagi memberi laluan kepada pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mencuba nasib sekali lagi untuk menjadi ahli Parlimen,'' dakwanya dalam entri terbaru di dalam blog beliau, http://zul4kulim.blogspot.com. Dakwa Zulkifli, beliau juga mendapat maklumat, jika ada ahli Parlimen yang disabit kesalahan yang boleh membatalkan kelayakan, maka eloklah kerusi itu dikosongkan. Sebab itulah, dakwa Zulkifli lagi, Karpal mengeluarkan pendapat bahawa Tian Chua sudah hilang kelayakan dan kerusi Parlimen Batu mesti dikosongkan.

“Apakah Ahli Parlimen Padang Serai, Kedah, N. Gobalakrishnan akan terpaksa mengosongkan kerusinya? Yang pastinya Gobalakrishnan juga telah dihukum dengan hukuman yang boleh membatalkan kelayakan beliau sebagai ahli Parlimen.

“Malah tersebar bisik-bisik di kalangan mereka kemungkinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan diminta mengosongkan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak untuk memberi laluan kepada Zaid dan Khalid memberi tumpuan kepada Selangor,” dakwanya. Beliau mendakwa, DAP membuat perkara ini memandangkan mereka sebenarnya tahu Anwar akan dihukum penjara atas pertuduhan liwat dan kali ini hukuman lebih lama dari tempoh enam tahun iaitu hukuman yang telah dijalani sebelum ini.

Dakwanya, DAP perlu menyokong Zaid memandangkan pakatan tidak mempunyai alternatif lain di mana Pas tidak boleh menerima kepimpinan Lim Kit Siang yang mempunyai paling ramai ahli Parlimen iaitu 28 orang. Beliau turut mendakwa, DAP juga tidak boleh menerima sekiranya kepimpinan pakatan pembangkang diserahkan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Kalau adapun alternatif ialah Naib Presiden PKR, Azmin Ali tetapi Pas dan DAP tidak pernah terfikir pun pakatan itu akan dipimpin oleh Azmin kerana usianya yang masih muda walaupun beliau berkaliber.

“Calon yang boleh diterima oleh DAP serta Pas ialah Zaid yang merupakan anak emas kepada DAP untuk menggantikan Anwar dan kehendak parti itu mesti dituruti kerana mereka yang dominan dalam pakatan sekarang,” dakwanya. Zulkifli juga mendakwa, memang menjadi stail kepimpinan pakatan terutama di kalangan firaun-firaun kecil yang mahu setiap masa ada isu demi survival politik dan dengan lebih banyak pilihan raya kecil lebih baik bagi mereka.


Ulasan Saya

1. Izinkan saya memberi sedikit pandangan yang mungkin agak berbeza dengan pandangan media arus perdana. Saya kurang bersetuju dakwaan kononnya Anwar Ibrahim akan dipenjara lebih lama daripada hukuman yang diterimanya sebelum ini. Marilah kita bertanya, berapakah umur Anwar Ibrahim sekarang? 40? 50? atau 60? - hakikatnya dengan umur beliau yang sudah pun menghampiri usia 70 tahun adalah mustahil beliau sanggup untuk sekali lagi dihumban ke penjara. Anwar tidak mungkin sanggup berhadapan dengan hukuman 20 tahun penjara dan beliau pasti akan mencari jalan lain untuk terus hidup sebagai hero dan juara rakyat.

2. Menurut hemat saya - Anwar Ibrahim akan cuba mendapat suaka politik, sama ada di Amerika Syarikat mahu pun di negara-negara yang bersimpati dengan nasibnya. Lupakah kita terhadap Raja Petra yang sehingga kini masih sukar dijejaki? Siapakah manusia yang begitu hebat sehingga berjaya menyorok pemilik laman web Malaysiakini itu daripada terus diburu oleh polis Malaysia yang sememangnya terkenal dengan kecekapan dan ketangkasan selama ini. Hanya campur tangan Yahudi, CIA atau FBI sahaja yang berupaya meyembunyikan jejak Raja Petra daripada diketahui umum. Insan di Malaysia yang mempunyai pertalian rapat dengan CIA dan Yahudi hanyalah Anwar Ibarahim. Tidak mustahil Anwar Ibrahim terlibat sama dalam usaha menyembunyikan Raja Petra di luar negara!

3. Justeru itu, Anwar Ibrahim tidak akan sanggup ke penjara semula. Beliau akan melakukan apa-apa sahaja bagi menyelamatkan masa depan politiknya. Ke penjara sekali lagi - bermakna neraka untuk dirinya. Hati kecil saya tetap merasakan bahawa Anwar akan didapati bersalah kerana meliwat Saiful, namun demikian Anwar tidak akan berdiam diri dan menerima bulat-bulat hukuman yang telah dijatuhkan ke atasnya - beliau pasti akan melawan. Walau bagaimana pun cara beliau melawan, tidaklah sama dengan kaedah yang digunakannya 10 atau 15 tahun yang lalu. Kini, Anwar mempunyai rangkaian dan hubungan yang luas dengan organisasi perisikan yahudi antarabangsa, lantaran itu usaha beliau untuk melarikan diri ke luar negara adalah sangat mudah dan terancang.

4. Oleh yang demikian, saya mengingatkan pihak berkuasa Malaysia - bermula hari ini, kita perlu lebih berhati-hati. Saya yakin dan percaya - Anwar Ibrahim akan melarikan diri ke luar negara demi menyelamatkan dirinya!

5. Berhubung usaha DAP untuk menjadikan Zaid Ibrahim sebagai pengganti kepada Anwar Ibrahim merupakan satu tindakan yang jelas dan bukti yang nyata, sesungguhnya Karpl Singh dan barisan peguam Anwar tahu akan hakikat kebenaran yang menyelubungi kisah antara beliau dengan Saiful Bukhari. Karpl Singh sudah tidak berupaya lagi untuk mempertahankan Anwar - segala ilmu putar alamnya sudah digunakan, namun demikian ia tetap gagal menyelamatkan Anwar. Cara terbaik untuk Anwar menyelamatkan diri hanyalah dengan cara melarikan diri ke luar negara! Itu sahaja. Wallahualam.

Comments

Anonymous said…
Zaid Ibrahim tak layak memimpin Pakatan Rakyat kerana zahid bukan nya terkenal seluruh dunia USA dan Isreal tak kenal siapa Yahudi Mabuk ini....Mungkin Lee Kwan Yu pun tak kenal langsung...so kalau Zaid jadi ketua PR tak bawa "weight" apa apa pun...Lain le kalau jadi talibarut yahudi...cuma Anwar je yang layak jadi pemimpin PR...sebab dia ada eksess dengan yahudi zionis....
Anonymous said…
betui tu. sokong hang sukri.

acik
Anonymous said…
"Kemana Anwar Ibrahim Selepas Ini?"

Ke Pudu Jel.

Nak tergelak aku sbb dia kena duduk sorang2. Api, air tak ada, dia bebas buat apa2 yang dia suka. Kencing dan berak merata tempat..hehehehe. Bar padan muka dia.

Jail breaker.
azlishukri said…
kita berharap keadilan akan tertegak..juga akhirnya...
Anonymous said…
Mengapa marah sangat kat Anwar. Aku tengok Anwar bukan seperti pemimpin umno yang lain. Beliau berpegang pada prinsipnya... Beliau sanggup dihumban ke penjara untuk menegakkan keadilan walaupun Mahathir beri pilihan. Mahathir pun mengaku Anwar tidak bersalah dan pada masa itu mahathir yang berkuasa. Takkan rakyat Malaysia nak percaya dengan kejadian liwat. Takkan tarikh boleh diubah-ubah mengikut kesuasaian pendakwa..Macamana tivoli belum siap lagi tetapi kejadian liwat boleh berlaku. Tak masuk akal. Saiful pula sampai 3 hari tak basuh berak dan lepas tu pergi sembahyang Jumaat pulak... Buat apa jumpa Najib, Ezam, Rodwan dan yang berkaitan dengannya sebelum membuat laporan polis.... macamana rakya nak percaya dengan umnoooo.. Segala perbuatan kadang-kadang tak masuk dek akal

Pilihan Pembaca

Hayat Ronnie Liu Semakin Berakhir...

Hayat Politik Ronnie Liu Semakin Berakhir Nama Ronnie Liu tidak asing lagi di negara ini. Salah seorang pemimpin DAP yang sangat kontroversi - namanya dikaitkan dengan kumpulan gengster, menghalang penguatkuasaan daripada merampas penjualan arak di kawasan penduduk Islam, dan terbaru terlibat dengan skandal penyalahgunaan "kepala surat" yang dikatakan bertujuan untuk mendapatkan tender tertentu. Rupa-rupanya Ronnie tidak hanya mempunyai ramai musuh di luar sana, sebaliknya kedudukan beliau sendiri di dalam DAP masih tidak terjamin. Isu penyelewengan "kepala surat" telah digunakan oleh musuh-musuhnya untuk menjatuhkan Ronnie daripada tampuk pentadbiran kerajaan Selangor. Selain didesak untuk meletakkan jawatan sebagai exco, saya percaya kedudukan beliau sebagai ADUN Pandamaran juga akan terjejas. Mungkin, silap haribulan beliau tidak akan dicalonkan semula di kawasan tersebut dalam PRU yang akan datang. Sama-sama kita tunggu plot kejatuhan si Ronnie i

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca