Tetamu Kehormat...

April 30, 2013

Rakyat Gembira Rafizi Disaman!

Mulut busuk Rafizi akhirnya makan diri. Setelah disabitkan kesalahan Bafia sebelum ini dalam isu Fedlot, kini Rifizi bakal berhadapan tindakan undang-undang kerana memfitnah calon Parlimen Pandan. Baca berita di bawah :
 
KUALA LUMPUR, 30 April — Calon MCA bagi kerusi Parlimen Pandan akhirnya menafikan hari ini berhubung tuduhan beliau melakukan salah laku profesional dan penipuan sebagai seorang peguam, mengatakan beliau akan memfailkan saman fitnah terhadap penuduh beliau, calon PKR Rafizi Ramli. Dalam sidang akhbar di sini, Lim yang bertutur secara lemah lembut itu memberitahu Rafizi, yang juga melawannya bagi kerusi Pandan untuk menghentikan “politik kotor” dengan pertuduhan-pertuduhannya. “Apa yang saya ingin katakan, Pandan memerlukan seseorang yang melakukan sesuatu untuk mereka. Bukan seseorang yang terlibat dalam politik kotor seperti ini. “Apa lagi yang beliau berikan kepada penduduk Pandan selain semua ini?” soal beliau.

"U Saman I, I Ulang Lagi" - Tun Mahathir

Kalau Karpal Singh ingat dia boleh gempak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dia silap orang. Ini komen Dr Mahathir mengenai tindakan Karpal yang 'ugut' hendak penjarakan beliau jika pembangkang menang PRU ini.

"Tangkaplah saya, heretlah saya ke mahkamah. Saya tetap ulang lagi, (Penasihat DAP) Lim Kit Siang sebagai rasis dan dia memang rasis". Semalam Karpal yang juga Pengerusi DAP Karpal Singh berkata pembangkang akan menangkap dan menghadapkannya ke mahkamah kerana mengeluarkan kata-kata hasutan dengan menuduh Lim sebagai perkauman, jika berjaya menawan Putrajaya.

Menurut Dr Mahathir Karpal Singh membuat kenyataan itu kerana mahu menghalangnya daripada menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai sikap Lim yang didakwanya rasis. "Terkejut saya, pucat muka saya (nada menyindir)...fasal Pengerusi DAP Karpal Singh mahu tangkap saya kerana saya mengeluarkan kata-kata hasutan dengan menuduh Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai perkauman.

"DAP hanya mahu bertanding di kawasan majoriti Cina kerana mereka hanya diterima pengundi di kawasan berkenaan dan tindakan DAP ini ternyata menunjukkan sikap rasis mereka," katanya semasa berucap pada satu majlis di Kampung Padang Jual, Johol, Kuala Pilah, Isnin.

Dr Mahathir mendakwa sekutu DAP iaitu PAS juga bersikap rasis kerana hanya mahu bertanding di kawasan majoriti kaum Melayu terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Katanya ini berbeza dengan Umno dan MCA yang tidak menunjukkan sikap perkauman kerana boleh bertanding di mana-mana kawasan di seluruh negara tanpa mengira majoriti kaum.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Nik Aziz Nik Mat bersikap hipokrit apabila menunaikan solat Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya Jumaat lalu kerana mahu meraih undi di sana.

"Dulu PAS kata mereka nak lelong pusat pentadbiran persekutuan Putrajaya tapi sekarang tak mahu lelong pula dan mahu menawan Putrajaya dalam PRU ini...buat la pusat pentadbiran seperti Putrajaya di Kelantan," katanya. Turut hadir pada majlis itu isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan calon BN untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johol Abu Samah Mahat.

Kita dalam Kepungan Yahudi

RED ARMY

Red Bean Army iaitu sekumpulan 'tentera siber' yang ditaja oleh DAP difahamkan telah wujud sejak 4-6 tahun lepas. Kekuatan mereka dianggarkan berada dalam jumlah 2000 hingga 3000 dan didarabkan dengan 10 hingga 20 jumlah capaian ke internet (Facebook, twitter, email, komen, dll) iaitu sekitar 60,000. Kekuatan ini akan secara semulajadi digandakan sekiranya rakyat yang terpedaya turut 'menyambung' kerja mereka melalui media sosial. Pejabat Operasi utama Red Bean Army ialah di Bangunan Komtar, Pulau Pinang dan satu lagi di Hotel Concorde Kuala Lumpur. Bayaran bagi setiap seorang dari mereka secara puratanya ialah RM3000-RM8000. (Baca juga di sini).

Tugas mereka saban hari secara sepenuh masa ialah:

a. menyerang laman web pro-kerajaan,
b. menyerang laman-laman sosial aktivis yang pro-kerajaan,
c. menyebarkan bahan untuk memburukkan kerajaan,
d. mematahkan komen-komen pro-kerajaan di media alternatif,
e. menghalang penjelasan kerajaan dari sampai kepada rakyat melalui internet,
f. mengganggu apa saja program yang dilihat mampu memberi kredit kepada kerajaan,
g. menyebarkan maklumat yang memberi kredit kepada DAP

Modus Operandi mereka ialah mencipta fitnah atau fiksyen yang separa benar, memanipulasi maklumat, menghentam dan mencaci kerajaan dan menyebarkannya seluas yang mungkin dan secepat mungkin. Objektif mereka pula ialah untuk membangkitkan rasa benci yang meluap-luap serta perasaan tidak percaya langsung kepada kerajaan. (Baca di sini).

Justeru, tidak hairan jika satu isu kecil, contohnya kejadian di KFC di mana pelanggan Cina dikasari oleh pekerja Melayu kerana berang dimaki hamun, telah dijadikan isu rasis dan tersebar di internet dalam masa 24 jam lalu dipetik oleh portal pro-pembangkang seperti Malaysiakini yang kemudiannya menerima beribu-ribu komen pro-pembangkang dalam sekelip mata.

Ia kemudian dipetik dan disebar lagi oleh blog dan laman web sehingga menjadi satu isu besar. Jika kena isunya, maka ia akan dipetik juga oleh pihak asing sehingga menampakkan seolah-olah Malaysia tidak selamat. Pendek kata, kewujudan beribu-ribu tentera siber DAP tidak wajar dipandang ringan kerana pembunuhan etnik Rohingya di Myanmar juga sebenarnya bermula dengan kebanjiran maklumat tidak tepat secara besar-besaran dan cepat melalui internet seperti ini. (senarai 200 akaun Red Bean Army)

Lebih dahsyat, bagi mencapai objektif mereka, DAP sanggup pergi lebih jauh sehingga ke tahap mengugut dan mengancam.

Bukan hanya orang politik dan rakyat biasa yang menjadi sasaran, tetapi juga para artis dan selebriti yang secara terbuka menyokong kerajaan Barisan Nasional turut menjadi mangsa. Artis Korea popular, Psy, adalah antara mangsa ugutan dan ancaman mereka apabila menerima jemputan MCA untuk membuat persembahan di Pulau Pinang tidak berapa lama dahulu. Antara artis lain yang menerima nasib yang sama ialah artis Cina tempatan Leng Yen, Jackie Chan dan Dato' Michelle Yeoh. Dua lagi artis dari Taiwan juga tidak terkecuali di mana mereka akhirnya bertindak membatalkan persembahan di sini. Malah tokoh Sami tersohor Buddha, Master Hsing Yun juga tidak terkecuali menjadi sasaran DAP apabila beliau membuat kenyataan memuji kepimpinan Dato' Seri Najib.

Apa yang penyokong DAP sendiri mungkin sukar untuk percaya ialah, ugutan dan ancaman terhadap mereka ini bukan sekadar secara 'maya' tetapi secara langsung juga. Sekiranya mangsa masih berdegil, maka ugutan dan ancaman ini akan 'dipanjangkan' kepada keluarga dan periuk nasi mangsa. Ini bermakna, mereka akan mengganggu keluarga mangsa, menyerang tempat kerja atau perniagaan mereka termasuk mengugut para vendor atau pembekal dan sesiapa sahaja dalam rangkaiannya sehingga mangsa berada dalam keadaan 'tiada pilihan'.

Semua ini didedahkan sendiri oleh Shen Yee Aun, iaitu bekas Setiausaha Pemuda DAP yang kini aktif membantu MCA dalam terlibat langsung dalam NGO yang mesra kerajaan. Yee Aun pada mulanya adalah anak didik Institut Kajian Dasar (IKD) iaitu sebuah organisasi 'milik' Anwar Ibrahim. Dari situ, beliau dipujuk oleh DAP agar menyertai mereka dan membantu dalam 'perang menentang kerajaan'. Sebagai anak muda yang penuh dengan aspirasi dan cita-cita, Yee Aun menjalankan tugasnya dengan dedikasi di bawah DAP dan diberi jawatan yang tinggi.

Namun, sampai satu ketika Yee Aun yang mempunyai jatidiri Malaysia yang kuat tidak mampu lagi mengabaikan kata hatinya yang menyayangi negara ini. Bagi beliau tindakan mengugut dan mengancam keluarga dan periuk nasi orang lain adalah kejam dan beliau tidak sanggup membiarkan negara ini diperintah oleh orang yang kejam.

Beliau pertama kali memberontak menentang DAP sejak 2010 dengan mendedahkan sikap kuku-besi dan tidak telus parti itu dalam menangani isu di Klang pada ketika itu. Sedikit demi sedikit Yee Aun semakin lantang mengkritik DAP dari dalam sebelum mengambil keputusan keluar parti. Beliau kini aktif mendedahkan operasi kotor serta agenda jahat DAP terhadap Malaysia.

Menurutnya, ada kes di mana DAP telah bertindak membuli dan mengugut keluarga sasaran mereka termasuk teman wanitanya. Mereka juga mencuri kereta bapanya dan kemudian ibunya dan berbagai-bagai ancaman lagi bagi menakutkannya dan keluarganya. Ini tidak mengejutkan kerana Tony Pua sendiri tidak menafikan kewujudan tentera Red Bean Army ini dalam satu kenyataan dalam Malaysiakini dan menjelaskan peranan tentera ini adalah untuk 'membunuh orang'.

Dengan apa yang dilalui Yee Aun, maka kita tidak hairan jika Teoh Beng Hock membunuh diri apabila beliau menjadi masalah kepada DAP.

Apa yang didedahkan ini mungkin sukar untuk diterima terutama dengan beribu-ribu tentera siber DAP yang bersedia menghalang (block) dan membela parti itu di internet. Mana-mana isu yang mendedahkan kelemahan mereka akan dihalang dengan cara beribu-ribu tentera itu akan membuat laporan 'spam' supaya kebenaran tidak sampai kepada pembaca internet. Malah, kita boleh melayari sendiri nama Yee Aun dan lihatlah bagaimana giatnya namanya dicemar oleh tentera Red Army di alam siber.

Gerak kerja tentera ini didapati berkesan di kalangan golongan atas pagar, terutamanya. Apabila melihat komen-komen yang begitu ramai membela DAP, maka golongan ini akan mempunyai persepsi seolah-olah DAP berada di pihak yang benar dan orang seperti Yee Aun telah 'dibeli' kerajaan.

Namun, sekiranya golongan ini sanggup mengambil sedikit masa untuk mencari kebenaran, mereka tentu tahu bahawa Yee Aun bukan satu-satunya pihak yang mendedahkan sikap kukubesi DAP mahupun agenda jahat mereka. Tunku Abdul Aziz, bekas Pengerusi DAP, bekas Adun DAP Teja R. K. Muthu, bekas ADUN Malim nawar Keshvinder Singh a/l Kashmir Singh malah bar-baru ini, Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau juga telah bertindak keluar parti atas alasan yang sama, iaitu tidak sanggup lagi menerima pemerintahan kukubesi Lim Kit Siang anak beranak.

Jika itu belum cukup untuk membuat kita berfikir tentang bahayanya DAP, maka fikirkanlah bagaimana DAP membayar sebegitu ramai tentera siber ini? Tidak lain tidak bukan, wang negeri Selangor dan Pulau Pinang telah dipamkan secara besar-besaran untuk tujuan ini. Bukankah wang tersebut adalah wang rakyat? Wang pembayar cukai? Bukankah ia perlu digunakan untuk negeri dan bukannya parti? Di manakah cekap, amanah dan telus (CAT) yang dilaungkan DAP? Bukankah lebih tepat jika dikatakan kejam, kotor dan korup

Ramalan Terakhir Tun Daim di Putrajaya

Bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin berkata, perubahan jika ingin dibuat, sepatutnya dilakukan secara tersusun dan bukannya dengan kadar segera, lebih-lebih lagi dalam krisis ekonomi yang melanda dunia. "Beberapa negara Eropah yang menghadapi kegawatan ekonomi kini, sehingga mencetuskan masalah pengangguran ... sedangkan di Malaysia keadaannya cukup berbeza dengan ekonomi yang baik serta kadar pengangguran yang amat rendah," beliau dipetik sebagai berkata oleh Bernama.

Agensi berita nasional itu juga melaporkan, mengenai persekitaran kempen politik semasa, Daim percaya BN mampu memenangi dua pertiga daripada kerusi Parlimen pada pilihan raya ini. Beliau berkata pada pilihan raya 2008, BN menghadapi masalah berkaitan sabotaj dalaman, namun kali ini Pakatan Rakyat pula sedang menghadapi masalah sama apabila ramai beranggapan mereka boleh menang di kawasan tertentu lalu bertanding Bebas.

Bercakap kepada pemberita selepas berucap pada majlis kempen calon BN Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Parlimen itu malam tadi, Daim berkata kecekapan jentera penting bagi memastikan calon bertanding terus mendapat sokongan berbanding kehadiran besar dalam ceramah. Beliau berkata, apabila jentera pilihan raya yang cekap serta lancar mampu mengenepikan sebarang unsur sabotaj, sekali gus menjamin kejayaan calon yang bertanding. Menurutnya, ceramah Pakatan biasanya berusaha membawa ramai 'orang luar' untuk menggambarkan kempen mereka mendapat sokongan hebat.

Bagaimanapun, jelas beliau, ada hadirin ke ceramah pembangkang hanya disebabkan perasaan ingin tahu atau sekadar 'suka' mendengar kritikan yang dilemparkan terhadap kerajaan. Terdahulu Tengku Adnan dalam ucapannya menghargai kehadiran Daim dan turut bersama para hadirin menyanyikan lagu "Selamat Hari Jadi" buat beliau.

April 29, 2013

"2000 Ahli PKR Masuk PKR"

Kalau kita biasa mendengar komen para pencacai PR setiap kali terdapat ahli partinya menyertai BN - maka kita akan mendengar pelbagai cemuhan. Antaranya, "Ini lakonan BN", "Ini ahli UMNO sendiri" atau "Mereka ini sudah kena beli dengan BN". Dan sekarang diberitakan kononnya terdapat 2000 pengundi Murut telah berpaling tadah menyokong PR. Maka, saya jawab mudah sahaja - berita ini yang sebenarnya adalah seperti berikut "2000 Murut Sokong PR : Ahli PR masuk PR"

Wajah dan Hatiku Semakin Kotor

Belum pun bergelar Perdana Menteri Malaysia - Anwar Ibrahim sudah menunjukkan belangnya yang sebenarnya - iaitu mahu membalas dendam. Terkini - Anwar Ibrahim secara terang-terangan membuat ugutan kepada pihak yang sudah lama dibencinya. Politik dendam akan mewarnai Malaysia jika Anwar Ibrahim menjadi PM. Ayuh kawan-kawan dengan azam, doa dan keikhlasan - sama-sama kita kuburkan penderhaka dan perosak negara ini. Hanya kepada Allah kita berdoa, agar Malaysia terus aman dan sejahtera. Amin. 

SUNGAI BULOH: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu media arus perdana meminta maaf kepadanya sebaik sahaja Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan kerajaan jika menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Mei depan."6 Mei perkara pertama bila kita perintah, kita akan pastikan Utusan Malaysia dan TV3 meminta maaf kepada saya. "Malah hari itu, TV3 akan memulakan kerjanya untuk menemubual saya," katanya dalam siri kempennya di sini malam tadi. Beliau selain itu dilihat terus berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad apabila berkali-kali menyebut nama mantan perdana menteri itu dalam setiap siri jelajah dan kempennya menjelang pilihan raya umum 5 Mei depan.

"Saya sudah lama maafkan Tun Mahathir, Tun Mahathir selalu sebut nama saya. "Saya hendak beritahu dia, saya bukan Najib yang takut dengan dia, saya Anwar," katanya. Anwar selain itu terus memainkan isu kononnya anak-anak bekas perdana menteri itu diberi tander dan kontrak kerajaan ketika Mahathir mengepalai pemerintahan negara. Calon Parlimen PKR Permatang Pauh ini turut menjaja kononnya rakyat di Lahad Datu diabaikan oleh pemimpin Umno Barisan Nasional (BN).

"Saya baru balik dari Lahad Datu dan mereka menangis di sana kerana susah di sana," katanya. Malah Anwar dengan sinisnya membidas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi yang sebelum ini mendakwa terdapat beberapa pimpinan pembangkang yang didakwa terlibat dengan pencerobohan selatan Filipina di Lahad Datu. "5 Mei ini Zahid Hamidi adalah hari terakhir beliau jadi Menteri Pertahanan, kamu jangan yakin sangat bila dakwa pembangkang terlibat," katanya. 

Dalam pada itu, Anwar turut mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat mengenai manifesto sebelum 5 Mei ini. "Sekarang ini adalah masa terbaik untuk bincang mengenai manifesto, saya cabar Najib berdebat mengenai manifesto ini sebelum 4 Mei ini," katanya. Beliau selain itu menggesa rakyat agar terus memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat pada PRU13.

'Saya harap tolong kita semua hentikan perkara jijik yang dibuat oleh Umno-BN terutamanya dalam memfitnah saya dengan berbagai isu," katanya. Anwar selain itu mendakwa akan menjaga kebajikan seluruh kaum dan bangsa di negara ini. "Semuanya termasuk Iban, Kadazan dan lain-lain kita akan jaga," katanya.

Beliau dalam pada itu turut menyentuh mengenai kerusi Kota Damansara yang sebelum ini menjadi pertindihan di antara PAS dan PSM sehingga membawa kepada penegasan PSM yang tetap akan bertanding biarpun terpaksa berdepan dengan 3 penjuru. "Jangan bagi mana-mana pihak tersinggung, perjuangan kita ialah kemuafakatan kita yang menjadikan kita kuat antara satu sama lain," katanya. Anwar berkata Pakatan Rakyat telah membuat keputusan rasmi di mana PSM yang sebelum ini mempertahankan kerusi Parlimen di Sungai Siput dan Kota Damansara akan terus kekal atas kerusi tersebut berdasarkan kepada keputusan Majlis Pakatan Rakyat.

"Saya hendak beritahu, susah saya hendak jaga kawan-kawan baik, saya di Permatang Pauh, pimpinan PAS memberi sokongan kepada saya. "Saya ingin tegaskan saudara Dr Nasir di Kota Damansara, dan saudara Jayakumar di Sungai Siput, jadi mereka ini sejak 2008 memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat, jadi mereka akan terus kekal tanding atas tiket PKR, kita kena jaga hati kawan-kawan," katanya. ~Antarapos

Peristiwa Sesudah Subuh!

Kenyataan ini benar-benar membawa kita kepada satu kesimpulan yang sahih, bahawa - unsur kafir mengkafir sememang menjadi darah daging parti PAS sejak tertubuhnya parti tersebut. Bukti dan saksi peristiwa tersebut masih hidup - beliau mendengar dengan kedua belah telinganya - dan jika terbukti beliau menipu, sudah tentu Hj Hadi tanpa berlengah lagi akan menyamannya. Beranikah Hj Hadi berbuat sedemikian? Baca berita di bawah :
 
KUALA LUMPUR, 29 April - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang didakwa pernah mengkafirkan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Ketua Pembangkang itu mengambil keputusan menyertai UMNO pada 1982. Bekas sahabat karib Anwar, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba mendedahkan, tindakan Abdul Hadi itu berikutan kecewa dengan tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkenaan yang enggan menyertai Pas.

"Saya berada di sana ketika itu, saya tahu semuanya kerana saya Ketua Penerangan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Abdul Hadi mengkafirkan Anwar kerana menyertai UMNO, itu yang berlaku dulu. "Namun, kini Abdul Hadi bersama Anwar atas satu kapal dalam pakatan pembangkang meskipun Anwar terpalit dengan pelbagai kontroversi termasuk sokongannya terhadap fahaman pluralisme agama," katanya.

Beliau berucap dalam Wacana Isu-Isu Islam Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) anjuran Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), di sini hari ini. Mengulas lanjut, Sidek menjelaskan, Anwar kini bukan sahaja berjaya melemahkan Pas yang dipimpin Abdul Hadi tetapi mengubah dasar perjuangan parti itu supaya berada di bawah telunjuknya.

Perkara itu, katanya, terbukti selepas Pas tunduk kepada kehendak Anwar berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam sekali gus membuktikan Pas mengutamakan pertimbangan politik lebih daripada asas ajaran Islam. Bagi pihak Anwar, jelas Sidek, kehendak Penasihat PKR itu bukan sesuatu yang baharu kerana ramai mengetahui fahaman Islam liberal dibawa beliau sememangnya berkiblatkan model ciptaan cendekiawan Indonesia, Nurcholish Madjid.

Beliau turut khuatir sekiranya pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang, Anwar akan memberi laluan kepada Amerika Syarikat (AS) berpengkalan di Laut China Selatan dan Selat Melaka bagi memantau pergerakan China. Menurut tokoh akademik itu, beliau yakin perkara tersebut boleh berlaku berdasarkan hubungan rapat Anwar dengan pelobi Yahudi dari AS sekali gus membuka ruang kepada pelbagai bentuk penjajahan baharu di negara ini.

Katanya, soal akidah juga kini amat merunsingkan terutama di Selangor selepas terdapat gerakan Kristianisasi yang sangat aktif di negeri itu dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini. "Kes murtad meningkat di Selangor sejak di bawah pemerintahan PKR. "Perkembangan itu berlaku disebabkan menularnya gerakan Kristian ini yang dibiayai pihak asing," katanya. (KL POS).

Menanti Cik Murnie Hidayah Anuar Rebah di Paya Besar

Mempertaruhkan wajah sebagai modal menarik pengundi muda - sudah berakhir. Jika di bandar-bandar besar strategi tersebut mungkin berjaya, namun demikian tidak di kawasan pinggir kota atau masyarakat kampung. Murnie yang terlalu muda dan tiada pengalaman dalam politik cuba diangkat oleh Anwar Ibrahim sebagai calon di DUN Paya Besar - sekali gus mengetepikan calon-calon yang jauh lebih senior daripadanya. Semua ini mengakibatkan seluruh jentera PR Paya Besar runtuh dan roboh - yang tinggal hanya poster dan para petugas muda yang tiada pengalaman.

KUANTAN 29 April - Kira-kira 50 ahli dan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Paya Besar malam tadi menyatakan sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) Parlimen tersebut, Datuk Abdul Manan Ismail pada pilihan raya umum ini. Mereka menyatakan ikrar tersebut di hadapan Abdul Manan pada satu majlis yang diadakan di Lepar Hilir 4, dekat sini malam tadi. Kumpulan yang diketuai, Azman Yusof, 48, itu bertindak demikian selepas kecewa dengan pucuk pimpinan yang didakwa gagal memberi perhatian kepada suara ahli akar umbi. Menurut Azman, sokongan ini menandakan mereka kembali ke pangkuan UMNO dan BN yang diakui membawa banyak perubahan kepada tanah rancangan berkenaan. "PKR Paya Besar kini dalam keadaan bercelaru apabila Ketua Cabangnya, Zahari Mamat turut mengumumkan keluar parti dan bertanding Bebas. "Sebab itu saya percaya ramai lagi rakan-rakan dalam PKR akan meninggalkan parti sedikit masa lagi kerana kemelut dalaman," katanya. - UTUSAN ONLINE

Sedih Membaca Penghinaan Terbukan Norman Fernandez Terhadap PAS

PAS HAS BECOME A REAL DANGER

Pas has not changed. Pas wants non-muslims to believe that it has changed. Thus, its make believe tag-line "PAS For All" and the image makeovers to portray itself as a progressive muslim party in a multiracial country. However, beneath this facade, Pas remains what it is. A fanatical, non-compromising,intolerant religious zealots with a an ultimate agenda to transform Malaysia into an Islamic state. Despite its overt show of tolerance, it coverts to rule over non-muslims who it regards as nothing more than godless infidels. 

Being a coalition partner of Pakatan Rakyat and having accepted Buku Jingga as being the common ground for the political unionship with DAP and PKR, PAS then to achieve  its own agenda and is clearly prepared to work against the common good of its partners. So much for being in a "pakatan". Notice how PAS opposed Sports Betting and with DAP foolishly supporting PAS, it suddenly and suprisingly found an ally to its cause which ultimately made the government capitulate and cancelled the proposed Sports Betting. That was just the start for PAS. PAS began opposing the public sale of alcohol and again it succeded in having the sale of alcohol controlled in certain areas in Selangor, where PAS is in the Pakatan Rakyat government. 

Then, there was the blanket opposition to cinemas in Bangi and Shah Alam. Also witness the regularity of their opposition to concerts by western artistes and the ability to find an excuse to oppose. From Elton John being a gay, J-Lo for her sexy attire, K-Pop and J-Pop to being a danger to young people's moral's to even opposing the world famous Gangnam Dance being a danger to Malaysian culture. Then, there is the annual moral alert and the policing by the serban brigade come Valentine Day, Halloween Day, New Year Eve celebration to even Mothers's Day. Finally, there is the Islamic state and imposition of hudud, a weather balloon regularly floated to keep the agenda alive and as reminder to non-muslims of the ultimate aim of Pas.

For PAS almost everything is alarming, sensitive, offensive, sexually arousing and western decadence. Thus everything is haram and larang.  What is sensitive in the eyes of muslim Pas  must immediately mean that non muslims become the sacrificial lamb and pay the price. Pas polices muslims as though it has been divinely appointed and also believes it has the right to be moral guardians for non muslims too. Pas will not accept that neither muslims and non-muslims have not appointed PAS nor wishes PAS to be their moral watchdogs. 

The two latest incidents on the ban and issuing of summons to unisex hair dressing salons in Kelantan and now non-muslims being apprehended for khalwat in Kelantan should make non muslims realise that PAS is now a real danger to non-muslims and multicultural Malaysia. It calls for non-muslims to reflect deeply the effect of a PAS dominated government or even worst Malaysia under PAS. Non-muslims should think carefully. 

For fifty years non-muslims have been under ketuanan UMNO/BN and the question is if non-muslims are willing to live the next fifty years under ketuanan PAS/Islam. It may be a road of no return. Be forewarned. PAS now is a threat to non-muslims and non-malays. PAS has yet to win federal power and they are already becoming a menancing danger. Imagine, although PAS has yet being able to achieve its dream to make Malaysian an Islamic state, with the little power the have as a partner in Pakatan Rakyat states, it is already trying to impose shariah into everyday life of both muslims and non muslims. Imagine, what would happen to non-muslims if PAS were to obtain power. 

Fifty years ago, non-muslims were indifferent to the dangers of a political creature called Barisan Nasional and fifty years later Barisan Nasional has morphed into a rampaging uncontrolable monster. Its near impossible to rein in nor destroy this monster. Let's nor create another in PAS for the price non-muslims will pay will be greater and heavier. The time to stand up to PAS has come. Non Muslims can no longer be indifferent. I repeat PAS is a real danger. (Sumber klik sini).

Ulasan saya : Mengapa begitu teruk dan jijik sekali pandangan orang kuat DAP Johor ini terhadap PAS? Secara peribadi saya tidak setuju dengan banyak perkataan beliau di atas ini. Namun demikian, yang lebih penting umat Islam wajib muhasabah mengapa DAP dan ahli-ahlinya sangat memusuhi agenda Islam? Apakah cara atau kaedah kita selama ini salah dalam menyampaikan keindahan Islam? Atau DAP sememangnya musuh Islam dan negara yang sangat jelas - sebabnya mudah DAP juga tidak pernah menunjukkan rasa hormat dan taat sepanjang BN memerintah negara ini.


JOHOR BARU: The number two man in Johor DAP has dropped a bombshell by dramatically urging voters to reject PAS in the general election, saying that the state could not gamble and risk its future with the Islamist party. “I, for one, have finally made up my mind and am convinced that PAS does not deserve my vote,” said Johor DAP deputy chairman Norman Fernandez. The senior DAP leader said “non-Muslims must realise that PAS will do what it has set out to do if it gains power”. “The question for non-Muslims is whether non-Muslims are prepared to risk it all with PAS. 

“Johoreans and particularly non-Muslims must think hard and deep if PAS is really worthy of their votes,” he said in an article written for the blog syedoutsidethebox.blogspot.com yesterday. In the hard hitting article, he said “PAS' unilateral stand and the deep reluctance to be a true partner in Pakatan Rakyat and the unwillingness to subscribe to its ideals let alone agree and accept the common manifesto of PR must be enough to convince non-Muslims the grave danger of risking their votes for PAS.” When contacted, Fernandez confirmed that he had written the article, saying it was his individual view. The lawyer has been critical of PAS as he had also written in his blog in January that the “DAP can no longer be an apologist for PAS” and that it “must not be complicit to PAS' evil plans”. He had written that the “DAP must realise that PAS is no longer an honest, viable partner of Pakatan and must be courageous to admit it. In 1999, DAP took a courageous stand and once again DAP must take a stand.”

He reminded his members and voters that “the recent events in Egypt must be a reminder to non-Muslims”. “There, the people's revolution was hijacked by Islamist and having taken power, the Islamist have moved to subjugate non-Muslims and non-Muslims are fast losing their rights and identity in Islamist Egypt,” he wrote. Meanwhile, sources close to Fernandez said he was prepared to face the consequences of his article. They said he had taken a courageous stand on a matter of principle after studying the implications of a PAS-led federal government should PR win the elections.

April 28, 2013

Kami Telah Bertaubat

LARUT 26 April - Pas Larut menerima tamparan hebat berikutan seramai 530 ahlinya bertindak keluar parti kerana kecewa dengan parti itu yang didakwa tersasar daripada perjuangan Islam sebenar. Kumpulan itu kemudiannya menyerahkan borang permohonan keahlian menyertai UMNO kepada Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Perhimpunan Rakyat 1Malaysia di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Bayor, Selama, di sini hari ini. 

Mereka merupakan 130 ahli Pas Kampung Tapah, 100 orang dari Kampung Parit Dalam dan 300 lagi dari Kampung Raja Bersiung, Kubu Gajah dekat sini. Bekas Ketua Pas Cawangan Sungai Bayor, Ahmad Zanian Md. Shuhor, 62, berkata, beliau meninggalkan Pas kerana merasakan kepimpinan parti itu tersasar jauh daripada prinsip perjuangan asal menubuhkan sebuah negara Islam. Katanya, Pas kini tidak lagi relevan kerana sanggup menggadaikan wadah perjuangan sebenar dalam melaksanakan undang-undang Islam termasuk hukum hudud. “Pas telah beralih arah kepada konsep negara berkebajikan yang mana langkah tersebut mirip kepada usaha dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat selama lebih 50 tahun. Oleh itu, saya merasakan Perdana Menteri kita harus diberikan sokongan oleh rakyat," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang keahlian UMNO itu kepada Najib yang juga Pengerusi BN.

April 27, 2013

Surat Palsu Yusuf Qardhawi Dilancarkan?

Akhirnya surat "palsu" Yusuf Qardhawi dilancarkan juga oleh Nik Aziz - walaupun sebelum ini sudah diingatkan kepada seluruh kaum muslimin bahawa ia merupakan surat palsu. Sebelum ini, Perkasa mendakwa pihak pembangkang akan berusaha mengelirukan rakyat negara ini menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan menyebarkan kira-kira satu juta risalah, kononnya Anwar mendapat sokongan Yusuf untuk menjadi perdana menteri.

Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Nordin berkata, pihaknya juga telah mendapat salinan risalah tersebut yang antara lain, mengandungi isi surat sokongan Yusuf bertarikh 2 Mac lalu, yang dipercayai palsu. Manakala, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan sebelum ini menegaskan sekiranya benar surat itu wujud, maka ulama berkenaan tidak berhak untuk mencampuri urusan menentukan pemimpin nombor satu negara. 

Pada saya sesiapa yang mengenali Yusuf Qardhawi pasti akan mengesyaki bahawa ulama tersohor tersebut bukan mudah menulis ayat-ayat seperti berikut, bahkan terdapat banyak keganjilan di dalam surat terbuka tersebut, antara adalah baris-baris ayat berikut. Yusuf Qardhawi dikatakan menulis..“Beliau adalah orang yang paling layak menduduki kerusi kepimpinan ini, paling layak untuk melaksanakan tuntutan-tuntutan bernegara yang cukup penting bagi membangunkan Malaysia dan memajukannya dari semua sudut,” (bagi mereka yang biasa mendengar ceramah atau tulisan Anwar Ibrahim..maka mereka akan ketahui baris-baris ayat di atas bukan tulisan Yusuf Qardhawi bahkan terlalu banyak keraguannya).

Soalnya megapa mesti Yusuf Qardhawi mengesahkan Anwar Ibrahim sahaja yang layak menjadi PM? Seolah-olah sudah tiada lagi manusia yang layak untuk memegang jawatan tersebut di Malaysia. Mengapa tidak Presiden PAS yang jelas dasar dan perjuangannya? Maka jelaslah bahawa surat ini palsu lagi bohong dan diedarkan bagi menyakinkan ahli PAS di Permatang Pauh agar terus kekal mengundi Anwar - kerana beberapa sumber memaklumkan bahawa undi sabotaj bagi menghalang Anwar Ibrahim agar tidak menjadi PM semakin kuat bergoncang di Permatang Pauh. Hanya dengan menewaskan Anwar di Permatang Pauh sahajalah, maka ahli-ahli PAS akan dapat merealisasikan impian Hj Hadi menjadi PM ke-7. Ingat, mengapa ahli PAS perlu mengundi Anwar di Permatang Pauh? Kalau hajat di hati mahukan Hj Hadi sebagai Perdana Menteri? Fikir-fikirkan. Kalau tak suka sangat dengan calon BN, sabotaj sahaja undi anda di Permatang Pauh.

#Surat itu perlu diedarkan dalam bahasa originalnya sama ada dalam bahasa Arab atau Inggeris, bimbang terjemahan yang dilakukan oleh puak-puak ini ditokok tambah. (Surat Yusuf Qardhawi yang Original klik sini)

Naluri Saya Azmin Ali Tersungkur - Doa Mak Tom Penentu Segalanya

Saya yakin 100% dengan kuasa Allah Yang Maha Besar - Azmin Ali bakal kecundang sama ada di Parlimen Gombak atau pun di DUN Bukit Antarabangsa atau mungkin juga di kedua-dua kerusi tersebut. Keyakinan ini bukanlah kerana saya ahli UMNO, sebaliknya keyakinan saya terhadap doa seorang ibu yang diderhakai dan dizalimi oleh anak kandungnya sendiri bertahun-tahun lamanya. 

Salah satu doa yang pasti dimakbulkan oleh Allah adalah doa seorang ibu dan doa seorang yang dizalimi. Mak Tom - ibu kandung Azmin Ali sudah berkali-kali menyeru agar beliau meninggalkan dunia politik, sekali gus meninggalkan Anwar Ibrahim. Mak Tom pecaya Anwar Ibrahim adalah punca yang menyebabkan kerosakan moral Azmin Ali selama beliau menyertai dunia politik. Soalnya, apakah doa Mak Tom yang dituju khusus kepada Azmin Ali? Pastinya hanya Allah dan Mak Tom sahaja yang mengetahui. Namun demikian - sebagai seorang ibu, Mak Tom pasti akan mendoakan keselamatan dan kebaikan untuk anaknya. Setidak-tidaknya doa tersebut berbunyi "Ya Allah Engkau ampunilah dosa-dosa anakku, Engkau jauhilah anakku Azmin daripada dosa dan perbuatan yang merosakkan agama, bangsa dan negara. Ya Allah, jika ada kebaikan untuk Azmin terus menjadi wakil rakyat di negeri Selangor, maka Engkau kekalkanlah kemenangan beliau, tetapi jika politik dan Anwar Ibrahim telah banyak merosakkan peribadi anakku ini, maka, Engkau pastikanlah dia tewas di Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa. Amin".  

Doa Mak Tom InshaAllah mustajab, kerana niatnya ikhlas bagi menyelamatkan anaknya daripada terus hanyut bersama Anwar Ibrahim. Perlu difahami, Azmin Ali tidak memperoleh kemenangan besar di DUN Bukit Antarabangsa hanya 1,381 undi manakala di Parlimen Gombak pula sebanyak 6, 867 undi - semua ini boleh berubah dalam sekelip mata.


Mencari Di Manakah Mustafa Ali

Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS telah menghilangkan diri. Ke mana? Kehilangan seorang Setiausaha Agung Parti dalam masa kesibukan kempen pilihan raya tentulah menimbulkan berbagai-bagai pertanyaan, tetapi pertanyaan yang paling popular adakah dia telah dinasihatkan untuk menghilangkan diri dari pandangan ramai, kerana ternampak mukanya akan ternampak seluar dalamnya dan tercemar parti Islamnya. 

Kasihan Mustafa tidak pandai berlakon seperti Anwar Ibrahim yang meyakinkan ulama-ulama baghal dan pengikut baghal PAS dan Keadilan. Tidak ada kenyataan simpati dari pemimpin-pemimpin PAS terutama dari Ketua Pemuda PAS kepada Mustafa. Kebisuan mereka di atas kehilangan yang besar tentulah juga diterima ramai, sebagai pengesahan terhadap klip video seluar dalam. 

Tidak ada pemimpin yang membelanya, kecuali Hadi Awang yang mengatakan dia sakit lutut (kalau sakit lutut aksi telentanglah). Ini mungkin oleh kerana Mustafa Ali bukan tempat pergantungan PAS. Pembelaan Hadi merendahkan kemampuan berfikir  umum, terutama Pemuda PAS. Namun demikian, jangan lupa ulama-ulama PAS termasuk Tok Guru telah membela Anwar Ibrahim. Kesayangan pada Anwar lebih besar sehingga Harakah pun dibiarkan diAnwarinaskan. Hadi telah dihina oleh Harakah sebagai hanya layak menjadi nelayan. 

Bagaimanapun tidak ada ulama PAS atau Pemuda PAS yang berani bersuara, supaya Hadi meletakan jawatan Presiden Parti kerana telah membiarkan dirinya dihina begitu rupa dan kerana dia menjadikan PAS sebagai parti ulama, tetapi telah menyelewengkan PAS menjadi parti kaum munafik. Jika PAS sanggup melakukan segala kemungkaran sebelum berkuasa, maka apakah kita boleh yakin parti ini tidak akan menjual maruahnya kepada LGBT dan Pluralisme demi  mengekalkan kuasa bila hadapi tekanan dari Barat dan bukan Islam? PAS sudah sewajarnya diharamkan bukan kerana ia parti Islam, tetapi kerana telah menyelewengkan ajaran dan prinsip prinsip  Islam yang melibatkan maruah orang Islam  dan kemurniaan Islam sebagai agama rasmi negara. 

Pimpinan Hadi telah menajiskan Islam di mata bukan Islam di negara ini sehingga ke peringat memejamkan mata terhadap perzinaan dalam partinya dan sanggup beketuakan seorang homeseksual dan membiarkan dirinya sendiri dihina  sebagai sampah terbuang. Jika Hadi tidak faham tentang moral dalam Islam dan tidak ada guru yang terbaik untuk memahamkannya di Malaysia, dia boleh pergi belajar mengenai moral Islam dari Mantan Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew. — zamkata.blogspot.com

April 26, 2013

Misteri Dr Mazlan Ismail di Permatang Pauh

Saya menjangkakan Anwar Ibrahim akan tewas di Permatang Pauh. Ramai yang meragui analisis saya ini. Namun demikian, saya mempunyai hujah tersendiri yang bukan daripada rasa emosi. Pertama, rasa selesa dan over confident yang terdapat di dalam diri Anwar Ibrahim. Dengan kemenangan 15 000 undi majoriti dalam PRUK yang lalu - Anwar rasa selesa dan mungkin memandang kecil kemampuan Dr Mazlan Ismail yang merupakan bekas Naib Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang. 

Kedua, terdapat satu pakatan sulit antara DAP dengan PAS untuk menidakkan Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri sekiranya PR menang dalam PRU kali ini. Maka, salah satu cara untuk menafikan kelayakan Anwar untuk menjadi PM adalah melalui arahan sulit kepada para pengundi PAS dan DAP di Permatang Pauh agar mengundi calon BN supaya Anwar tewas di sana. 

Hal ini secara tidak langsung menterjemahkan hasrat akar umbi PAS yang sudah sekian lama menginginkan Hj Hadi menjadi Perdana Menteri Malaysia. Dengan sentimen ini, tidak mustahil unsur sabotaj terhadap Anwar Ibrahim dalam kalangan pengundi PAS akan berlaku di kubu kuat beliau sendiri. Kita sudah sedia maklum, semua ahli PAS mahukan Hj Hadi sebagai PM dan bukan Anwar Ibrahim, maka jalan terbaik untuk merealisasikan hasrat tersebut adalah dengan cara tidak mengundi Anwar Ibrahim di Permatang Pauh - biar Anwar Ibrahim tewas dan Hj Hadi akan menjadi Perdana Menteri dengan mudah - malah selama ini pun DAP telah menerima Hj Hadi secara senyap-senyap sebagai calon PM.

Soalnya, mengapa DAP tidak lagi mahu Anwar Ibrahim menjadi PM? - jawapannya mudah, Anwar Ibrahim tidak boleh dipercayai, beliau mempunyai pelbagai wajah dan watak. Hj Hadi dilihat lebih jujur dan amanah daripada Anwar Ibrahim, bahkan DAP lebih mudah mengawal Hj Hadi berbanding Anwar. 

Ketiga, difahamkan Dr Mazlan mempunyai pengaruh besar dalam kalangan jentera PAS di Permatang Pauh. Mereka bukan sahaja menghormati Dr Mazlan malah turut berhajat mengundi beliau pada 5 Mei ini. PAS Permatang Pauh sememang akan menikam Anwar Ibrahim di sana - undi mereka adalah untuk Dr Mazlan, dengan harapan, kekalan Anwar Ibrahim akan membuka laluan cerah untuk Hj Hadi bergelar Perdana Menteri Malaysia ke-7. 

Pada asalnya Anwar mahu berhijrah ke kawasan parlimen di Perak yang majoritinya adalah kaum Cina dan boleh dipercayai 100% tidak akan membelot. Namun demikian, pada saat-saat akhir keputusan berubah disebabkan ketidakyakinan Anwar Ibrahim terhadap sejauh mana kekuatan strategi PAS-DAP dalam berkomplot untuk menjatuhkannya. Jika benar DAP terlibat sama dalam komplot ini, maka risiko beliau berhijrah dan mengharapkan undi kaum Cina di sana akan berkecai - kerana kaum Cina lebih bersatu dalam mencapai satu matlamat jika dibandingkan dengan ahli PAS. 

Anwar Ibrahim mengetahui semua ini - maka sebab itulah Wan Azizah dalam satu ceramahnya di Permatang Pauh benar-benar merayu kepada para pengundi PR di sana agar tetap istiqamah dengan mengundi Anwar Ibrahim. Namun demikian, bagi para penyokong PAS, ini merupakan peluang terbaik untuk menyingkirkan Anwar Ibrahim dan menaikkan presiden mereka sendiri agar menjadi PM Malaysia seperti mana yang mereka mahukan selama ini. Maka sebab itulah wujud satu gesaan yang berbunyi seperti di bawah :

"Jika benar selama ini perwakilan dan akar umbi PAS serius mahukan presiden kita menjadi Perdana Menteri, dan yakin PR akan memerintah Malaysia selepas 5 Mei ini, maka tolong pastikan Anwar Ibrahim tewas di Permatang Pauh - hanya dengan cara ini, InshaAllah kerusi PM ke-7 menjadi milik kita"

Hari-hari Terakhir Mat Sabu...


Dalam satu ceramahnya, Mohamad Sabu atau lebih dikenali Mat Sabu meramalkan UMNO akan hilang kuasa apabila ramai penyokongnya yang tua meninggal dunia. Mereka ni pengundi Saluran 1. Ni jenis orang yang hanya boleh makan mi saja. Makan mi pun kena sedut sebab gigit mi tak putus. Lepas ni, mereka tak mengundi dah, lebih kurang begitulah katanya. Timbalan Presiden PAS ini terkenal dengan sifat menghina orang lain. Tidak ada ceramahnya yang tidak mengeji, mengata atau mempersenda orang lain.

Beliau pernah menghina polis dan waris anggota yang terbunuh mempertahan Balai Polis Bukit Kepong apabila menganggap pengganas komunis Mat Indera sebagai wira. Terbaru, beliau menghina Tun Dr Mahathir Mohamad, dengan berkata, bekas Perdana Menteri boleh memohon permit teksi apabila pembangkang berkuasa. Beliau pernah panggil Dr Mahathir sebagai Bapa Pelingkup Negara. Tetapi beliau sendiri pernah ditangkap kerana satu skandal dengan isteri orang dan kesnya dibawa ke mahkamah.

Pegangan agama Mat Sabu

Perangai buruk dan pegangan agama Mat Sabu adalah antara topik yang dibincangkan oleh sekumpulan ulama Kedah yang mengadakan perjumpaan di Pondok Tok Guru Rahim di Kampung Bukit Jagung, Pendang pada 9 Februari lalu. Perjumpaan yang dihadiri ulama, guru pondok dan tok mudir seluruh Kedah termasuk Pondok Chegar (Pendang), Pondok Bukit Gajah Teriak. Pondok Buluh Nipis, Pondok Haji Awang dan Pondok Telaga Batu (Jitra), Pondok Tunjang dan Pondok Parit Panjang.

Mesyuarat yang dipengerusikan Tok Guru Sobri Othman, pengasas Pondok Tanjung Kapur di Jitra, mempersoalkan fahaman Mat Sabu, yang dikatakan menyokong rejim Bashir al-Assad dan pernah melawat Syria. Fahaman yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah termasuk Syiah dan Wahabi perlu ditentang.

Pada mereka, Mat Sabu, yang menjadi calon PAS untuk kerusi Parlimen Pendang, mesti ditolak, termasuk juga sesiapa yang menyokong liberalisme, pluralisme, LGBT dan ajaran sesat. Turut hadir ialah ulama terkenal Tok Guru Rahim Abdul Rahman, seorang pengikut tegar dan aktivis PAS lebih 40 tahun, yang kini menyokong UMNO.

Pengkhianatan kepemimpinan PAS

Soalnya bukan saja Mat Sabu. Turut dibangkitkan ialah penyelewengan prinsip dan pengkhianatan kepemimpinan PAS terhadap perjuangan parti serta kesannya terhadap kesucian agama dan akidah umat. Antara lain, ulama dan guru pondok Kedah menolak tahaluf siyasi dengan DAP yang rasis, cauvinistik serta tidak menyokong pembentukan negara Islam dan pelaksanaan hukum syariah.

Mereka hairan bagaimana PAS boleh bersekongkol dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, seorang pemimpin bermasalah moral, mempunyai kecenderungan seks songsang dan menyokong kesamarataan agama serta menyokong keselamatan Israel.

Bagi mereka, kesilapan pendirian Presiden PAS dan Mursyidul Am berhubung penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam amat memalukan. Turut mengaibkan ialah pelbagai kenyataan dan fatwa ganjil yang dikeluarkan Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang bukan saja mendedahkan PAS kepada serangan politik tetapi juga mengelirukan dan boleh menjejaskan akidah umat Islam.

Ini termasuk menyekutukan Allah turun sebagai jisim (sama dengan manusia), mengatakan Allah mencarut dan menyamakan Nabi Muhammad dengan mamat kampung. Tok Guru Rahim sendiri kecewa dengan pemimpin PAS yang menjadi EXCO Kedah kerana membenarkan premis hiburan dibuka di Pendang.

Bangkit kemarahan golongan agama

Seperti kumpulan ulama dan guru pondok di Kelantan, mereka berpendapat adalah haram mengundi PAS. Menurut Ustaz Badrul Azhar Bakar (mewakili Pondok Takribul Ikhwan, Parit Panjang, Mengkuang) dan Ustaz Ashiq Elahi Mat Desa (dari Pondok Kobah, Pendang), ramai ulama luar negara, termasuk di Yaman dan selatan Thailand sepakat bahawa PAS sudah jauh menyeleweng daripada perjuangan asal dan pemimpinnya adalah sesat.

PAS membangkitkan kemarahan golongan agama semata-mata mahu berbaik dengan DAP dan PKR bagi mengejar kuasa. Ulama dan guru pondok Kedah mengakhiri perjumpaan bersejarah itu dengan doa memohon kejayaan UMNO-Barisan Nasional dan kesejahteraan umat. Doa ulama adalah doa yang mujarab. PAS akan membayar harga politik yang cukup mahal ekoran pengkhianatannya terhadap agama dan umat Islam negara ini. - Oleh Juhaidi Yean Abdullah

Kisah Kamilia Mohon Maaf dan Sebuah Sajak daripada Dewata Abang Besar

Permohonan maaf Datuk Kamilia yang disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian hari ini sudah terlewat. Nasi sudah menjadi bubur. Kekecewaan beliau sama sekali tidak dapat dimaafkan oleh seluruh ahli wanita UMNO yang selama ini mengangkat beliau ke puncak kuasa. Malangnya - ini yang UMNO dapat. Saya tahu, secara tersirat Kamilia menyesal dengan perbuatannya, kerana beliau sendiri mengetahui bahawa perjuangan melalui "calon bebas" tidak sampai ke mana. Beliau bukan sahaja kehilangan jawatan - bahkan kawan-kawan juga. Mereka yang selama ini rapat dan menyokong Kamilia sangat sedih dengan cara beliau menunjukkan rasa kecewanya. Di bawah ini ada sebuah sajak yang ditujukan kepada Kamilia. Ditulis oleh seorang pengundi di Kuala Kangsar yang menggelarkan dirinya sebagai  "Dewata Abang Besar" dan di SMS kepada saya semalam.

Tajuk : "Ku Pilih Menjadi Pelupa"

Kamilia, Kamilia, Kamilia
watak kepimpinan mu terseradung di tangga perjawatan
adakah kau akan menaiki roket ke bulan
yang hijaunya sudah pudar warna
atau, kau pilih berenang di lautan keadilan
yang biru lunturnya sudah berbau
rupanya kau ingin menjadi adiwira
lalu memilih kebebasan

Kamilia, Kamilia, Kamilia
nama mu akan terus kekal
sebagai nama lagu
tidak lebih daripada itu
lagu yang dilupakan liriknya
kerna tewas dalam pertandingan

Kamilia, Kamilia, Kamilia
hampir terlupa aku
ada gelaran Dato' pada pangkal nama mu
namun..
ku pilih menjadi pelupa.

Dewata Abang Besar
Menora
15:30 ptg. 240413



SHAH ALAM – Bekas Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim, semalam, tampil memohon maaf atas tindakannya bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala Kangsar. Menerusi video yang dihantar kepada media, Kamilia turut menjelaskan alasannya bertanding atas tiket Bebas kerana beliau tidak dipilih sebagai calon oleh parti. “Saya memohon maaf kepada semua yang tersinggung dengan tindakan saya. Saya jadi calon Bebas kerana tidak dipilih dan diberi watikah pencalonan oleh parti yang saya anggotai. “Mengikut sistem demokrasi negara ini, saya boleh menawarkan diri sebagai calon asalkan memenuhi syarat yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya. Menurutnya, beliau mengambil keputusan bertanding di kerusi Parlimen agar dapat memperjuangkan hak wanita dan mengukuhkan kedudukan Islam di negara ini. Dalam pada itu, Kamilia juga yakin akan mendapat sokongan pengundi di Kuala Kangsar. “Saya faham masalah penduduk Kuala Kangsar kerana sering turun padang sejak tujuh tahun lalu. Fakta ini dapat membantu saya dalam PRU13 ini,” katanya. Kamilia merupakan antara 58 ahli Umno yang dipecat daripada parti itu kerana bertanding sebagai calon Bebas. Beliau akan menentang calon Pas, Dr Khalil Idham Lim Abdullah dan wakil Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Mohammad Khairil Wan Ahmad.

Kisah Tangan Kiri Dr Novandri Hancur Dijaja Blogger Pakatan Haram

Budaya memberi hukum dan mendahului Allah sememangnya sudah sebati - bahkan semacam sudah menjadi darah daging kepada sebahagian besar penyokong, ahli dan bloggers Pakatan Haram. Isu yang melibatkan kematian, kemalangan atau bencana seringkali diketahui punca dan sebab musababnya oleh para bloggers Pakatan Haram - seolah-olah mereka begitu arif lagi bijaksana menentukan mengapa dan kenapa Allah menurunkan semua itu.

Terkini, blogger terkenal Pakatan Haram Kelab Greenboc seolah-olah cuba mendahului Yang Maha Esa  dengan membuat andaian rambang yang jijik lagi hanyir, kononnya apa yang berlaku ke atas Dr. Novandri tempoh hari merupakan balasan Allah kepada blogger UMNO tersebut. Tiada sesiapa pun yang berhak untuk membuat justifikasi khusus terhadap apa-apa yang menimpa seseorang itu, sama ada merupakan balasan daripada Allah atau sebaliknya. Siapakah kita untuk membuat andaian atau sangkaan seperti itu?

Setiap daripada kita semuanya melakukan dosa. Dosa para bloggers Pakatan Haram yang tidak henti-henti memfitnah Rosmah, menuduh Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya, membohongi rakyat kononnya undi awal untuk polis sudah bermula sebelum tarikhnya, memfitnah Mahathir, memfitnah Rais Yatim dan ribuan tulisan mengkafirkan ahli UMNO selama ini, jauh lebih besar dosanya - jika mereka mahu berfikir. Ingat! Bukan kerana anda- para bloggers Pakatan Haram yang tidak mengalami kemalangan jalan raya, bermakna anda bersih daripada dosa melakukan fitnah kepada para pemimpin UMNO. Mungkin masanya belum tiba bagi Allah menghukum kamu semula. Jangan mudah mendabik dada kononnya kamu berada di pihak yang benar. (Baca cerita fitnah hanyir di sini). Mereka juga lupa fitnah-fitnah yang mereka ciptakan di bawah ini..


Apabila Asri Mahu PAS Mengakhiri Segalanya...

SHAH ALAM: PAS harus berhenti daripada berjanji melaksanakan hudud kerana jelas parti itu tidak akan mampu berbuat demikian walaupun jika Pakatan Rakyat menawan Putrajaya, kata bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin."Jika sekiranya PAS menang semua kerusi pun, PAS tidak boleh buat hudud ini, ianya tidak cukup. Hudud ini bukan keutamaan sebenarnya seperti yang turut disebut oleh beberapa pemimpin PAS," katanya kepada Antarapos.

"Jadi PAS dan DAP telah terperangkap dalam membincangkan perkara yang bukan keutamaan, termasuk jugalah PKR. Itu menunjukkan tidak cukup kebijaksanaan mereka di dalam berpolitik pada musim pilihan raya ini,” tambah Asri."Benda yang mereka bincang ini ialah benda yang mereka tidak boleh buat, kalau BN menang pun tidak akan buat hudud dan kalau Pakatan Rakyat menang pun tidak akan buat hudud, itu adalah realitinya," katanya. Asri memuji Barisan Nasional yang dilihat lebih arif bersabit hukum hudud."Umno tidak akan bincang perkara yang dia tidak boleh buat tetapi tiba-tiba Pakatan Rakyat ini pergi mencadangkan benda yang dia tidak boleh buat, itu bezanya BN dan Pakatan Rakyat," katanya.

Semalam Pengerusi DAP Karpal Singh dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada PKR menolak undang-undang hudud PAS sebagai bercanggah dengan perlembangaan negara dan akan mencetuskan huru hara jika dilaksanakan. Mereka berkata demikian setelah Timbalan Mursyidul PAS Datuk Haron Din sekali lagi memberi ketetapan PAS akan memperkenalkan undang-undang itu jika pembangkang mengambil alih Putrajaya.Asri membayangkan PAS silap langkah dengan menjadikan isu hudud sebagai modal untuk menarik undi Melayu. “PAS ini kita lihat kekurangan modal. Selama ini Umno tidak pernah menggunakan isu hudud tetapi dia dapat meraih sokongan orang Melayu tetapi kenapa tiba-tiba PAS (fikir) hanya dengan hudud sahaja boleh meraih undi orang Melayu?” kata beliau.

Asri berkata sepatutnya PAS menawarkan rancangan holistik untuk pembangunan ummah yang pastinya akan lebih menarik kepada pengundi Melayu, namun memilih untuk memfokus kepada hudud sahaja. "PAS boleh mencadangkan dengan buat perkara umpamanya pembangunan pengurusan zakat yang bagus, jadi masyarakat berkasih sayang yang baik dan patutnya ada modul yang PAS rancangkan dan bantuan untuk orang ramai yang lebih baik daripada yang ada sekarang.

"Keadilan sosial di seluruh peringkat nasional dan bawah dan banyak perkara lagi yang PAS boleh wujudkan bagaimana hendak dikembangkan tetapi dia tidak cakap macam itu, dia cakap hudud saja. "Kalau PAS cakap bagaimana hendak memulihkan remaja agar kembali kepada syariat Islam dan kembali kepada akhlak yang baik pun sudah ramai orang boleh suka kalau dia benar-benar ada satu program yang dia boleh buat untuk rakyat daripada dia sebut mengenai undang-undang yang payah tentang hukuman," katanya.

Asri turut menasihatkan agar PAS tidak berdegil mempertahankan sesuatu yang mereka sendiri tidak boleh melaksanakan. "PAS ini dia pilih benda sendiri yang keras dan menjadikan dia kelihatan keras oleh semua pihak. Dia dilihat sebuah kelompok yang konservatif macam mana gerakan Islam 80-an yang tidak mahu berubah padahal dia patut cakap banyak perkara," katanya.

Tak Sampai 24 Jam Seorang Leftenan Jeneral Masuk PAS, 180 Ahli PKR Pula Masuk UMNO

Tidak sampai 24 jam selepas bekas Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) Leftenan Jeneral (B) Datuk Ir Ismail Samion masuk PAS, hari ini BN menerima 180 ahli PKR Cabang Teluk Bahang yang sudah insaf dan bosan dengan Tian Chua. Nampaknya, lagi ramai bekas tentera menyertai PR, makin ramai pula cawangan dan cabang PR dibubarkan. Baca berita di bawah :

TELUK BAHANG 26 April - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Teluk Bahang lumpuh apabila 180 ahli termasuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusinya tekad meninggalkan parti itu dan menyertai Barisan Nasional (BN). Bekas Pengerusi Cabang berkenaan, Mustaffa Ahmad berkata, keputusan itu diambil memandangan kesemua ahli terlibat sudah tidak yakin dan percaya dengan kepimpinan parti dan pakatan pembangkang. Tegasnya, mereka semua tersinggung dan tidak boleh menerima tindakan Naib Presidennya Tian Chua menghina anggota keselamatan yang terlibat dalam insiden pencerobohan di Sabah.

"Kita tidak boleh terima keceluparan itu. Anggota terlibat bermati-matian mempertahankan kedaulatan negera dan isu kalimah Allah yang dibangkitkan juga sangat melampau. "Oleh itu dengan tindakan keluar beramai-ramai ini cabang PKR Teluk Bahang juga ditutup," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita setelah menyerahkan borang keahlian BN kepada calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Teluk Bahang, Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah, di sini malam tadi.

Sementara itu bagi bekas Timbalan Pengerusi Cabang PKR itu, Ng Bee Hock berkata, mereka tekad untuk menyertai BN kerana percaya dengan kebolehan parti itu dalam membela dan memperjuangkan nasib rakyat. "Lima tahun mentadbir negeri ini tiada apa yang di bawa untuk penduduk Teluk Bahang malah kemudahan untuk rakyat juga susah untuk disediakan biarpun telah diminta. "Saya harap rakyat terutamanya orang Cina akan membuka mata dan kembali menyokong BN kerana pembangkang ini cakap tidak serupa bikin," ujarnya.

Sehubungan itu, bagi Shah Headan, beliau menyifatkan tindakan keluar parti berkenaan menunjukkan rakyat telah kembali sedar untuk memilih kerajaan yang diyakini. "Tiada paksaan atau rancangan yang diatur. Mereka yang terlibat ini sendiri yang datang untuk menyertai BN. "Ini jelas menunjukkan PKR sekarang ini seolah-olah retak menanti belah," tegasnya. - UTUSAN ONLINE

April 25, 2013

13 Kejutan PRU Ke-13

Ini hanyalah pandangan dan analisis saya. Melihat senario PRU kali ini - termasuk melihat gaya kempen PR dan BN maka saya rumuskan beberapa dapatan peribadi saya di bawah ini. Sama-sama kita fikirkan.

1. Kejatuhan Negeri Sembilan ke tangan Pakatan Rakyat

2. Kembalinya Kedah ke tangan Barisan Nasional

3. Tewasnya Tengku Adnan di Putrajaya

4. Tersungkur Nurul Izzah di Parlimen Lembah Pantai

5. Kemenangan Ibrahim Ali di Parlimen Pasir Mas

6. Kemerosotan kemenangan BN di Johor

7. Anwar Ibrahim tewas di Permatang Pauh

8. Kemenangan Zulkiflie Noordin di Parlimen Shah Alam

9. Kemenangan BN di Sabah merosot

10. Berakhirnya pentadbiran PAS di Kelantan

11. Selangor kembali kepada BN dengan majoriti tipis

12. Kekalahan Ghani Othman di Gelang Patah

13. DAP Kekal di Pulau Pinang dengan majoriti besar

Mungkiri Janji Sifat Orang Munafik


Di Sini Tiada Lagi Hassan Ali!

Sehari dua ini timbul pula kisah kesediaan PAS memberi izin kepada DAP menggunakan lambang bulannya. Ini berikutan dengan terdapat kemungkinan bahawa Pendaftar Pertubuhan berkemungkinan tidak mengizinkan DAP menggunakan lambang roketnya akibat masalah yang dihadapi oleh parti itu di dalam pemilihan pucuk pimpinan pada 15 Disember yang lalu. Sejak sebelum hari penamaan calon lagi DAP telah membayangkan hasrat mereka untuk menggunakan lambang PAS dan hasrat mereka itu telah disambut baik oleh pimpinan PAS. 

DAP pula dengan dada terbuka menerima tanda persahabatan dan kesetiakawanan PAS itu. Dari laporan yang diterima tanda persahabatan dan setiakawan itu dibuat oleh PAS dengan persyaratan bahawa DAP akan bersetuju dengan PAS untuk mendirikan Negara Islam dan melaksanakan hudud seperti yang diperjuangkan oleh Parti Islam itu. Walaupun diakhir-akhir ini kedua-dua matlamat itu kelihatan tenggelam timbul akibat daripada pengaruh Anwarinas atau parasit di dalam PAS yang di”grand design”kan oleh puak Anwar Ibrahim dan pimpinan DAP. 

Karpal Singh seperti biasa tetap dengan pendiriannya bahawa semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh PAS itu tidak menjadi sebab mengapa DAP harus melembutkan posisi yang diambil terhadap Negara Islam dan Hudud. Karpal Singh terus berkeras bahawa DAP tidak sama sekali akan mengubah pendirian bahkan kelihatan semain angkuh dan bongkak untuk menolak Islam dan Hudud. Jelas kelihatan dalam banyak hal PAS bukan sahaja setakat bersedia untuk berlembut dari sudut mempertahankan prinsip perjuangan tetapi dipihak DAP pula setakat yang diketahui aliran jalur teras yang selama ini mereka pegang dan laksana tidak pernah tergugat. 

Amaran dan ancaman sering di keluarkan oleh pimpinan tertinggi DAP seperti bersedia keluar dari Pakatan dan meletakkan jawatan  secara “en-bloc” seandainya PAS meneruskan hasrat untuk melaksanakan Negara Islam dan Hudud. PAS pula di satu sudut yang lain, kadang-kadang kelihatan begitu tegas dan sangat meyakinkan tetapi pada banyak ketikanya jalur teras yang di ambil sentiasa kehilangan taringnya bak kata pepatah menjadi lembut seperti kerak nasi. Kita diberitahu anggapan yang mengatakan bahawa DAP telah menyatakan kesanggupan untuk menerima perjuangan PAS melalui permohonan mereka untuk menggunakan lambang bulan milik parti itu tidak lebih daripada sekadar pernyataan untuk melunakkan hati ahli dan penyokong PAS disamping cuba memenangi hati pengundi-pengundi Melayu Islam. 

Kenyataan balas Karpal Singh yang enggan berundur walau seincipun dari garis posisi asal mereka membayangkan bahawa DAP sememangnya parti cauvinis Cina yang berhasrat menjadikan Malaysia negara sekular dilihat begitu konsisten sejak dari awal lagi. 

Parti yang “flip flop” ialah PAS. Kita kerap melihat keghairahan pimpinan PAS memberi kenyataan media terutama dikalangan Timbalan Presiden dan Naib-naib Presiden mereka menjadikan PAS seolah-olah hilang punca dan tidak menemui jawapan yang menepati pukulan maut untuk menyerang balas DAP. Inilah kelemahan PAS. Kelemahan itu semakin meninjol bila golongan Anwarinas atau parasit menguasai batang tubuh parti Islam itu. Untuk PRU ke 13 ini rasanya ahli dan penyokong PAS dan para pengundi tidak perlu lagi berfikir panjang dan memberi masa kepada saf pimpinan parti itu untuk menolak DAP dan PKR yang dilihat menjadi batu api kepada hubungan di antara PAS dan DAP. 

Para pengundi tanpa ragu-ragu lagi semestinya menolak Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13 ini. Persoalan Negara Islam dan Hudud sebenarnya bukan sahaja tidak dipersetujui oleh DAP malah PKR pun tidak pernah memberikan persetujuan supaya Pakatan Rakyat akur kepada hasrat PAS untuk melaksanakan Negara Islam dan Hudud itu. Bagi pengundi Melayu Islam tidak ada yang lebih tinggi daripada mengagungkan Islam dalam membuat pilihan pada 5hb Mei yang akan datang ini. Atas dasar itu tidak juga PKR, tidak juga DAP dan tidak juga PAS sendiri yang mempunyai kekuatan dan daya juang yang tinggi untuk melaksanakan cita-cita agung meletakkan Islam ke mercunya. 

JATI telahpun menyatakan posisinya secara begitu jelas bahawa atas alasan-alasan yang kukuh dari sudut syarak dan realitiy politik semasa mewajibkan seiap pengundi Melayu Islam memangkah calon-calon UMNO/BN dalam PRU ke 13 ini. Diharapkan dengan sokongan NGO-NGO Muslim dan pengundi-pengundi Melayu Islam akan memberi kekuatan kepada UMNO terutamanya untuk mengambil alih tanggungjawab mendaulatkan Islam itu. Kita sama-sama mendoakan agar cita-cita dan hasrat murni ini dikabulkan oleh Allah SWT. 

DATO DR HASAN MOHAMED ALI
PRESIDEN JATI
Tmn Tun Dr Ismail, KL
24 APRIL 2013

50 Jawapan Penting Mahathir kepada Nik Aziz






Sekitar Gambar Keuzuran Nik Aziz

Nik Aziz Nik Mat dilahirkan pada 10 Januari 1931 - maknanya umur beliau sudah mencecah 82 tahun. Dengan kata lain Nik Aziz sudah benar-benar uzur dan perlu berehat daripada terus memegang kuasa. Contohi Tun Mahathir, melepaskan jawatan PM pada saat negara masih memerlukannya. Nik Aziz tidak bersalah, tetapi yang bersalah ialah ahli PAS yang masih degil mendesak agar Nik Aziz kekal sebagai MB Kelantan. Mereka tahu, tanpa Nik Aziz, PAS akan hilang kuasa dan saktinya di Kelantan. PAS perlu segera mencari dan mengetengahkan tokoh baru..jika mahu terus kekal di Kelantan. Kasihanilah Nik Aziz, berilah beliau berehat dan jauhkan beliau daripada beban kepimpinan yang akan panjang soal jawabnya di akhirat kelak.