Tetamu Kehormat...

May 15, 2013

Usul Tergempar Muktamar PAS November Ini : PAS Keluar daripada PR

SHAH ALAM – Kepimpinan pusat Pas meminta akar umbi yang mahu parti Islam itu keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) boleh usulkan cadangan tersebut pada muktamar yang dijadualkan hujung tahun ini.

Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib berkata, perkara itu boleh dibincangkan secara bersama dan sebarang keputusan bakal ditentukan mengikut suara majoriti ahli parti. Sehubungan itu, Harun menyeru semua ahli akar umbi Pas untuk bersabar sehingga misi

Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) selesai. “Sebaik sahaja pilihan raya berakhir, kita akan menyelesaikan perkara ini. Muktamar akan diadakan selepas pilihanraya umum dan akar umbi boleh menyatakan hasrat mereka kepada kepimpinan parti. Kita akan membuat keputusanitu, tetapi bukan sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas ahli parti itu melahirkan rasa kecewa terhadap kenyataanTimbalan Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez yang menggesa orang bukan Islam tidak mengundi Pas pada pilihan raya umum nanti. Sebelum itu, Harun pada kenyataan medianya berkata, tindakan Norman Fernandez menggesa rakyat menolak Pas hanya akan merugikan pakatanpembangkang khususnya DAP.

Ini kerana, menurut Harun, Pas mempunyai jumlah penyokong terbesar dan kenyataan Norman boleh membuatkan penyokong tersebut berpaling dari DAP. Katanya, Pas akan menyerahkan keputusan kepada DAP untuk memutuskan tindakan terhadap Norman dan tidak akan mendesak beliau meminta maaf.

Sabtu lalu, pemimpin DAP Fernandez mengejutkan ramai pihak apabila tampil menggesa pengundi untuk menolak Pas kerana parti itu bersungguh sungguh untuk melaksanakan hudud jika Pakatan Rakyat menang PRU13. Beliau turut mencadangkan agar pengundi bukan Islam untuk memikirkan sebaiknya sebelum menyerahkan masa depan kepada Pas.

Kenyataan Fernandez itu dipercayai merujuk kepada kenyataan beberapa pemimpin Pas termasuk Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mana memperjuangkan negara Islam dan hudud.

Susulan itu, Setiausaha Pengelola DAP,Anthony Loke berkata, Norman Fernandez bakal dikenakan tindakan tegas oleh parti itu selepas PRU13 kerana didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutanterhadap Pas. Menurutnya, tindakan selepas PRU itu, kerana DAP ingin fokus menghadapi pilihanraya yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Ujar Anthony, kenyataan Norman Fernandez bersifar peribadi dan bukannya mewakili parti DAP.

6 comments:

skodeng said...

dulu saya pangkah PAS. tapi sejak PAS ada pakatan. saya tidak menyokong lagi. tetapi Insyaallah jika PAS keluar dari pakatan.. saya tetap sokong. tapi jika masih kekal bersama anwar dan siang... lain kali aja lah.

harubiru said...

cakap orang bodoh

Che Alhadi Abas said...

Aku rasa bukan serah pada orang bawah buat cadangan... orang bawah ikut jer... kalau orang atas nak bercerai, maka bercerailah, tapi kalau orang atas nak bersama, maka bersamalah ia....Tak payahlah nak bermujamalah... aku pernah dengar cerita (samada sahih atau tidak... waullahu a'lam) bahawa Tuan Ulamak sendiripun tak setuju berpakat dengan DAP dan Keadilan. Ada lebih baik berpakat dengan UMNO sebab tu Tuan Ulamak setuju lantik Mat Said jadi MB Terengganu pada tahun 2008 dulu semasa krisis siapa yang layak jadi MB Trg... tak kan Tuan Ulamak lupa kot.....

minat buku said...

Tak yah nak harap sangat pun ini kan nak heboh2... Bukankah banyak jadi sebelum2 ni pasal Azmin nk masuk BN, kerjasama PAS UMNO dan macam-macam! tak ingat ke apa hasilnya... sebenarnya waktu baca berita (macam tajuk kat atas tulah...sebijik) ramai dah jangka akhirnya akan dispin apa? Ini kerja UMNO.

Penulis atau penyusun blog-blog patut sedar dulu daripada para pembacanya.

PAS keluar daripada PR? lu fikirlah sendiri PC waktu muktamar nanti. Aku dah tahu dah jawabnya. Potong telinga..potong jari manis...

otaklunyai said...

tak habis2 nak buat komen utk memecah-belahkan kumpulan Islam... apa kenalah blog mamat sekor nih... tak da kerja lain... paling tidak sebarkan fitnah... nauzubillah!!!

Othman Ahmad said...

Percaya pada Rukun Islam & Rukun Iman, adalah asas untuk menjadi Muslim/Muslimah. Tak perlu masuk Pas.
Kalau perlu atau wajib, bagaimana pula otang Islam di luar negara? yhus ries