Tetamu Kehormat...

June 14, 2013

Sampai Bila Ahli UMNO Akar Umbi Mahu Ditipu dan Diperbodohkan?

Ini satu lagi cadangan tahap kepala lutut! Habis semua jawatan tertinggi UMNO mahu "disejuk bekukan" sampai bila-bila. Mula-mula beritahu kepada ahli UMNO akar umbi, "Kita tangguh pemilihan 18 bulan untuk menghadapi PRU ke-13, rapatkan ukhwah kita...nanti selepas PRU ke-13 kita akan buka semula pertandingan. Habis PRU, sekali lagi ahli UMNO akar umbi kena tipu.."Kita dah menang besar...UMNO dapat 88 kerusi..so kita minta agar tiada pertandingan kepimpinan tertinggi UMNO kali ini, demi mengukuhkan UMNO menghadapi PRU ke-14 pula.." Namun demikian..kami pucuk pimpinan tertinggi UMNO tidak menghalang bahkan sangat menggalakkan agar setiap cawangan dan bahagian UMNO mengadakan pemilihan di peringkat masing-masing, bagi menyuburkan demokrasi di dalam UMNO.."

UMNO akan menyembah bumi tersungkur selepas ini..percaya la..UMNO tak mahu belajar dan tidak mahu membina jentera pelapis dan plan penggantian kepimpinan yang jelas dan utuh..sayonara UMNO, digarhayu namamu...kami sedia ditipu.
 
KOTA BHARU 13 Jun - Wanita UMNO Kelantan menyarankan supaya jawatan Ketua Wanita UMNO yang kini disandang oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil turut tidak dipertandingkan pada pemilihan parti hujung tahun ini. Pada masa sama, Ketuanya, Datin Rahimah Mohamad berkata, pergerakan itu mahu supaya semua petualang dan pengkhianat parti pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dibersihkan sebelum UMNO mengadakan pemilihannya. Rahimah berkata, kedua-dua perkara tersebut diputuskan pergerakan itu pada mesyuaratnya semalam dan disokong sebulat suara oleh ketua-ketua Wanita bahagian yang hadir. 

Katanya, Wanita UMNO negeri berpendapat, semua jawatan tertinggi dalam parti termasuk ketiga-tiga sayap iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri, tidak perlu dipertandingkan bagi menjamin keutuhan UMNO sebagai tunjang kerajaan. "Bila ada pertandingan akan ada masalah, jadi untuk mengelakkan perselisihan dalam UMNO maka sewajarnya jawatan tertinggi parti termasuk jawatan ketua-ketua sayap tidak dipertandingkan. 

"Wanita UMNO Kelantan yakin bila jawatan tertinggi dikekalkan, ia akan membantu kekuatan parti bagi menghadapi pakatan pembangkang dan cabaran mendatang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Sebelum ini, Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan mencadangkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti tidak dipertandingkan dalam pemilihan UMNO hujung tahun ini bagi memastikan kekuatan parti terus utuh dan cadangan itu disokong oleh banyak pihak. Mengulas 'pembersihan' petualang dan pengkhianat parti pada PRU-13 lalu, kata Rahimah, usaha itu perlu bagi memastikan UMNO benar-benar dianggotai individu yang ikhlas terhadap perjuangannya dalam membela dan mempertahankan agama, bangsa serta negara. 

Jelas beliau, kewujudan petualang dan pengkhianat dalam UMNO akan hanya menggugat masa depan parti orang Melayu terbesar itu dalam melaksanakan agenda perjuangannya. "UMNO perlu dipimpin dan dianggotai oleh mereka yang benar-benar ikhlas dalam perjuangannya untuk menegakkan agama, bangsa dan negara. Jatuh bangun UMNO akan turut memberi kesan kepada kedudukan agama Islam dan bangsa Melayu itu sendiri," katanya.

1 comment:

maie1958 said...

haha.baru kau tau?sbb golongan muda menjauhkan diri dgn umno ini lah sbb nya..umno dipenuhi olih dead wood,anak menteri sana sini wp bodoh,kroni.....jika pilihanraya bebas dah lama umno jadi lipatan sejarah...bungkus!!!!!