KULIM 10 Mei – Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus menerima tamparan hebat apabila kira-kira 1,700 ahlinya di kawasan Parlimen Padang Serai dan Kulim Bandar Baharu malam tadi mengisytiharkan keluar parti kerana kecewa dan hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan mereka khususnya Penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mereka yang keluar parti itu melibatkan ahli-ahli masyarakat India dari 10 cawangan PKR iaitu Jalan Kutta Raja, Paya Besar, Taman Saderi, Taman Makmur, Taman Mutiara, Taman Sg. Kob, Taman Ria dan Pekan Padang Serai dalam Parlimen Padang Serai.
Turut dibubarkan ialah PKR cawangan Kampung Padang Buluh dan Ladang Dublin Pusat di Parlimen Kulim Bandar Baharu.
Seorang usahawan, Letchumanan Kattu Raja, 60, yang mengetuai kumpulan terbabit berkata, keputusan membubarkan PKR cawangan dan jawatankuasa terbabit dibuat serta-merta selepas mendapat mandat majoriti daripada ahlinya yang tidak lagi percaya dengan perjuangan PKR,
Katanya, kesemua yang meninggalkan parti akan menyertai MIC dan memberikan sokongan secara tidak berbelah bahagi kepada Barisan Nasional (BN). – Utusan
Ulasan Saya
1. Tidak lama lagi kita mungkin akan mendengar kenyataan daripada pemimpin-pemimpin PKR yang berbunyi seperti ini, "1 700 ahli PKR yang keluar parti itu, sama sekali tidak akan menjejaskan perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Malah, ia sedikit pun tidak memberi kesan kepada PKR."
2. Tidak kurang juga yang akan berkata, "Kita syak UMNO/BN telah memberi rasuah agar ahli-ahli PKR tersebut keluar parti".
3. Dan jangan terkejut jika ada kenyataan yang berbunyi, "Mereka yang keluar daripada PKR itu merupakan ahli-ahli PKR yang tidak berguna kepada parti - mereka lebih mementingkan wang ringgit daripada sebuah perjuangan."
Inilah wajah PKR yang tidak pernah mahu insaf dan bertaubat...
Comments
ramai tu keluar tu
ayat dia berbunyi begini....
"Ketua Umum telah keluar PKR dan bersama dengan Ezam, dan terus menghentam PKR .dan selayaknya keluar PKR akan dapat jawatan Senator...UMNO tak bersalah, yang bersalah adalah Rosmah Mansor kerana berpeluk dengan Datuk Lee Chong Wei.."
camtu lah ayat dia lebih kurang...
"tiada lagi ahli PKR dalam partinya sendiri....tak tahu semua dah ke mana....tp bile pilihanraya Hulu Selangor, dapat pula undinya...."
hairan...hairan
Sure orang UMCO tak berani ketengahkan isu ni. sebab??? HABIS LA PERIUK NASI. wakakka..