Tetamu Kehormat...

October 19, 2013

Mukhriz Tewas Sekali Lagi...

Maafkan saya jika pandangan ini tidak digemari ramai pihak - tetapi saya menunggu sehingga saat-saat akhir untuk memberikan "ramalan" yang mungkin tidak berapa "tepat" tapi saya mengesyakinya akan terjadi. Namun demikian - segalanya ditentukan oleh Allah - kita hanya mampu menjangka berdasarkan "sikap" dan senario ahli-ahli UMNO di peringkat bawah yang baru sahaja selesai mengundi bagi ketiga-tiga sayap utama UMNO sabtu lepas. Ternyata tidak terlalu banyak perubahan yang berlaku - seperti mana yang diharap-harapkan oleh sebahagian besar ahli UMNO tanpa jawatan dan para simpati UMNO di luar sana - Dan untuk sekali lagi, saya merasakan bahawa Mukhriz Mahathir akan tewas sekali lagi dalam cubaannya untuk mendaki hieraki kepimpinan tertinggi UMNO dalam pemilihan parti tersebut hari ini. Saya penyokong Mukhriz sejak dahulu lagi - walaupun beliau tewas menentang Khairy untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO - namun, pada kali ini melihat senario ahli UMNO akhir umbi dan strategi beliau berkempen - saya percaya Mukhriz akan tewas sekali lagi - bukan masalah ketokohan - sebaliknya ahli UMNO akar umbi pada kali ini tidak lagi seperti dahulu - kelantangan dan semangat kental perjuangan tidak lagi menambat hati mereka - yang tinggal hanya peluang dan habuan. Jangan kecewa sahabat-sahabatku jika Mukhriz hari ini gagal sekali lagi - setidak-tidak kita sudah dapat menghidu terlebih awal. Wallahualam.

6 comments:

Abg Is said...

Orang muda memang memihak kepada Mukhriz, tapi orang tua sudah tentu memilih calon yang mereka pernah angkat dulu. (1), (2) dam (3).

dalam pemilihan peringkat tertinggi ini, yg muda hanya dua orang bagi satu2 cawangan, ketua pemuda dan ketua puteri (yg menjadi perwakilan), lain2 semua yg tua2.

ManSaari said...

Minda melayu amat lambat berubah. Sudah jadi budaya sebati. Mukhriz kalah akhirnya. Bukan kerana tua atau muda tetapi kerana koro untuk berani berubah.

Kday Khairuddin said...

harus diingat dato mukhriz menang kalau dikira dari segi undi popular dan peratus pengundian.so ini bermaksud sokongan kepada dato mukhriz tetap hebat dan mungkin lebih berbanding dato hishamudin.apapun semua perkara terjadi ada hikmah dr ALLAH.,...

CyberHacking said...

oit bro.. ko baca apa yg aku dah tulis sejak dari 14 October lagi .. ternyata tepat & berasas..

perjuangan UMNO sudah jadi perjuangan sampah.!

http://darah-satria.blogspot.com/2013/10/hisyammudin-zahid-hamidi-shafie-kekal.html

Dan Kuala said...

Assalamualaikum Saudara,
tolong linkkan blog saya. Izinkan saya untuk sama-sama berjuang.
http://nakhodakuale.blogspot.com/

hassan kedah said...

mukhriz walau pon kalah tapi buleh dikatakan menang kerana berjaya jual gula dan beras pd org kg sg limau dgn halega selingit dan org sg limau pon gigit dia balik.. ha ha 34x