Tetamu Kehormat...

February 28, 2013

Edisi Ramalan PRU Ke-13 : (Siri 1) Ramalan Chew Daily


Budak-budak pemantau media HQ PKR hari ini kena kerja lebih masa. Tak pasal-pasal. Satu mesyuarat khas akan dipengerusikan Dr Chua Jui Meng dalam masa terdekat, untuk menidakkan laporan Sin Chew yang Anwar sifatkan sangat ‘damaging’ dan merosakkan markah politik PKR pada waktu ini. Antara yang dikemukakan oleh Sin Chew – berdasarkan kajian politik yang dilakukan oleh ASLI:-
BN akan menang dengan jumlah kerusi 123.

1. DAP akan tampil sebagai parti paling dominan di dalam PR (menang 35-40 kerusi);
2. Melayu luar bandar akan kembali memberikan sokongan kuat kepada UMNO;
3. India akan kembali bersama BN;
4. MCA akan kehilang banyak kerusi (Gelang Patah, Kulai, Tanjong Piai dan Lumut);
5. PKR tidak akan mampu mencapai kejayaan 2008;
6. Peluang Anwar untuk menjadi PM dengan sendirinya kabur;

Laporan khas Sin Chew ini mendapat perhatian luar biasa Anwar. Sudah mula melompat dan mahukan kajian ‘damage control’ segera dilakukan oleh Merdeka Centre atau Institut Rakyat dalam masa yang terdekat ini. Jika benar situasi ini terjadi, kedudukan PKR di Selangor juga akan banyak bergantung kepada performance DAP. Ini perkara yang paling Anwar cuba elakkan. Dengan kelemahan Khalid Ibrahim, laporan ASLI ini, pada hemat Anwar – mempunyai kredibiliti. 40 Parlimen milik DAP akan dengan sendirinya meletakkan Anwar sebagai ‘second-in-command’ kepada Pakatan Rakyat. Situasi yang amat mengerikan kepada jentera PKR. Jauh benar beza kerusi DAP dan PKR. PAS – juga jauh ketinggalan. (Sumber AIDC)

Baru Kutahu Penubuhan UIA Bukan Idea Anwar


February 26, 2013

Sah! Rafizi Bertembung Ong Tee Keat di Parlimen Pandan

KUALA LUMPUR, 26 Feb —- Barisan Nasional (BN) akan menamakan bekas Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat sebagai calon secara langsung bagi kerusi Parlimen Pandan pada Pilihan Raya 2013 setelah keputusan tersebut dibuat oleh Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak dalam mesyuarat "bilik perang pilihan raya" semalam. Keputusan tersebut kemudiaannya disampaikan kepada pemimpin parti komponen BN yang mana mereka diberitahu pencalonan Ong akan memastikan kerusi yang disandang oleh beliau tersebut sebagai "boleh menang" kepada gabungan tersebut. "Telah diputuskan supaya untuk segala perbezaan individu diketepikan dan melihat kepada populariti seseorang dikawasan tersebut," kata sumber yang mengetahui tentang mesyuarat tersebut kepada The Malaysian Insider

Difahamkan BN berpendapat pencalonan Ong akan membantu gabungan kerajaan untuk meraih semula sokongan pengundi Cina kepada mereka yang dilihat semakin rendah ketika ini. "Sokongan Ong dikalangan masyarakat Cina sangat kuat ... itu akan membantu BN," kata sumber itu lagi. Ong telah diketepikan selaku presiden MCA oleh Datuk Seri Dr Chua Soi Lek semasa kemelut perebutan kuasa pada 2010. Beliau juga merupakan ahli parlimen Pandan selama lima penggal. Namun, awal minggu ini Dr Chua memberitahu media pada sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA bahagian Pandan bahawa Ong telah terkeluar daripada senarai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya 2013. 

BN pernah meletak calon bebas di bawah tiket mereka semasa pilihan raya 1995. MP Hulu Rajang ketika itu, Billy Abit Joo mencipta sejarah sebagai calon BN pertama yang bertanding sebagai ahli gabungan tersebut. Billy Abit tidak bersama dengan mana-mana parti komponen memandangkan tiada peruntukan untuk ahli BN melakukan sedemikian. Beliau kemudiaan menyertai Parti Rakyat Sarawak. Dalam Pilihan Raya 2008 lalu, Ong mempertahankan kerusi parlimen Pandan dengan mengalahkan calon PKR, Syed Shahir Syed Mohamud dengan majoriti 2,961 undi. Beliau memperolehi 25,236 undi berbanding lawannya 22,275 undi. Kawasan Pandan adalah kerusi campuran yang mengandungi 55 peratus bukan Melayu dengan lebih separuh pengundinya berusia di bawah umur 40.

Jawapan untuk Pantun Haji Hadi

Ini jawapan kita

Terbang bukan sebarang terbang,
Lebah terbang di tepi paya,
Cakap berbelit, lidah bercabang,
Dulu nak dilelongnya Putrajaya.

February 25, 2013

Manifesto PR : Tiada Agenda yang Jelas untuk Islam!

Sudah empat kali Pakatan Rakyat melancarkan manifesto mereka, yang terkini berjudul "Pakatan Harapan Rakyat" - namun apa yang cuba saya cari, tidak ketemu. Tiada agenda Islam yang jelas dalam polisi dan manifesto PR. Setidak-tidaknya, rakyat mengharapkan asas perjuangan PAS bagi melaksanakan Hukum Hudud termaktub juga dalam hala tuju PR, atau sekurang-kurangnya atas nama menghormati para pengundi PAS yang selama ini berhempas pulas memberi undi demi perjuangan parti itu- mampu dibalas dengan adil dengan meletakkan perundangan Islam sebagai asas keadilan nasional dan holistik di negara ini. Namun demikian, malang - semua asas perjuangan PAS tidak dapat dimasukkan di dalam mana-mana manifesto PR, apatah lagi mengimpikannya untuk diangkat sebagai polisi atau dasar negara. Yang jelas sekularisme dan pluralisme masih tetap kekal utuh mendominasi dasar politik PR. Soalnya berbaloikah "Tahalul Siyasi" yang dilakukan oleh PAS selama ini? Tepuk dada tanya iman. Wallahualam. Baca di sini...

Agenda Jijik di Sabah : Kepada Siapa Sabah Hendak Diberi?

Muslihat PR untuk membela nasib rakyat Sabah - adalah bohong. Terdapat agenda jauh lebih keji dan jijik mereka terhadap bumi Sabah. Baca kisah di sini.

Zulkifli Noordin dakwa PAS telah Kafir kepada Allah


February 22, 2013

Ramalan Datang Lagi

KUALA LUMPUR 21 Feb. - Sekumpulan pemikir majalah antarabangsa The Economist meramalkan Barisan Nasional (BN) akan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13. Jangkaan kemenangan itu adalah berdasarkan rekod BN yang cemerlang, agenda transformasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kejayaan kepimpinan beliau selepas 2008. Kumpulan pemikir majalah itu, Economist Intelligence Unit (EIU) yang sering menjalankan analisis terhadap kebanyakan negara dan aspek industri menjelaskan baru-baru ini, sifat BN yang menepati segala janji yang dibuat pada Pilihan Raya Umum Ke-12 juga menjadi antara faktor yang akan membawa kemenangan kepada parti itu nanti. 

Menerusi laporan itu yang dipetik oleh laman blog www.thechoice.my, EIU menyatakan bahawa pakatan pembangkang di negara ini kerap membuat janji yang terlalu berkos tinggi bagi mendapatkan kuasa dan ia adalah penghalang bagi mereka untuk menang dalam pilihan raya umum nanti. "Kumpulan pemikir itu berkata, tidak mudah bagi pakatan pembangkang untuk melaksanakan semua janji yang lepas. "Sebagai contoh, menyediakan pendidikan tinggi percuma memakan belanja RM43 bilion kepada kerajaan sementara menghapuskan duti kenderaan akan mengurangkan cukai sebanyak RM4.6 bilion setahun kepada negara," kata blog berkenaan. 

Menurut blog thechoice lagi, laporan EIU itu juga menyebut bahawa pakatan pembangkang telah memungkiri banyak janji yang dibuat sebelum ini termasuk menyediakan bantuan kewangan kepada pendidikan pra sekolah, pelajar universiti, warga emas dan orang kurang upaya selain menurunkan cukai hartanah dan bantuan bagi rakyat membeli rumah. Berdasarkan laporan itu juga, blog itu memberitahu, walaupun Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pernah menegaskan manifesto bukan satu janji kepada rakyat, tetapi rakyat akan tetap menganggap apa yang disenaraikan pembangkang itu sebagai janji yang perlu ditunaikan oleh kerajaan memerintah. Blog itu menjelaskan, EIU juga menjangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bermula 2013 sehingga 2017 akan terus tumbuh dengan baik. "Faktor itu menjadi satu lagi sebab kukuh kepada kebangkitan semangat parti pemerintah yang dipimpin oleh Najib," menurut blog itu lagi.