Tetamu Kehormat...

May 10, 2013

Tahniah Annuar Musa dan Khairy Jamaluddin!

Benarkah "khabar angin ini?" - Veteran Umno Kelantan yang populis, Tan Sri Annuar Musa yang menang kerusi Parlimen Ketereh menewaskan calon PKR, Abdul Aziz Abd Kadir dengan majoriti 974 undi difahamkan bakal dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan menggantikan Ahmad Shabery Cheek. Manakala Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang menang besar di Parlimen Rembau bakal dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan menggantikan Dato' Razali Ibrahim yang akan naik pangkat menjadi menteri penuh. Jika khabar angin ini benar - kita berdoa semoga gandingan Annuar Musa dan KJ mampu mengubah lanskap bola sepak tanah air yang semakin malap. Wallahualam.

5 comments:

Zamri Mokhtar said...

KJ tak patut duduk sebagai timbalan belia dan sukan. umno masih dgn mentaliti lama. nk letak org muda kat belia dan suka ja bila mana PR Penang boleh letak pemuda umur 28 jadi exco negeri. pendapat peribadi. KJ sesuai jadi Menteri Penerangan bedasarkan kecekapan berliau berhujah.

cikabok king said...

Sokong KJ jd menteri belia dan sukan..ada kreabiliti..

melayu ini said...

setuju dgn zamri mokhtar...
KJ patut dinilai dr segi latarbelakang pendidikan dan kebolehannya

http://mulutmelayu-realiti.blogspot.com/ said...

Khairy Jamaludin should be made full minister by Najib.

Anwar takut dan segan kepada Khairy

cahaya pelangi said...

meleleh air liur anwar dan azmin...