Tetamu Kehormat...

June 11, 2013

Hezbollah Parti Syaitan - Yusuf Qardhawi

DOHA 10 Jun - Ulama terkemuka dari Qatar, Sheikh Yusuf al-Qaradawi menyifatkan pergerakan Hezbollah di Lebanon sebagai 'parti Syaitan' yang berusaha 'mencetuskan perbalahan' antara penganut Islam. Beliau yang juga Presiden Persatuan Cendekiawan Islam Antarabangsa turut menyuarakan kekesalan kerana sebelum ini pernah mempertahankan pergerakan itu dan Iran ketika kebanyakan ulama Islam terutamanya di Arab Saudi menyuarakan keraguan berhubung komplot kumpulan tersebut di rantau ini. "Ketika Hezbollah bertempur menentang Israel, saya mempertahankannya dan saya menentang cendekiawan Arab Saudi yang memberi amaran tentang rancangan Hezbollah yang mahu memecah belahkan umat Islam. "Mereka yang berjuang menentang rakyat Syria dan menggelar diri mereka sebagai Hezbollah adalah parti syaitan," katanya dalam satu temu bual dengan al-Arabiya yang disiarkan, semalam. - AGENSI

1 comment:

usin said...

bila hezbollah perang menentang israel, kerja kita senang aje. peluk tubuh dan lihat siapa mati siapa meletup. dua2 kumpulan ini adalah musuh utama umat Islam mazhab sunnah. hezbollah bermazhad syiah difahamkan percaya bahawa membunuh 2 org sunni boleh menjamin ke syurga. wallahua'lam.