Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2013

Syed Mokhtar al-Bukhari - Taikun Muslim yang Bernasib Malang!

Nama Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari sangat dibenci dan sering dikecam secara jijik lagi kotor oleh Pakatan Rakyat. Tidak henti-henti mereka memburukkan usahawan muslim yang sangat zuhud lagi pemurah itu. Kebencian PR, khususnya DAP dan Anwar Ibrahim terhadap beliau sudah tidak dapat dibendung. Inilah nasib malang yang menimpa jutawan Melayu-Muslim yang baik, rendah diri dan dermawan. Mengapa mesti Syed Mokhtar dihina dan dikeji semahu-mahunya. Mengapa Taikun lain tidak diserang sehebat Syed Mokhtar? Fikir-fikirkan. Mengapa mesti mahu dihancurkan perniagaan Syed Mokhtar? Mengapa tidak Taikun-taikun yang jauh lebih kaya daripada beliau? Mengapa Taikun Muslim seperti Syed Mokhtar yang "dilanyak" bersungguh-sungguh oleh Anwar Ibrahim? Mengapa DAP dan Anwar Ibrahim memilih Syed Mokhtar sebagai Taikun yang mesti diserang bertubi-tubi? Apakah agenda sebenar mereka? (Hanya Taikun Syed Mokhtar yang diserang tidak henti-henti oleh Pakatan Rakyat, tetapi tidak Taikun yang lain)  

Tahniah! Dato' Baha

PUTRAJAYA 15 Mac - Tokoh bahasa dan budaya Melayu, Datuk Baharuddin Zainal (Baha Zain) diumumkan sebagai penerima Anugerah Sasterawan Negara ke-12 yang membawa gelaran Sasterawan Negara. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pemilihan itu berdasarkan kecemerlangan serta sumbangan berterusan Baharuddin dalam seni kesusasteraan tanah air melalui ciptaan karya kreatif, pemikiran dan kegiatan sastera bermutu tinggi. Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, majlis pengurniaan anugerah itu akan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong tidak lama lagi. "Pemilihan calon-calon untuk Sasterawan Negara berdasarkan sumbangan mereka melalui karya dan pemikiran terhadap pengembangan sastera, impak dalam penyebaran ilmu, kepimpinan dalam persatuan sastera dan impak pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.  "Panel telah mengadakan beberapa perbincangan untuk meneliti sumbangan dan kekuatan calon, dan akhirnya panel memilih Baha Zain sebagai pene

Dokumentari Sejarah Penubuhan Skuad Komando VAT 69