Tetamu Kehormat...

June 13, 2013

Jawatan Presiden UMNO : Tengku Razaleigh Mahu Bertanding?

Kita sama sekali tidak boleh menolak kemungkinan ini - Ku Li bakal mencabar Najib - untuk merebut jawatan Presiden UMNO. Sudah kedengaran suara-suara nakal yang mahukan Ku Li bertanding sekali lagi bagi merebut jawatan tertinggi dalam parti terbesar orang Melayu itu. Menurut beberapa ahli UMNO, mereka menyatakan dengan sangat jelas bahawa, "Kami suka Najib sebagai Perdana Menteri, tetapi kami tidak suka beliau menjadi Presiden UMNO." Kenyataan tersebut membawa terlalu banyak maksud denotasi yang saling berkait - sama ada ia sebagai sindiran atau pun sebagai mesej kepada satu bentuk berubahan kepimpinan UMNO yang dikehendaki oleh ahli akar umbi november ini? - Jawatan Presiden UMNO tidak akan membawa apa-apa makna signifikan - tanpa kuasa sebagai Perdana Menteri. Sehingga hari ini - ahli-ahli UMNO bawahan masih menyembunyikan "rasa dan kemahuan" mereka yang sebenar. Jika sebelum ini Saifuddin Abdullah, yang tewas kepada Ketua Pemuda PAS Nasharuddin Tantawi di Parlimen Temerloh, menjadi "mangsa" pertama "Politik Baru" yang beliau sendiri tulis dan perkenalkan - maka, adalah tidak mustahil pada pemilihan UMNO kali ini, DS Najib pula menjadi "mangsa" kepada istilah "Transformasi" yang beliau sendiri canangkan. Hal ini sangat jelas kepada Ku Li - jika benar UMNO berkeinginan terhadap transformasi politik - maka, buktikan terlebih dahulu bahawa demokrasi masih wujud dalam UMNO. 

KUALA LUMPUR, 13 Jun – Tengku Razaleigh Hamzah telah bertemu dengan lebih ramai ahli Parlimen daripada kedua-dua gabungan bertelagah minggu ini dalam usaha untuk dipilih sebagai perdana menteri selepas Parlimen bermula pada 24 Jun, kata sumber. The Malaysian Insider difahamkan, putera raja Kelantan itu telah mengaturkan mesyuarat di rumah a la White Housenya di Langak Golf di sini untuk membincangkan strategi mendapatkan cukup angka dalam Parlimen ke 13 untuk mengambil alih jawatan Datuk Seri Najib Razak. 

Beliau hanya memerlukan 112 undi, termasuk dirinya, jika usul diluluskan bagi 222 anggota Dewan Rakyat memilih perdana menteri. Akan tetapi masih diragui sama ada beliau boleh mendapatkan cukup sokongan untuk menjatuhkan Najib. “Sesetengah ahli Parlimen bersetuju Ku Li adalah satu-satunya boleh menyediakan kepimpinan,” kata sumber yang biasa dengan mesyuarat tersebut kepada The Malaysian Insider merujuk kepada nama samaran putera raja Kelantan itu. “Kita bercakap tentang sokongan dari PAS dan DAP juga,” tambah beliau. PAS dan DAP masing-masing memenangi 21 dan 38 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum 5 Mei yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) hanya mendapat 133 kerusi Parlimen, lebih rendah tujuh berbanding 140 dimenanginya pada Pilihan Raya 2008. 

Sekutu PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR), PKR mendapat 30 kerusi Parlimen dan pemimpinnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai calon gabungan itu bagi jawatan perdana menteri jika mereka menawan Putrajaya. Satu sumber lain mengatakan Tengku Razaleigh dilihat sebagai calon kompromi oleh ahli-ahli Parlimen BN yang tidak menyokong sama ada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Anwar untuk jawatan tertinggi itu. “Pemilihan untuk ahli-ahli Parlimen BN yang tidak gembira mudah. Ku Li atau Muhyiddin akan tetapi memilih TPM bermakna penerusan polisi Mahathir. 

Tiada beza diantara Najib dan Muhyiddin. “Ku Li sebagai PM akan bebas daripada polisi seperti itu,” kata sumber kepada The Malaysian Insider merujuk kepada pesaing ahli Parlimen Gua Musang itu, perdana menteri paling lama berkhidmat, Tun Dr Mahathir Mohamad. Kem Mahathir sudah memberikan tekanan kepada Najib untuk membuang penasihat-penasihatnya yang mana strategi mereka menyebabkan prestasi buruk BN dalam PRU13. Najib masih belum melantik semula setiausaha politiknya yang kalah akan tetapi ahli strategi “bilik perang” kekal bertugas, dengan dua daripada mereka masing-masing dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri. 

Pelantikan Kabinet Najib bulan lepas menyebabkan kemarahan beberapa ahli Parlimen terutamanya dari Sabah dan Sabah yang merasakan mereka layak diberikan jawatan tinggi kerajaan. Difahamkan Najib telah menjanjikan sesetengah daripada mereka jawatan dalam agensi kerajaan beberapa minggu lagi. Akan tetapi beberapa ahli Parlimen BN dari Malaysia Timur yang tidak berpuas hati bertemu dengan Tengku Razaleigh Hamzah Isnin malam bagi membincangkan pilihan masa depan mereka. 

Ahli-ahli Parlimen yang dipilih pada pilihan raya umum 5 Mei berada di sini selama dua hari untuk diterangkan tentang prosedur dan etika Parlimen. BN mendapat 47 daripada 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak, menyumbangkan satu pertiga dari 133 kerusi mereka menangi daripada 222 jumlah kerusi di Parlimen. Walau bagaimanapun, Najib hanya memberikan 20 jawatan menteri dan timbalan menteri kepada ahli Parlimen Malaysia Timur, menyebabkan parti seperti SPDP dari Sarawak hanya mempunyai satu wakil walaupun menang empat kerusi Parlimen. Sebaliknya MIC dari semenanjung Malaysia menyaksikan empat ahli Parlimen mereka mendapat jawatan menteri dan timbalan menteri dalam pentadbiran Najib – yang mempunyai 32 menteri penuh termasuk lapan di Jabatan Perdana Menteri.

2 comments:

kluangman said...

Harapan kosong segelintir puak yg mahu menyaksikan pertandingan di peringkat tertinggi umno.

Ku li bukan seorang pemimpin seperti panglima perang di hadapan di Medan perjuangan, dia lebih nak jadi anak raja yg mahu menyambut kemenangan dari singgahsananya. Dia mengharapkan tuah Dan pangkat datang bergolek.

Antara najib muhyiddin zahid tak banyak beza..pertandingan Dan siapa menang tidak merubah apa-apa, jadi lebih baik tiada pertandingan - kita lebih wajar menjadi pemerhati kpd detik Dan peristiwa empayar umno menyembah bumi.

cozzibay dickson said...

Apa pun alasan dan sebab, hakikatnya najib mesti di cabar sebagai presiden umno. Jika najib tidak dicabar, najib akan beranggapan semua ahli umno dan melayu menyokong tindakan dan perangai beliau. Melalui pertandingan, orang melayu ada peluang utk memberitahu najib apa yg orang melayu mahu, apa kesilapan dan kesalahan najib, apa kelemahan najib, mengapa najib tidak layak lagi menjadi perdana menteri dan sebagainya. Ku Li adalah pejuang umno sebenarnya tetapi beliau tidak diberi peluang utk berada di tengah tengah gelanggang. Tak kan dia nak tersorong sorong hidung!!! Bagitahu saya, jika rais yatim boleh jadi menteri semula, kenapa tidak ku li!!! malahan jika ku li sejak dulu dijadikan semula ketua umno kelantan, mungkin kelantan kini di bawah umno. Apa pun, najib mesti dicabar dan diganti!!!!