Tetamu Kehormat...

May 3, 2013

Tsunami Memang Benar-benar Akan Berlaku Di Kelantan 5 Mei Ini


Mustahil sekiranya jentera pilihan raya Pas Kelantan tidak mengetahui bahawa tsunami akan melanda Kelantan pada 5 Mei ini berasaskan kepada fakta yang mudah di dilihat, didengar dan dirasakan oleh mereka yang berpancaindera  sensitif dan sempurna.
Kenyataan saya kepada Utusan Malaysia pada 1 Mei “Pas Akan Tumbang di Kelantan” bukanlah  secara rambang atau sentiment, tetapi hasil dari kutipan fakta sepanjang perjalanan darat dari Gua Musang ke Kota Baharu melintasi Besut dan Tok Bali hingga ke sempadan Kelantan Terenganu sambil bercakap dengan sekian banyak pengundi-pengundi Dewan Negeri dan Parlimen di jalanan.
Di samping itu, dalam beberapa hari di Kelantan saya juga berkesempatan meninjau kempen dari rumah ke rumah dan juga majlis-majlis ceramah  di kampong-kampong beberapa daerah mengundi.
Jika tsunami yang melanda seluruh negara pada 2008 di luar jangkaan sama sekali, tetapi tsunami yang akan melanda Pas Kelantan pada 5 Mei ini, ombak dan gelora anginnya dapat didengar dan dirasakan gegarannya dari luahan perasaan terpendam selama lebih 20 tahun.
Saya lebih merasakan ini kerana simbol dacing dimuka saya yang menakutkan pengundi-pengundi pada pilihan raya 2008 tetapi diterima mesra dalam pilihan raya 2013. Orang Kelantan menghampiri saya  dan bukan saya pergi kepada mereka di tempat-tempat awam, di kedai-kedai kopi, restoran, gerai dan sebagainya. Semua mahu menyatakan perkara yang sama “ kami akan  berubah.”
Banyak kereta di mana mana tertampal di belakangnya dengan perkatan warna merah "TUKAR" dari "KEKAL" yang berarti beralih dari Pas ke BN.

Yang mengejutkan saya ialah apabila seorang yang datang menjabat tangan saya di RestoranWau di Kota Bharu memberitahu bahawa dia adalah anak perantau yang pulang untuk mengundi.
Secara berseloroh dengannya “Pengundi perantaulah yang ditakuti oleh BN kerana mereka akan pulang mengundi Pas.”
“Tidak Tan Sri, katanya tegas," kali ini perantau pulang untuk memberikan undi pada BN, kerana Tok Guru dah mengarut dan merapu.” Tentunya saya gembira di samping terkejut mendengar kenyataan yang tidak saya sangka  ini.
Apabila saya hendak keluar dari restoran ini, seorang yang tidak saya kenali mengangkat tangan kepada saya dan saya terus pergi menemuinya dan tanpa saya bertanya dia juga menyatakan sesuatu yang lucu dan sinis mengenai pilihan raya menyebabkan saya ketawa: “Karpal Singh Rebah, Azizan rebah, Nik Aziz rebah dan kerajaan Pas Kelantan rebah kali ini,” katanya sambil menambah mood pengundi tidak sama lagi. “ Mood sekarang seperti mood 2004.”
Sesungguhnya suasana di Kelantan sekarang luar biasa. Tidak sahaja kebiruan bendera dan pemidang BN menceriakan sepanjang jalan di seluruh Kelantan dibandingkan dengan kehijauan symbol  Pas yang menggerunkan tetapi suara-suara yang didengar juga memberikan harapan yang besar kepada BN.
Cerita-cerita dari UMNO  yang dulunya dianggap sebagai fitnah, bohong dan sebagainya oleh orang Kelantan dan khususnya penyokong Pas tetapi sekarang menjadi cerita yang sambung menyambung dari satu tempat ke satu tempat, malah cerita yang sama  tentang kerajaan Pas Kelantan menipu rakyat tersebar sampai di Terengganu.
Apa juga yang canangkan oleh UMNO dan BN sekarang sama ada secara bisek atau terbuka diterima dengan baik dan hangat diperkatakan oleh rakyat Kelantan. Inilah yang dikatakan tiupan kencang angin perubahan.
Cerita yang sedang heboh ialah semua ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Pas )mempunyai harta bernilai  berjuta juta ringgitt walaupun mereka cuba menyembunyikannya dengan berpakaian seperti orang  miskin, tinggal di rumah kecil dan bermotocar jenis murah.
 Yang paling  heboh ialah cerita  tentang Husam Musa sebagai Taukeh Dinar Emas (dia bertanding di Putrajaya), kegagalannya dalam projek kambing Jamnapari yang menyebabkan kerugian berjuta  ringgit dan cerita wakil-wakil rakyat dari luar Kelantan tidak melawat kawasan dan menyebabkan mereka di halau keluar dari Kelantan.
Saya telah berjalan sebagai seorang wartawan dan bukan sebagai mantan menteri dari Gua Musang hingga ke sempadan Kelantan dan Terengganu, dari Bandar hingga ke pendalaman ,melihat ceramah Pas yang sepi dan BN yang meriah.
Saya kira adalah mustahil jika seluruh pemimpin-pemimpin Pas di Kelantan tidak mendengar, melihat dan merasakan denyut nadi rakyat Kelantan dan tidak nampak ombak bergulong datang
Jika 2004 menyaksikan Pas membentuk kerajaan dengan kelebihan kerusi yang tipis sekali maka 2013 akan menyaksikkan terbentuknya kerajaan BN di Kelantan atas kemenangan yang bukan sahaja mengejutkan Pas malah akan menggemparkan  BN sendiri.
Tunggulah 5 Mei untuk menafikan ramalan yang optimistik ini. (Sumber Zamkata).

9 comments:

Fiqa Nsz said...

InsyaAllah. :)

FAHRUGHAZI said...

Assalamualaikum,
Walaupun saya belum berkesempatan pulang ke negeri tercinta, Kelantan dalam keadaan panas PRU13 ini, saya sempat berbicara dengan kawan-kawan yang berada di kampung dan yang sama-sama merantau di Kuala Lumpur.
Kali ini anak-anak Kelantan diperantauan kebanyakannya akan pulang ke Kelantan untuk menyokong BN. Juga ramai "die-hard" Red Warriors merupakan penyokong-penyokong Datuk Anuar Musa.
Barisan calon-calon BN juga kebanyakannya adalah muka-muka baru yang mana mereka tidak lagi membawa stigma negatif UMNO/BN yang kurang digemari oleh rakyat/penggundi. Tetapi PAS masih mengekal ramai orang lama yang mana sudah banyak melukai hati rakyat dari apa yang mereka telah lakukan (atau tidak melakukan) selama lebih 20 tahun.
Contoh di Machang semua muka baru (parlimen dan negeri) bagi BN tetapi muka-muka lama PAS di DUN Pulai Condong dan Temngan. Sama juga di Pasir Puteh.
Kalau dikaji dari segi statistik, kemenangan/kekalahan pada mana-mana pihak sangat sedikit bilangan undinya. Rata-rata di peringkat DUN perbezaan hanya diantara 100 ke 200 undi. Ada yang kurang.
Dengan perbezaan yang sangat tipis ini, pergerakan pengundi kepada mana-mana pihak, walaupun sedikit boleh menukar keputusan nanti. Di kelantan, bukan penyokong tegar yang menentukan siapa akan menang, tetapi undi dari penggundi atas pakar dan penggundi-penggundi muda.
Wallahualam

kluangman said...

Pas atau umno di kedah Dan kelantan bukan isu bear sangat.

Kit a lebih bimbang putrajaya

awan said...

lawak ke ni hahahaha lucu sgt..BN nk sangat Kelantan sebab royalty la tu..aku jamin KALAU la BN menang otomatik Kelantan dapat royalty..lagi gemuk la pemimpin BN kt Kelantan tu..tapi aku yakin Kelantan akan kekal silap aribulan gua musang n jeli pun kena sapu

usin said...

AWAN - angan2 tinggi macam awan. sekali disapu angin, turunlah awan sebagai hujan dan...tiadalah lagi awan. awan larat pas selama lebih 20 tahun akan disapu angin oleh rakyat kelantan dan....TUMPASLAH SEBUAH PEMERINTAHAN SEORANG TOK GURU RETORIK YANG HANYA BERSUMBERKAN AIR LIUR UNTUK MENGABURI MATA RAKYAT. DAH LEBIH 20 TAHUN RAKYAT KELANTAN DITIPU, TIDAK UNTUK KALI INI...

Charts Donlie said...

DAP hanya bertanding di 51 kerusi Parlimen. Apa muslihat DAP??

http://cartakebenaran.blogspot.com/2013/05/mesti-baca-apa-muslihat-dap.html

Wan Kamarul Ariffin Wan Ahmad said...

Umno kena tsunami kat kelantan...kahkahkahkahkah

zin bramboi said...

berpacaindera sensitive dan sempurna konon..apa mcm kalah!!!

Rakyat Pakatan said...

Apa yang terjadi di Kelantan pada PRU13 ni mengingatkan kita tentang tsunami yang berlaku di Acheh! Walaupun teruk dilanda Tsunami namun Masjidnya tidak terjejas dengan kehendak Ilahi!! Walau seberat mana fitnah yang dihamburkan kepada TG Nik Aziz, namun Allah jua yang memenangkan dia!!! Lebih manis, selepas menang dia menyerahkan tugas MB kepada sahabatnya yang difikirkan layak memikul tanggung-jawab besar ini!!!! Subhanallah, Walhamdullillah, Allah Hu Akhbar!!!!!