Tetamu Kehormat...

June 10, 2013

Saat-saat Akhir Hayat UMNO...

UMNO sesungguhnya tidak akan berubah dan tidak mahu berubah sampai bila-bila. Ada baiknya juga kata-kata sesetengah para blogger..yang berpandangan - BN lebih elok kalah dalam PRU ke-13 yang lalu, beri sedikit pengajaran setelah begitu lama hidup dengan selesa dan terlalu sukar untuk berubah. Baca berita di bawah - kalau semua pemimpin tertinggi UMNO dah fikir seperti ini, lebih baik gubal aje perlembagaan baru UMNO yang berbunyi "Semua Penyandang Jawatan Presiden UMNO, Timbalan Presiden UMNO, Naib Presiden UMNO, Ketua Pemuda UMNO, Ketua Wanita UMNO dan Ketua Puteri UMNO dikekalkan sampai MATI!"
 
KOTA BHARU 9 Jun - Pemuda UMNO Kelantan hari ini mencadangkan jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang disandang oleh Khairy Jamaluddin tidak dipertandingkan pada pemilihan parti hujung tahun ini. Pada masa yang sama, Pemuda UMNO negeri juga menyokong penuh cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti tidak dicabar pada pemilihan akan datang bagi membolehkan kedua-dua pemimpin tertinggi itu meneruskan agenda mengukuhkan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian berkata, jawatan Ketua Pemuda UMNO perlu dikekalkan tanpa sebarang pertandingan memandangkan penyandangnya, Khairy telah berjaya membuktikan komitmen beliau sebagai Ketua Pergerakan itu selain telah dilantik menjadi Menteri Belia dan Sukan. Katanya, Pemuda UMNO negeri melihat transformasi yang hendak dilaksanakan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak akan dapat diteruskan oleh Khairy. "Kita juga berharap Presiden dan Timbalan Presiden akan dapat meneruskan perjuangan menjadikan UMNO sebagai wadah perjuangan orang Melayu di samping kita juga mahu terus melihat Pemuda yang dipimpin Khairy akan dapat terus membela orang muda," katanya di sini hari ini. Mengulas lanjut, Anuar berpendapat, ahli-ahli UMNO perlu mempertahankan transformasi politik yang sedang digerakkan oleh Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Katanya, transformasi itu telah berjaya membuahkan hasil apabila sokongan rakyat terhadap UMNO pada PRU-13 menunjukkan peningkatan berbanding pilihan raya sebelumnya. "Dari segi prestasi yang dilihat, UMNO sebelum ini hanya menang 79 kerusi Parlimen tetapi memperoleh 88 kerusi Parlimen dalam PRU-13. "Maka Pemuda UMNO Kelantan turut menyokong supaya jawatan kedua-dua pemimpin itu tidak dipertandingkan bagi meneruskan agenda untuk menguatkan parti," katanya.

2 comments:

maie1958 said...

oh yes,biarkan lembu2 tua dan lembu2 muda syok sendiri...'manusia' tak kan masuk umno!!!

Anak Melayu said...

Takpe lah jadi lembu daripada jadi babi panggang dalam PR...