Tetamu Kehormat...

June 14, 2013

Nazri Aziz di Sebalik Tabir

"Menyentuh mengenai siri demonstrasi pembangkang pula, Mohamed Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan secara sinis berkata, beliau berhajat untuk menjadikan demonstrasi itu sebagai salah satu produk pelancongan jika pelancong mahu melihat demokrasi Malaysia. "Kalau mereka boleh buat selalu demonstrasi ini, saya nak buat sebagai produk pelancongan bagaimana demokrasi di Malaysia berjalan sebab selepas pilihan raya pun masih berlaku demonstrasi dengan perangai ala-ala Orang Utan pemimpin pembangkang," katanya sinis." - Nazri Aziz, Menteri Pelancongan Malaysia. 

Saya sangat bersetuju menjadikan demonstrasi jalanan ala-Orang Utan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan para pengikutnya selama ini sebagai salah satu produk pelancongan untuk menggalakkan masyarakat antarabangsa mengenali kebebasan dan demonstrasi di negara ini yang sebenarnya berada pada tahap yang sangat cemerlang. Cara pemikiran kreatif DS Nazri ini pada perkiraan saya sangat bijak - yakni mempositifkan tindakan demonstrasi jalanan agar menjadi lebih produktif dan menjana pendapatn negara. Idea ini mesti dipandangan secara serius oleh kita semua. Belum pernah rasanya idea ini dilaksanakan oleh mana-mana negara yang sering kali melihat demonstrasi jalanan sebagai ancaman dan bukan peluang menjana pendapatan negara.

Maka, antara cadangan saya adalah seperti berikut :

1. Tunjukkan kepada dunia statistik/jumlah demonstrasi jalanan Pakatan Rakyat yang dilakukan selama ini. Beri penekanan terhadap "bertapa baik dan mulianya kerajaan Malaysia membiarkan mereka berhimpun, berarak dan diberi layanan yang sangat baik" Statistik tersebut haruslah secara perbandingan dan perkembangan sejak 10 tahun kebelakangan ini.

2. Promosikan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi, bebas bersuara, bebas berhimpun dan bebas berdemonstrasi jalanan - para pelancong boleh menonton gelagat dan kerajaan menyediakan tempat khas untuk menyaksikan kebebasan bersuara dan perhimpunan tersebut secara langsung.

3. Demonstrasi jalanan juga mampu menjadi sebahagian kecil industri pelancongan - dengan keadaan orang ramai yang hadir, gerai-gerai makanan, cenderahati dan pakaian boleh dibuka dan dikenakan sedikit yuran tapak. Kerajaan juga boleh terlibat atau mengambil kesempatan dengan menjual T-Shit, topi, payung dan apa-apa sahaja material demonstrasi jalanan mereka bagi tujuan simpanan peribadi pelancong dan kenang-kenangan mereka untuk dibawa pulang ke negara masing-masing.

4. Dianggarkan hampir 1 billion pendapat boleh disumbang kepada negara melalui aktiviti demonstrasi jalanan anjuran Anwar Ibrahim dan Ambiga ini. Pokoknya, kita harus mencari jalan bagaimana aktiviti yang sangat diminati oleh Anwar Ibrahim dan Ambiga ini mampu menambahkan lagi pendapatan negara. Kita percaya ia mampu dilakukan, dengan syarat fikir diluar kotak!

5. Setiap peserta demonstrasi jalanan ala-Anwar Ibrahim dan Ambiga ini diwajibkan mengambil insuran pelindungan daripada pihak agen yang dilantik oleh kerajaan. Ini bertujuan bagi menjamin keselamatan mereka sepanjang mengadakan demonstrasi tersebut. Dengan cara rekod mereka boleh disimpan dengan baik dan mereka juga boleh membuat tuntutan bayaran sekiranya mengalami kecerderaan akibat kekasaran daripada pihak berkuasa. Kepada sesiapa yang tidak mempunyai insuran ini, segala kecerderaan adalah tangungjawab sendiri.

7 comments:

Jemput-jemput said...

Ho ho hoh o hahahahhaha.....ermmmm tul gak ekk.. tak terfikir plak....

So Nazri kena mintak dgn anuar jadual bila demonstrasi akan berlaku dan boleh lah mereka minta permit awal awal sebab kita nak tayang pada dunia yang diMalaysia selain dari ada orang hutan ada juga manusia berperangai beruk...hehheheeh Nuar nuar betapa bodoh dan hina nya kamu dihujung hayat mu

Orang Sebarangan said...

Pelancong kena bayar tiket kalau nak masuk..

Tapi setiap hari rabu ada diskaun.. HaHaHa..

MELAYUJATI said...

Itulah yang dikatakan kerajan kena bertindak songsang bukan ikut laluan sekarang, kerana laluan sekarang ni laluan maut.....berfikir luar kotak, bukan asyik meeting2 je macam selalu dalam meeting macam2 isu dibincangkan lepas meeting apa pun tarak....meeting pulak buat kat hotel2 mewah, semua ditanggung lepas tu balik habuk pun tarak....ingat tu berfikir diluar kotak, korang semuanya pandai semua ada PHD bukan macam kami ni kuli2 je, kalau semuanya masih dengan slogan SYMP ehmmmm semakin berkecamukle masyarakat kita akan datang.

Mohamad Daud said...
This comment has been removed by the author.
jinggo lat said...



aku sokong.Ini sebagai persediaan kita ,iaitu kerajaan 46%,kalau betul-betul kalah masa PRU14 nanti.

ROHAYA M NOOR said...

Boleh juga pamerkan kapada dunia demokrasi dalam Islam.

Bukan setakat demonstrasi malahan keterbukaan Islam Malaysia dalam pemilikkan saham judi, seperti Genting Casino, saham arak.....etc

Portal Berita Perak said...

Lawati portal www.bperak.com untuk mendapatkan pelbagai isu semasa luar dan dalam negeri. Terima kasih. Portal Berita Perak.