Tetamu Kehormat...

June 11, 2013

Sisi Gelap Nazir Razak

Saya tidak terkejut dengan pujian terbaru DS Nazir Razak terhadap CEO AirAsia X yang dikritik hebat kerana "mengutuk Utusan Malaysia" secara melampau - pada saya yang pernah bertemu dan mewawancara DS Nazir Razak - sikap beliau tersebut adalah "normal" - kerana sejak tahun 2008 lagi, sewaktu saya bertandang ke pejabat beliau, beliau secara tersirat sememangnya telah menunjukkan sedikit sebanyak sikap "kurang senang"nya dengan beberapa agenda yang jelas membantu orang Melayu. Nazir Razak pernah mengkritik DEB dan mendakwa dasar tersebut sebenarnya telah banyak merugikan orang Melayu, malah sewaktu saya mewawancara beliau, secara peribadi beliau telah meminta agar kenyataannya berhubung DEB tidak akan saya paparkan di dalam rencana utama Majalah Dewan Ekonomi - walaupun saya tidak mengendahkan permintaan beliau dan menerbitkan juga rencana tersebut - setidak-tidaknya sejak tahun 2008, saya sudah dapat menghidu gaya "pemikiran" beliau terhadap segala dasar kerajaan yang selama ini begitu banyak membantu orang Melayu. Mungkin DS Nazir Razak mempunyai hujahnya tersendiri - tetapi harus diingat, asal-usul segala dasar tersebut adalah daripada ayahnya sendiri juga! Pada 19 Ogos 2010 saya ada menulis artikel yang dituju khusus kepada DS Nazir Razak, berikut saya paparkan semula :

1. Seandainya, benar bahawa Datuk Nazir Razak, CEO CIMB yang juga merupakan adik kepada Perdana Menteri Malaysia menyatakan kritikan pedasnya terhadap Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan kata-katanya yang berbunyi, "DEB seolah-olah dilihat dipernyataan-haramkan (Bastardisation)" - maka saya fikir, saya terpaksa meluahkan rasa kecewa. Saya pernah menemui beliau - berbincang dan mewawancara beliau berkenaan kejayaannya membawa CIMB ke mercu kejayaan. (Baca di sini) dan (di sini)
 
2. Saya fikir, secara ringkas - saya menyanjungi beliau atas kapasiti seorang usahawa Melayu yang berjaya atas usaha dan kesungguhan diri sendiri. Tetapi - jika benar kata-kata di atas itu terkeluar daripada mulut Nazir Razak - saya rasa ia sudah terlalu jauh daripada kebenaran. Izinkan saya yang serba daif ini membuat sedikit kesimpulan terhadap kritikan pedas daripada CEO CIMB tersebut. Walauapa pun alasan kita - hakikatnya DEB tidak boleh disalahkan, yang bersalah dan berdosa adalah manusia yang menyelewengkan dan menyalahgunakan dasar tersebut. 
 
3. Saya setuju, sekiranya yang dimaksudkan oleh Nazir Razak di atas adalah merujuk kepada penyelewengan DEB sehingga ia melemahkan orang Melayu itu sendiri. Hujah ini ada rasionalnya - Melayu dimanjakan dengan psikologi "kamu akan diselamatkan sampai bila-bila dengan asalkan kamu orang Melayu". Tetapi - walaupun kita cuba mengkritik DEB - tidaklah sampai kita mesti mengeluarkan kata-kata "bastardisation" - ini mungkin dianggap melampau. 
 
4. Saya selalu memberi contoh yang hampir sempurna berkenaan seorang hamba Allah yang bernama Syed Mokhtar al-Bukhari - salah seorang manusia yang disenaraikan dalam kalangan 10 orang terkaya di Malaysia - dan lebih kaya daripada Nazir Razak sendiri. Beliau - menurut pandangan saya adalah satu-satunya usahawan Melayu yang berjaya menggabungkan antara "kesungguhan dan kerajinan bekerja", "menikmati dasar perlindungan yang ada" dengan "kesyukuran kepada Allah dan kerajaan" - inilah satu-satunya usahawan Melayu yang tidak pernah mengkritik DEB, bahkan beliau seringkali memuji kebaikan DEB, sekali gus membuktikan, sekiranya DEB digunakan dengan sebaik-baiknya - orang Melayu mampu berjaya. 
 
5. DEB bukanlah masalah - jauh sekali menyebabkan orang Melayu malas bekerja - Syed Mokhtar telah membuktikannya. Walaupun beliau menerima bantuan dan limpahan kebaikan DEB - hal ini sama sekali tidak membunuh kerajinan dan kesungguhannya untuk berjaya dan membantu usahawan Melayu yang lain pula. Dengan pegangan agama yang kuat, dengan kehidupan yang zuhud dan dengan kemurahan tangannya menderma dan bersedekah - menjadikan beliau tidak hanya kaya dan berharta - bahkan kekayaan jiwanya itu jauh lebih bernilai daripada wang ringgit yang beliau ada. Inilah produk DEB Melayu yang kita inginkan. Apakah DEB masih perlu di"bastardisation"kan? Saya fikir kita sudah terlalu jauh berburuk sangka dan menyalahkan DEB - dan pada masa yang sama, kita terlalu jauh untuk bersyukur serta berterima kasih. Fikir-fikirkan. Wallahualam.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO ) AirAsia X Azran Osman hari ini menerima pujian daripada CEO Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak yang melabelnya sebagai “tanda sebagai pemimpin” walaupun dikritik akhbar milik Umno Utusan Malaysia dan kumpulan pendesak Melayu ekoran kenyataannya di laman Twitter. Peneraju syarikat tambang murah itu menjadi sasaran akhbar Umno itu sejak bulan lalu selepas beliau mengkritik akhbar berkenaan secara terbuka yang dikatakannya bersifat perkauman selepas Pilihan Raya 2013 pada 5 Mei lalu.

Nazir, yang merupakan pembiaya utama Air Asia X memuji Azran kerana meluahkan isi hatinya dengan mempercayai ia adalah perkara yang benar. “Itulah tanda seornang pemimpin,” kata Nazir ketika pelancaran prospektus Air Asia X di sini pagi tadi.

Adik bongsu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu menambah disebabkan kualiti seperti itu pasukan syarikat penerbangan berkenaan yang menunjukkan 70 peratus perkembangan tahunan keuntungan sejak dilancarkan pada November 2007. Azran dikritik bulan lalu selepas beliau melalui akaun twitternya, @azranosmanrani, mengatakan melihat serangan perkauman selepas pilihan raya.

Beliau turut dilaporkan menerima kritikan daripada Perkasa, kumpulan pendesak Melayu atas kenyataan kerasnya itu. Sebagai balasan, akhbar berkenaan menyiarkan pandangan pemimpin Perkasa, Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan aktivis pro Umno menyelar Azran dan menggelarnya “sombong” dan Melayu yang lupa daratan. Pengerusi AirAsia X Tan Sri Rafizah Aziz dan pengarahnya, Datuk Seri Kalimullah Hassan juga turut diserang daripada pelbagai kumpulan selepas kedua-duanya mempertahankan kenyataan Azran.

Perkasa, Persatuan Veteran Penjawat Awam, Gerakan Reformis Malaysia dan Jaringan Melayu Malaysia antara kumpulan yang menyerang Rafidah dan Kalimullah dan menuntut mereka meminta maaf terhadap kenyataannya terhadap Utusan.

Pemangku Presiden Perkasa Datuk Abdul Rahman Bakar turut menyokong akhbar berkenaan dan berkata Azran tidak akan berada di posisi sekarang tanpa “perjuangan Melayu yang dilakukan Utusan Malaysia.” Kolumnis Utusan, Awang Selamat turut menggesa Utusan supaya tidak lagi menerima iklan daripada syarikat penerbangan terbabit sehingga permohonan maaf dikeluarkan.

Awang turut membandingkan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan mengatakan syarikat penerbangan nasional itu mempunyai servis yang lebih baik dan lebih bersifat nasionalisme ~ The Malaysian Insider

9 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum w.b.t.
Salam kepada Azli Shukri kerana telah mengupas serba sedikit berkenaan DEB dan produk produk yg telah berjaya melalui DEB.

Saya amat bersetuju dengan pandangan saudara itu kerana dasar DEB itu TIDAK SALAH tetapi yg menjadikan nya tidak betul adalah orang yang menyalah gunakan dengan mendapat habuan DEB tanpa ada rasa perasaan SYUKOR dan TERIMAKASIH. Dan salah satu produk yg terhasil adalah DS NAZIR RAZAK sendiri. Ini adalah tanda org yg tidak berterimakasih dan bersyukor terhadap ALLAH dan kerajaan.

Mungkin melalui DASAR DEB ini juga yg telah MELIBERLiSASIKAN menjadi LUPA DARATAN.

MUNGKIN saya TERLUPA bahawa BELIAU adalah golongan BANGSAWAN ....mana mungkin pernah merasa susah payah orang golongan marhain di bawah. Beliau memang tidak pernah merasa makan BERNASIKAN ubi sahaja atau tidak pernak makan BERAS yg DIGUNAKAN utk TABUR AYAM (LOW GRADE BERAS).

MUNGKIN juga saya TERLUPA bahawa beliau dilahirkan dengan mempunyai pengaruh dan duit yang ada untuk beliau berada di tempat sekrang. BELIAU MANA MUNGKIN pernah memikirkan org dari bawah untuk naik dan menjadi kaya macam dia. MUNGKIN JUGA BELIAU TERLUPA bahawa sekiranya beliau dilahirkan macam syed mokhtar BELUM TENTU BELIAU BOLEH BERJAYA seperti TAN SRI SYED MOHKTAr yang dermawan itu yang berniaga mendapat keuntungan bukan untuk kepetingan SENDIRI SAHAJA bahkan kepada suluruh pekerja dan RAKYAT di MALAYSIA.

Sebelum saya TERLUPA nak tanya juga kepada NAZIR ....sejauhmana sumbangan ANDA kepada AGAMA, BANGSA MELAYU dan MALAYSIA.

Sekian terimakasih.

Unknown said...

lupa.. kerana deb dan bekas ank pm dan kini adik pm.. menjadikan peluang dia utk berjaya amat baik..
tidak difikir kalau dirinye hanya ank org2 biase saje..
percaya la kalau kuasa politik melayu ranap.. golongan ini rela sujud kpd org kafir utk meneruskan hayat kebendaan mereka..

dgn ape yg mereka miliki mereka boleh berckp ape sahaja krn mereka da berjaya..
pedulikan org2 seperti ini..

buragas said...

MENGHINA DEB SAMALA JGK DIA MENGHINA USAHA2 ARWAH AYAHNDA DIA DLM MEMMAJUKN AGAMA.BANGSA DN NEGARA.!SPATOTNYE SBG ANTARA PAKAE EKONOMI DIA BERUSAHA MEMAJUKN BANGSA DN KAUM2 BUMIPUTRA YG LAIN2!ARWAH AYAHNDA DIA TUBUHKN FELDA SBB X NAK ORG2 MELAYU BUMIPUTRA JD HAMBA DTANAH AIR SENDIRI.TP ANAK SENANG2 KRITIK DASAR2 YG DUSAHAKN OLE PANDANGAN JAUH ARWAH AYAHNDANYE SENDIRI!

md khairi said...

nak tgk pemimpin melayu berani ke kutuk nazir razak ni...haha kalau x berani berhenti je jadi pemimpin umno tu..kau org ingat umno bapak kau punyai ke..umno ni kepunyaian org melayu..jadi saya sarankan kepada semua ahli umno atau yang sayangkan umno..buatlah keputusan masa pemilihan ni nanti..
Kepada Najib pula anda sebagai PM dan presiden umno jgn lupa daratan...Semakin hari semakin menyerlah tindakan anda membelakangkan kepentingan pengundi melayu yang mengangkat anda sebagai PM..

kluangman said...

Says anggap sikap nazir tidaklah keterlaluan, lebih2 lagi itu hanya pandangan, dia kurang ruang untuk melaksanakan apa yg difikirkannya. Nazir merasakan dia akan berada di kelompok at as Dan spesial sebagai org melayu kerana tidak bersepandangan dng melayu umum.

Lebih teruk dari nazir adalah najib, bukan shj berpandangan hampir serupa tetapi mempunyai kuasa Dan pengaruh untuk tidak melakukan sesuatu membantu melayu.

Apakah sumbangan najib kpd melayu sepanjang menjadi tpm Dan pm?

shahsha said...

Bnyak yang najib dah beri kepada kita sebagai pemimpin.brim, klinik satu malaysia, kedai kain satu malaysia, kedai kain 1m,baucer buku. Semua jada dia memang tak terbanding bebanding perdana menteri sebelum ni yang hanya pandai berkata-kata

Salmah said...

Boleh ke Nazir Razak berada pada kedudukan ini tanpa sokongan abang,sebagai anak pm

Asal Bukan DAP (ABDAP) said...

Jika tak mahu berterima kasih pada kerajaan, tapi bersyukur pemberian rezeki dari Allah kepada nazir... boikot CIMB

Salam Bangi said...

pendidikan beliau di luar negeri dan kurang sifat kemaleyauan dan hidup yang amat mewah menyebabkab beliau tak dapat merasai apa yang dirasakan oleh kebanyakan orang melayu