Tetamu Kehormat...

May 20, 2013

Serangan Pertama Sudah Bermula!

Aktivis mahasiswa propembangkang, Adam Adli Abd. Halim ditahan reman selama lima hari mulai hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh yang mengesahkan perkara itu memberitahu, bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu ditahan reman sehingga Khamis ini dan perintah tahanan reman itu dikeluarkan seorang majistret di Balai Polis Jinjang, tengah hari ini. Adam Adli ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya yang menghasut orang ramai menggulingkan kerajaan menerusi demonstrasi jalanan yang dibuatnya baru-baru ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia. 

Akhbar hari ini melaporkan, aktivis propembangkang itu ditangkap tidak jauh dari pejabat portal propembangkang, Malaysiakini di Jalan Bangsar kira-kira pukul 3.15 petang semalam sebelum dibawa ke Balap Polis Jinjang. Dia ditahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 selepas berucap mengajak orang ramai turun berdemonstrasi jalanan sebagai protes menentang keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dalam program anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM). Dalam ucapan ringkas itu, Adam Adli didakwa mengajak semua pihak mengadakan demonstrasi jalanan kerana mendakwa PRU-13 baru-baru ini tidak sah kerana telah berlaku penipuan. Kalau ada polis, SB (cawangan khas), ejen UMNO, ejen Barisan Nasional di sini, nama saya Adam Adli Abd. Halim... ambil butiran saya, buat laporan polis kerana hari ini saya mahu mengajak semua rakyat, kita susun dan kita akan turun ke jalan raya untuk merampas balik kuasa. Kita tidak banyak masa lagi, kita akan turun ke jalan raya sebab dalam dunia ketiga seperti negara Malaysia ini, pilihan raya tidak akan menumbangkan kerajaan, yang boleh hanyalah kuasa rakyat. Ini sahaja peluang kita ada," katanya dalam ucapan seperti tersiar dalam Youtube. Mengulas lanjut, Mohmad mengesahkan, kenyataan berbaur menghasut itu dilakukan Adam Adli di Dewan Perhimpunan Cina di sini pada Isnin lalu.

5 comments:

awang hitam said...

Ku sangka di palestin...rupa nya di mesia(negara paling demokrasi dalam dunia)

AnNisbah said...

Kemaruk nak jadi hero tak bertempat. Budak cacat akal dan hidup dalam dunia negatif. Yang putih nampak hitam yg hitam nampak putih.

Aku sarankan supaya dia dihantar ke hospital tg rambutan kalau tak pulih hantar ke israel jadi pengebom berani mati.

langau said...

aku rasa ada baiknya budak ni dibawa berjumpa cium tangan dgn otai2 reformasi dahulu sebelum dia hanyut lebih jauh.

~ Cik Azz ~ said...

Kesian budak ni.. Tak tau la samada dia sedar atau tidak apa yang dia buat...

Entah apa la ganjaran yang dijanjikan kat dia agaknya ya, sampai sanggup diperlakukan seperti ini..

zakariya afifah said...

Budak ni nak cari glamour je.mgkn kurang kasih sayang agaknya.nak jd hero konon x sedar diri jd pengkhianat bangsa melayu