Tetamu Kehormat...

May 11, 2015

Giliran Mahathir Pula untuk Menjawab

Satu ketika dulu bila ditanya tentang IPP , kita sebagai penyokong kerajaan yang memerintah terkial-kial memikirkan rasional keputusan yang dibuat semasa pemerintahan PM sebelumnya . Menteri yang menjawab persoalan yang ditimbulkan pembangkang pun terkial-kial . Jawapan yang diberikan seolah-olah memperbodohkan diri sendiri atas sesuatu keputusan berat sebelah yang dibuat lama dahulu. Semua sedia maklum keuntungan yang diperoleh oleh IPP bukan sikit tapi cukup banyak, daripada keputusan yang dibuat itu hanya 4 individu yang juga antara orang terkaya di Malaysia ketika ini memperoleh keuntungan besar . 1 orang Melayu, 1 orang India dan 2 orang Cina.  Berikut ialah kenyataan yang dibuat oleh Menteri pada 2011 .  Berita penuh http://www.malaysiakini.com/news/165116


IPP dijadikan 'modal tetap' pembangkang untuk menghentam kerajaan secara berterusan walaupun orang yang bertanggungjawab memulakan idea IPP sudah tak lagi berada dalam perkhidmatan. Maka terkial-kial lah mereka (pemimpin sekarang) yang mewarisi idea IPP ini berhadapan dengan kritikan-kritikan pembangkang. Antaranya kita tahu Rafizi cukup gemar menggunakan modal IPP ini untuk menyerang pimpinan kerajaan . Antara dakwaan Rafizi ialah Petronas terpaksa tanggung RM21 billion kerugian setiap tahun dari perjanjian IPP. 
Oleh yang demikian, perlu ada mekanisme untuk membersihkan 'sial' IPP supaya tidak terus dijadikan bahan untuk serang UMNO/BN secara berterusan. TNB selama ini terpaksa membeli elektrik dari IPP ini pada harga yang agak tinggi, sehingga memaksa tarif elektrik dinaikkan. Bila tarif elektrik naik isu IPP akan ditimbulkan lagi dan semua jari akan menunding kepada kerajaan yang memerintah. Pembuat dasar sebelum ini pula tak perlu sakit kepala menjawab dan sibuk mencari silap orang lain.  Dalam satu sidang media, si Rafizi berkata
“Jadi saya rasa lebih baik jika TNB berunding dengan IPP supaya kadar itu dapat dikurangkan daripada menaikkan tarif elektrik sedia ada yang membebankan pengguna,”

Secara tak langsung menunjukkan sekiranya IPP itu dimiliki oleh entiti kerajaan, kenaikan tarif elektrik boleh dikawal. Seperti yang telah kita semua sedia maklum sekarang kebanyakkan IPP yang ada sekarang telah diambil alih oleh 1MDB menjadikan syarikat itu sebagai IPP yang kedua terbesar di Malaysia selepas Malakoff. Apabila kesemua IPP di negara ini dimiliki syarikat berkaitan kerajaan maka adalah lebih mudah untuk mengawal kenaikan tarif elektrik dan secara tidak langsung juga RM21 billion setahun kerugian yang ditanggung Petronas dapat diselamatkan .


Bayangkan setahun RM21 billion , 2 tahun RM 42 billion ? tiga tahun ?? berapa tahun dah IPP beroperasi ? Dah berapa puluh billion 'hangus' kepada IPP ? Dan sekarang orang yang menyebabkan IPP dimulakan ini bertanya kemana wang 1MDB pergi ?

27 comments:

Abu Bakar said...

Tun Dr. Mahathir dah ada jawapannya, tetapi Najib tak ada jawapan langsung mengenai mana lenyapnya wang yang dihutang oleh 1MDB yang mana wang itu adalah yang yang dipinjam dengan dijamin oleh kerajaan.

Sekarang juak-juak Najib mengorek apa sahaja untuk memburuk-burukkan Tun Dr. Mahathir.

Sebenarnya dalam isu IPP, kerajaan membeli tenaga elektrik dari IPP melalui TNB dengan harga tetap di mana kalau kos naik pun, akan ditanggung oleh pihak IPP itu sendiri.

Kalau benar Tun Dr. Mahathir telah hanguskan beratus bilion ringgit selama ini, kononnya RM 21 bilion setiap tahun, apakah negara kita boleh dibangunkan seperti sekarang ini?

Lihat kenyataan Menteri Peter Chin itu, penjualan gas dengan harga yang lebih rendah untuk memastikan tarif elektrik adalah rendah. Sebab itulah masa zaman Tun Dr. Mahathir dahulu, kadar tarif elektrik adalah rendah, rakyat tak terbeban, kemudian di sektor swasta pula, mereka suka beroperasi di Malaysia, tarif elektrik rendah, kos operasi mereka rendah, kerajaan dapat kutip balik RM 21 bilion itu melalui cukai-cukai korporat, cukai-cukai jualan, cukai-cukai eksport dari syarikat yang melabur di Malaysia.

Beza antara Najib dengan Tun Dr. Mahathir adalah, Najib berfikiran singkat, suka ambil jalan mudah, tetapi Tun Dr. Mahathir sangat teliti, walaupun sekali pandang nampak tak elok, tetapi bila dikaji dengan mendalam, keputusan yang dibuat itu sangat menguntungkan negara dalam mempoh jangka masa panjang.

Begitu juga dengan juak-juak Najib, berfikiran Abu Jahal, jahil tak tahu nak menganalisis maklumat hingga berhujah dengan perkara-perkara palsu yang tak masuk dek akal. Juak Najib berfikiran Abu Jahal ini samalah tarafnya dengan puak-puak pembangkang, mentaliti kelas ketiga, hanya tahu merapu tapi tak tau nak menganalisis maklumat.

Harapnya blogger ini tak memadam komen saya sepertimana komen saya yang dipadam dalam blog Najib akibat takut dengan kebenaran yang didedahkan.

Abu Bakar said...

Dalam blog lain pula, juak-juak Najib menggunakan pemimpin PKR iaitu Tan Kee Kwong untuk memburukkan Tun Dr. Mahathir mengenai isu tanah tapak KLCC.

Mereka menggunakan hujah Tan Kee Kwong yang mengatakan Petronas rugi akibat membeli tanah KLCC dengan harga yang lebih tinggi berbanding dengan harga yang dibeli oleh Ananda dari kerajaan.

Sebenarnya Ananda Krishnan beli tanah tapak tanah lumba kuda yang kini merupakan KLCC dengan harga RM 110 juta, kemudian kerana nak bangunkan tanah itu dengan bangunan maka dia perlu tukar syarat kegunaan tanah, Ananda membelanjakan RM 300 juta untuk perkara ini, kerana tanah itu luas dan harga mahal maka kadarnya mahal jugalah. Sekarang kos Ananda adalah RM 410 juta.

Lepas itu Ananda tubuhkan syarikat untuk bina bangunan di situ, iaitu KLCC, sebuah syarikat ditubuhkan iaitu KLCC Development Sdn. Bhd. Petronas telah menguasai saham KLCC Development Sdn. Bhd. pada awal dekad 1990an dengan harga RM 500 juta, kemudiannya menguasai pegangan KLCC Development dengan kos RM 1.2 bilion. Malahan jual beli ini bukannya setahun selepas pembelian tanah itu oleh Ananda dari kerajaan, tetapi bertahun-tahun selepas itu.

Perlu dijelaskan di sini adalah Petronas bukannya beli tanah tapak lumba kuda itu sahaja dengan harga RM 1.7 bilion, tetapi bersekali dengan syarikat KLCC Development dan aset-aset lain KLCC Development Sdn. Bhd.

Malahan pada dekad 1990an, harga saham memang tinggi kerana prospek ekonomi yang baik.

Jadi di manakah penyelewengan Tun Dr. Mahathir dalam isu ini?

Ini berbeza dengan Tabung Haji beli tanah di TRX, Tabung Haji hanya beli tanah itu sahaja, bukannya dengan 1MDB sekali gus, jadi ini sangat berbeza, jangan nak samakan, kerana Petronas beli tanah tapak KLCC beserta syarikat dan aset-aset KLCC Development Sdn. Bhd., bukannya tanahnya sahaja. Tetapi Tabung Haji hanya beli tanah, bukannya syarikat 1MDB beserta aset 1MDB yang lain.

Perlu faham ini semua, jangan main hentam keromo sahaja.

A Amin said...

Kenapa tak tanya Anwar, kan masa tu Anwar yang jadi menteri kewangan

A Amin said...

Kenapa tak tanya Anwar, kan masa tu Anwar yang jadi menteri kewangan

Unknown said...

Kenyataan itu bukan memburukkan Tun M, tapi itulah hakikatnya.... bagi golongan muda mereka kurang perasan dan hanya sedar bila Tun M dh bersara. Siapa yang hidup di zaman permintahan Tun M.... taulah. Inilah perangai Tun M. Tu sbb kump penyokong Anwar menggelarkannya diktator....

Abu Bakar said...

Sekarang ni juak-juak Najib dah diarahkan untuk menggunakan apa sahaja untuk menyerang peribadi Tun Dr. Mahathir. Mereka akan kerahkan jabatan-jabatan kerajaan menyelongkar segala fail untuk mencari kesalahan apa yang mereka nak tuduhkan dibuat oleh Tun Dr. Mahathir.

Malahan mereka juga sampai ke tahap menggunakan saluran pembangkang, pemimpin pembangkang untuk menyerang peribadi Tun Dr. Mahathir, lepas ni mungkin mereka akan ke luar negara pula untuk mencari sesiapa sahaja yang boleh memburuk-burukkan Tun Dr. Mahathir.

Nampak gayanya Najib dah berasa sangat goyang dengan keadaan sekarang ini hinggakan sanggup menggunakan kaedah-kaedah kotor dan keji untuk memuaskan nafsu serakahnya.

Walaupun begitu, dengan gaya pemikiran Abu Jahal dengan jeng-jeng Juhalanya itu, maka Najib hanya menjerumuskan dirinya ke kancah kekalahan.

Tun Dr. Mahathir hanya bertanya, yang Najib sampai begini gila menggunakan kaedah kotor dan keji untuk memburuk-burukkan Tun Dr. Mahathir pasal apa? Sedarlah diri.

Abu Bakar said...

Unknwon, saya pun membesar di era Tun Dr. Mahathir, kami ni memang penyokong kuat kerajaan dari dahulu hingga sekarang, dahulu kerajaan prihatin kepada rakyat, walaupun ada kontroversi pada mulanya, tetapi Tun Dr. Mahathir dan barisan menteri dan timbalan menteri serta pegawai kerajaan memberikan penerangan dengan begitu jelas hingga memberikan kefahaman kepada rakyat akan manfaat setiap projek kerajaan itu.

Macam projek Proton, rakyat jelas akan manfaat kepada negara dan rakyat, kemudian kerajaan pimpinan Tun Dr. Mahathir melancarkan Perodua dan Modenas, penerangan penerangan yang jelas diberikan kepada rakyat, maka rakyat faham akan manfaat kepada negara dan juga kepada rakyat. Projek Lebuhraya Utara Selatan, penerangan kepada rakyat mengenai kesan pembangunan, cukai yang akan dipungut oleh kerajaan hasil pembangunan oleh pelaburan asing dan dalam negara, peluang pekerjaan yang makin banyak akibat pembangunan itu, cukai yang banyak untuk pembangunan rakyat seperti pembangunan infrastruktur yang sangat pesat.

Maka dengan penerangan yang diberikan, rakyat faham, rakyat jelas.

Macam isu ASN, ASB, isu PNB, kerajaan beri penjelasan, dan buktikan bahawa kerajaan dapat menguasai syarikat British yang selama ini menguasai ribuan hektar tanah di Malaysia, Guthrie yang dikuasai oleh British selama ini telah berjaya dikuasai oleh kerajaan, malahan pemegang syer iaitu PNB juga memberikan dividen kepada rakyat yang mencarum dalam saham-saham amanah kerajaan seperti ASN, ASB, yang mana diuruskan PNB.

Sebab itulah saya katakan beza antara Najib dan kuncu-kuncu Juhala Abu Jahal beliau adalah mereka berfikiran singkat, mementingkan diri, kemudian tak tahu menilai maklumat.

Berbeza dengan cara Tun Dr. Mahathir, dia ada perancangan terperinci, orang tanya dia boleh jawab sebab dah analisis maklumat sebelum melakukan sesuatu projek.

Abu Bakar said...

Macam isu Petronas menjual harga gas dengan lebih rendah, untuk memastikan tarif elektrik adalah bersesuaian dengan pendapatan rakyat, serta untuk menarik pelaburan dalam dan luar negara.

Dengan adanya pelaburan, kerajaan akan pungut cukai korporat, cukai eksport, dan lain-lain yang berkaitan.

Selain itu, dengan adanya pelaburan, maka peluang pekerjaan bertambah, malahan peluang niaga sampingan juga bertambah, seperti perkilangan, akan ada warung-warung untuk jual makanan kepada pekerja kilang itu, maka rakyat gembira sebab mereka ada pekerjaan, ada pendapatan, malahan kos sara hidup rendah, wang gaji boleh disimpan di bank, serta dilaburkan dalam saham amanah dan sebagainya.

Jangan syok sendiri tak tentu hala nak menuduh yang bukan-bukan pula terhadap Tun Dr. Mahathir, dia buat sesuatu itu selepas menganalisis maklumat, bukannya pakai hentam keromo, tak rujuk kabinet seperti 1MDB sampaikan ramai menteri tak tahu, malahan Timbalan Perdana Menteri pun tak berapa tahu pasal 1MDB ini kerana Najib dan orang-orang tertentu sahaja yang buat segala keputusan mengenai 1MDB itu.

Mohamad Hasril said...

Aritu najib kata duit ada kat bsi. Lepas tu bsi ksta duit xds.. sapa tipu sapa ni? Kalu ada knpa nk pinjam duit tamil tu? lepas tu th beli tanah senyap2.. eh pening la aku.. pemjilat najib tlg jwb.. aku bugis gak, tp xla bodo sgt percaya.. permatang pauh pun muka najib xnampak.. knpa?takut? Patutla kalah..

FZL Resources said...

Abu Bakar...Penjelasan yg bernas...


Tun hanya tanya satu jer...baki wang pinjaman tu berlanja kemana...selepas tolak pembelian hartanah dan asset tenaga.....Total loan 42b...beli aset2 15bil...takkan kos operasi smmpai 25billion selama 6thn....


Yg ini perlu dijelaskan....simple jer

studio said...

"Tun Dr. Mahathir hanya bertanya, yang Najib sampai begini gila menggunakan kaedah kotor dan keji untuk memburuk-burukkan Tun Dr. Mahathir pasal apa? Sedarlah diri."

Setuju. Yang ditanya soalan mudah saja: ke mana pergi baki RM27 billion?

Ke mana pergi RM4 billion yang katanya ada di Singapura, tapi tup-tup akaun dikatakan kosong?

Simple. Sebagai sebuah entiti di bawah MOF, tentulah semua fakta ni ada di hujung jari Menteri Kewangan yang bertanggungjawab. Satu twit dah boleh jawab. Tapi tak jawab-jawab. Kemudian nak meraban dengan amukan Bugis apa lanch*u. Apa kes? Tak de kena mengena langsung!

Sampai orang yang menyoal pulak dijadikan sasaran. Apa dah jadi dengan Whistleblower Act? Katanya mahu jadi Transformer kerajaan baru?

Abdul Razak said...

semua komen di atas tu,satu orang yang sama,ape ke jadah ni

studio said...

Tanya tuan blog la. Dia boleh tengok IP address. Apa punya komen.

Agus Salim Hashim said...

1. Bukankah pada masa penubuhan IPP Malaysia mungkin menghadapi krisis tenaga. Tidakkah berlaku kejadian "total national Blackout" pada masa tersebut.

2. Sila lihat pertumbuhan ekonomi pada waktu tersebut, sekiranya ada krisis tenaga adakah FDI akan terus masuk terutama dalam bidang pengilangan.

3. Semasa kejadian total blackout bukankah Tan Sri Ani Aroff yang menjadi CEO TNB. Kenapa beliau gagal mengenalpasti keperluan tenaga pada mas tersebut dan membina loji tenaga lebih awal.

4. Kita cuma melihat kadar tariff harga yang konon menyebabkan kerajaan kerugian berbillion ringgit. Cuba kita perhalusi dengan mengambil kira jumlah pelaburan untuk pembinaan dan operasi IPP ,risiko bila perniagaan menpunyai single buyer iaitu TNB.Sebagai sebuah syarikat perniagaan tentunya akan meletakkkan harga yang tinggi.

5. Cuba kita lihat dari segi jangka masa keperluan IPP dibina dan beroperasi untuk menampung keperluan tenaga ,adakah TNB mempunyai keupayaan kewangan, pengurusan dan kejuruteraan untuk membina IPP dengan
kadar yang cepat.

6. Sekiranya TNB mampu mengeluarkan tenaga dengan kos yang murah , mengapa perlu dilantik 1MDB - Mitsui untuk projek IPP yang baru?

7. Bagi kami yang hidup dan berkerja pada awal 90an ,kami faham akan keperluan IPP pada masa itu. Biarlah kerajaan bayar lebih daripada setiap malam mencari lilin kerana berlaku gangguan eletrik.

8. Dalam soal IPP kerajaan kerugian tapi rakyat dapat letrik dan harga tak naik. 1MDB dapat tanah murah dari kerajaan, rakyat dapat apa?

9. Jangan diungkit ungkit era Mahathir, tolong jawap soal 1MDB.

Agus Salim Hashim said...

1. Bukankah pada masa penubuhan IPP Malaysia mungkin menghadapi krisis tenaga. Tidakkah berlaku kejadian "total national Blackout" pada masa tersebut.

2. Sila lihat pertumbuhan ekonomi pada waktu tersebut, sekiranya ada krisis tenaga adakah FDI akan terus masuk terutama dalam bidang pengilangan.

3. Semasa kejadian total blackout bukankah Tan Sri Ani Aroff yang menjadi CEO TNB. Kenapa beliau gagal mengenalpasti keperluan tenaga pada mas tersebut dan membina loji tenaga lebih awal.

4. Kita cuma melihat kadar tariff harga yang konon menyebabkan kerajaan kerugian berbillion ringgit. Cuba kita perhalusi dengan mengambil kira jumlah pelaburan untuk pembinaan dan operasi IPP ,risiko bila perniagaan menpunyai single buyer iaitu TNB.Sebagai sebuah syarikat perniagaan tentunya akan meletakkkan harga yang tinggi.

5. Cuba kita lihat dari segi jangka masa keperluan IPP dibina dan beroperasi untuk menampung keperluan tenaga ,adakah TNB mempunyai keupayaan kewangan, pengurusan dan kejuruteraan untuk membina IPP dengan
kadar yang cepat.

6. Sekiranya TNB mampu mengeluarkan tenaga dengan kos yang murah , mengapa perlu dilantik 1MDB - Mitsui untuk projek IPP yang baru?

7. Bagi kami yang hidup dan berkerja pada awal 90an ,kami faham akan keperluan IPP pada masa itu. Biarlah kerajaan bayar lebih daripada setiap malam mencari lilin kerana berlaku gangguan eletrik.

8. Dalam soal IPP kerajaan kerugian tapi rakyat dapat letrik dan harga tak naik. 1MDB dapat tanah murah dari kerajaan, rakyat dapat apa?

9. Jangan diungkit ungkit era Mahathir, tolong jawap soal 1MDB.

gabenor johor said...

Hebat Tun M ni sampai boleh siasat akaun bank 1MDB mcm si rafizi

Rahim Satria said...

Najub nak dilambung lagi.Sbb tu dia gunakan platform rakyat.
Tetapi dia lupa dah ramai yg menyampah.Tengok saja majoriti PRK Rompin....mana pergi lagi 7 ribu.Sedangkan PAS kurang 25 undi sahaja.

Azli Shukri said...

tq atas beberapa penjelasan menarik tuan abu bakar

Abu Bakar said...

Saudara Azli, masalah Barisan Nasional sekarang ini adalah kegagalan untuk menganalisis maklumat dengan berkesan, baik di peringkat pemimpin atasan, hinggalah ke pemimpin peringkat bawahan, kesannya rakyat menjadi marah dengan isu-isu yang dibangkitkan.

Patutnya pemimpin atasan mencontohi gerak kerja Tun Dr.Mahathir yang membuat sesuatu projek itu selepas mengambil kira kesan dan akibat dari pelaksanaan projek itu bagi meminimumkan masalah di kemudian hari jika berlaku sebarang masalah.

Malahan dengan adanya perancangan yang teliti, maka kerajaan akan tahu untuk menjawab apa yang disoalkan, kalau banyak sangat sembunyi, kemudian buat sesuka hati, membelakangkan kabinet, maka akan jadi macam sekarang inilah, hinggakan menteri, bahkan timbalan perdana menteri sendiri saya percaya tidak berapa tahu pasal 1MDB kerana dia sendiri dipinggirkan kerana mungkin sebagai individu yang tidak disukai oleh Najib.

Perlu sedar bahawa menguruskan negara ini bukannya macam mengurus syarikat, kalau syarikat fikirkan RM sahaja, tapi negara, di samping memikirkan RM, tetapi memikirkan sokongan rakyat.

Kalau di peringkat atasan bermasalah, maka lingkuplah sampai ke bawah.

Saya pernah melihat temuramah dengan Tan Sri Sanusi Junid, dia mengatakan bahawa menteri ke perdana menteri ke, timbalan perdana menteri ke, patut berusaha, kalau tak cukup seorang, cari lagi seorang, tak cukup lagi cari lagi 10 orang, tak cukup lagi cari lagi 100 orang, kalau ada yang dah tak mampu nak beri kerjasama dan tak mampu nak bekerja tu, tarik diri, jangan menyusahkan orang lain, lebih kuranglah begitulah temuramah dengan beliau yang saya lihat di dalam You Tube, kerana media arus perdana mana nak ambil pengalaman orang lama yang berkualiti, media kini lebih suka mengambil pandangan menteri-menteri orang besar sekarang ni, walaupun pandangan dan idea menteri dan orang besar sekarang ini itu lebih teruk dari sampah pun mereka akan buat liputan siang malam, akhirnya negara juga yang rugi, idea yang baik ditolak kerana sekarang bukan menteri lagi, tapi idea buruk, tak guna, lebih rendah taraf dari sampah dijaja seluruh negara siang dan malam, sebab dibuat oleh menteri dan orang-orang besar sekarang ini. Sedarlah.

Miss Vee said...

This Is What Women Really Want !!
>>> KLIK HERE !! <<<

IBU PUSPITA said...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

Angka Togel said...

TERIMA KASIH AKY RAJA SEBELUMNYA KAMI SANGAT MENDERITA 2 TAHUN YANG LALU KERJANYA HANYA CUMA TUKAN BECAK PENDAPATAN CUMA 15 RIBU PERHARI SEDANKAN SEWA KONTRAKAN RUMAH 500 RIBU PERBULAN TAPI SETELAH KAMI DAPAT NOMOR AKY DI INTERNET KAMI COBA2 HUBUNGI LALU MINTA BANTUAN ANGKA GHOIB DAN ALHAMDULILLAH ANGKA YANG DIBERI AKY RAJA YAITU 4D,,BENAR2 100% TERBUKTI TEMBUS SEKALI LAGI TERIMA KASIH AKY RAJA SEKARANG KELUARGA KAMI SUDAH BUKA USAHA KECIL2LAN ITU SEMUA BERKAT BANTUAN ANGKA GHOIB AKY RAJA BAGI ANDA YANG INGIN SEPERTI KELUARGA KAMI HUBUNGI AKY RAJA DI NOMOR,085=222=500=175,TERIMA KASIH..!!! INI KISAH NYATA DARI SAYA MAKASIH YANG PUNYA ROOM ??





































TERIMA KASIH AKY RAJA SEBELUMNYA KAMI SANGAT MENDERITA 2 TAHUN YANG LALU KERJANYA HANYA CUMA TUKAN BECAK PENDAPATAN CUMA 15 RIBU PERHARI SEDANKAN SEWA KONTRAKAN RUMAH 500 RIBU PERBULAN TAPI SETELAH KAMI DAPAT NOMOR AKY DI INTERNET KAMI COBA2 HUBUNGI LALU MINTA BANTUAN ANGKA GHOIB DAN ALHAMDULILLAH ANGKA YANG DIBERI AKY RAJA YAITU 4D,,BENAR2 100% TERBUKTI TEMBUS SEKALI LAGI TERIMA KASIH AKY RAJA SEKARANG KELUARGA KAMI SUDAH BUKA USAHA KECIL2LAN ITU SEMUA BERKAT BANTUAN ANGKA GHOIB AKY RAJA BAGI ANDA YANG INGIN SEPERTI KELUARGA KAMI HUBUNGI AKY RAJA DI NOMOR,085=222=500=175,TERIMA KASIH..!!! INI KISAH NYATA DARI SAYA MAKASIH YANG PUNYA ROOM ??

klik di sini.

IBU TIJA said...

Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya. BUKA BLOG MBAH RAWA GUMPALA

PAK JUNAIDI said...


SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB MBAH RAWA GUNPALA

Faiz Plongor said...

I like it this really good information
Vimax Canada
Vimax pills
Obat perangsang wanita
Boneka sex ful body
Obat Vimax
Meizitang Botanical
Herbal Slim
Vimax oil
Semenax
Vimax asli
Pelangsing tubuh alami
Obat pelangsing alami
Celana Hernia
Selaput dara buatan
Obat kuat malang
Vakum pembesar penis
Vimax canada
Vimax
Viagra usa
Ciri Vimax asli
Foto abg bugil
Vimax Izon
Ciri ciri vimax asli
Harga vimax asli
vimax asli Testimoni vimax
Pembesar penis alami
Dildo vibrator
Red cialis viagra
Obat kuat pria
Vibrator lidah getar
Obat pemutih kulit
Obat pemutih gigi
Dildo getar
Alat masturbasi wanita

IBU SUNARTI DI KALIMANTAN said...

Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya.BUKA BLO DANA GHAIB MBAH RAWA GUMPALA

pak slemett said...

saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
sempat saya putus asah dan secara kebetulan
saya buka FB ada seseorng berkomentar
tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
karna di malaysia ada pemasangan
jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
saya minta angka sama AKI NAWE
angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
terima kasih banyak AKI
kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
tak ada salahnya anda coba
karna prediksi AKI tidak perna meleset
saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan