Tetamu Kehormat...

May 16, 2014

Jika MAS Disarankan untuk "Dibankrapkan" - Maka Kepada Siapa Hendak Diberi?

Malaysia Insider hari ini melaporkan bahawa - kerajaan seolah-olah memilih jalan "kemusnahan kreatif" atau dengan bahasa kasarnya "membiarkan bankrap" terhadap  Malaysia Airlines (MAS) - seperti yang pernah saya ramalkan sebelum ini bahawa "kita tidak boleh menolak" konspirasi industri sebagai sebahagian daripada plot misteri kehilangan MH370 - MAS pada hakikatnya boleh atau setidak-tidaknya dilewatkan kematiannya daripada bankrap, sekiranya tragedi MH370 tidak berlaku. Namun demikian, ada "tangan ghaib" yang terlibat bagi menghancurkan terus perniagaan MAS - sekali gus MAS mungkin dijual kepada pesaing terdekatnya..atau kepada "kawan karib" pesaing terdekatnya...yang sekarang sedang sibuk memboikot perniagaan Sultan Brunei - hanya kerana sultan tersebut meninggikan syiar Allah, iaitu hukum Hudud di negaranya...baca berita di bawah :

Datuk Seri Najib Razak (gambar) berkata mungkin sudah terlewat untuk menyelamatkan Malaysia Airlines (MAS) daripada keadaan terkini, sebagai syarikat penerbangan negara yang sedang berjuang untuk terus bertahan berikutan kehilangan pesawat MH370. Dalam temu bual dengan The Wall Street Journal (WSJ) yang disiarkan semalam, perdana menteri berkata situasi bangkrap adalah kemungkinan sebagai satu cara untuk menyusun semula syarikat penerbangan negara itu selepas bertahun mengalami kerugian dan konflik pahit dengan kesatuan buruh. "Kita perlu melihat dari semua sudut, mengambil perhatian bahawa Malaysia Airlines adalah syarikat berkaitan kerajaan. Ia bukan sebuah syarikat swasta, jadi terdapat kesan tertentu dalam setiap tindakan terutama dari segi bagaimana penerimaan  para pekerja dan orang awam," kata Najib kepada WSJ. 

MAS berkata semalam, jumlah kerugian bersih meningkat kepada RM443.4 juta pada suku pertama, berbanding kerugian sebanyak RM278.8 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas. "Kejadian tragis MH370 memberi kesan dramatik kepada prestasi suku pertama," kata syarikat itu dalam satu kenyataan kepada bursa saham Malaysia. Ia menyaksikan jumlah pembatalan dan penurunan dalam penerbangan jarak jauh selepas kehilangan pesawat  MH370 pada 8 Mac. Memandangkan majoriti penumpang dalam penerbangan itu warga China, jualan di negara itu merosot 60%, tambah MAS. Berikutan pengumuman syarikat penerbangan itu, Reuters melaporkan ia adalah kerugian suku tahunan terburuk MAS sejak Oktober- Disember 2011. MAS kerugian bagi tempoh tiga tahun yang lalu, dilanda kos yang tinggi dan persaingan sengit, kata agensi berita.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata semalam bahawa Putrajaya tidak akan menyelamatkan MAS berikutan prestasi hambar syarikat penerbangan itu. "Adakah kerajaan Malaysia menawarkan apa-apa bantuan kepada MAS? Tidak," kata Hishammuddin pada sidang akhbar mengenai penerbangan MH370 di Kuala Lumpur semalam. Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya memberitahu WSJ bahawa beliau berpendapat masih ada peluang untuk memulihkan MAS tanpa bantuan kewangan yang mahal atau langkah muflis. "Kita tahu apa yang perlu dilakukan untuk memulihkan MAS," katanya.

WSJ melaporkan sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan yang lain dan perkhidmatan awam, dikuasai Melayu bagi jawatan pengurusan atasan di MAS, dengan orang bukan Melayu lebih suka bekerja di sektor swasta. Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian memberitahu WSJ bahawa MAS lebih daripada sekadar perniagaan. "Ia juga berkaitan tujuan sosial dan politik. Ketika ia menghadapi masalah, adalah amat sukar bagi kerajaan untuk bertindak dengan cara komersial," katanya. Berita MAS sedang berhadapan dengan kebankrapan mewujudkan satu jurang di kalangan penganalisis dan Kesatuan Sekerja Sistem Penerbangan Malaysia. Ketua kesatuan itu, Alias ​​Aziz memberitahu WSJ memandangkan MAS adalah sebuah syarikat berkaitan kerajaan, bantuan Putrajaya adalah satu cara untuk menyelamatkannya. "Kami memerlukan kerajaan untuk membantu kami. Kami perlukan bantuan mereka untuk membantu kami berkhidmat kepada pelanggan kami. "Kami sebuah syarikat berkaitan kerajaan. Kami berhak mendapat bantuan yang diperlukan," katanya. Penganalisis  bagaimanapun memberitahu WSJ bahawa MAS memerlukan “jalan keluar yang pahit”, walaupun ia bermaksud membenarkannya bankrap seperti yang dilakukan Japan Airlines beberapa tahun yang lalu. "Akan ada persoalan di mana kerajaan akan melihat dan bertanya sama ada mereka harus mengisytiharkan kebankrapan. "Satu-satunya jalan keluar adalah kemusnahan kreatif – menghapuskan syarikat penerbangan itu dan membinanya semula dari awal," kata Shukor Yusof, bekas seorang penganalisis penerbangan Standard & Poor . – 16 Mei, 2014 .

2 comments:

XUMNO said...

Lakonan mengikut skrip Mahathir untuk samun wang rakyat. Dulu Mahathir biarkan Mas lingkup supaya boleh letak frontman dia Tajuddin Ramli boleh sedut duit rakyat melalui Mas yang di"restructured". Sekarang Najib pun nak ikut skrip yang sama sama seperti dia ikut skrip Mahathir untuk Liwat2.

LKTP1436 said...

Org kampung dan felda tak kan percaya semua ni, tak kan kerajaan kita nak buat macam tu....,tak de, tak munkin kata mereka......