Tetamu Kehormat...

October 10, 2016

Saat Bila BERSATU Menjadi Hantu!

Parti BERSATU mungkin kelihatan tidak kuat. Bahkan dipandang sepi oleh banyak pihak. Namun demikian, saya menyakini bahawa BERSATU akan menjadi duri dalam daging UMNO, saat selesai penamaan calon yang berjaya terpilih bagi mewakili UMNO. Dan pada ketika itu, mana-mana pemimpin UMNO Bahagian yang diketepi atau disisihkan daripada menjadi calon YB, saya percaya - BERSATUlah sebagai platform untuk mereka menyampaikan mesej kepada pucuk pimpinan tertinggi parti. Tidak mustahil pada waktu itu berduyun-duyun ahli-ahli UMNO yang tidak berpuas hati kerana tidak dicalonkan dalam PRU itu, akan menyerahkan borong keahlian untuk menyertai BERSATU. Inilah cabaran sebenar UMNO dalam PRU yang akan datang! 

May 19, 2016

Kuala Kangsar : PAS Dijangka Tewas, PAN Bertambah Berpengaruh

Mungkin secara zahirnya, PAS kelihatan kuat di Kuala Kangsar namun realitinya mungkin tidak sebegitu. Beberapa sumber menyebut bahawa sekiranya Parti Amanah Negara meletakkan calonnya di Kuala Kangsar, pengaruh PAS akan bertambah lemah. Seperti yang kita sedia maklum, jika berlaku pertembungan tiga penjuru antara BN, PAN dan PAS - inshaAllah BN akan menang selesa. Namun demikian, lawan sebenar untuk BN di Kuala Kangsar bukanlah PAN atau PAS tetapi para penyokong dan pendukung UMNO yang cenderung kepada Tun Mahathir, itulah cabaran utamanya, bagaimana caranya untuk memastikan mereka tidak melakukan sabotaj atau apa-apa tindakan yang merugikan parti dalam PRK di Kuala Kangsar dan di Sungai Besar - inilah yang patut menjadi pertimbangan asas dalam menggerakkan jentera dan mengembleng kekuatan UMNO di bahagian masing-masing. UMNO tidak boleh menyerang Tun Mahathir dengan kaedah tradisional - ia memerlukan pendekatan yang lebih lunak dan berstrategi. Fikir-fikirkan.