Tetamu Kehormat...

May 14, 2013

Revolusi Hitam di Malaysia dan Kemunculan Negara China ke-3 (Siri Rencana "Buka Mata")

Pada permukaan jelas nampak hubungan diplomatik Malaysia dengan Republik Rakyat Cina  tetapi sebenarnya di bidang hubungan rakyat dengan rakyat adalah lebih rapat antara Malaysia Taiwan negara Cina kedua  yang tidak dikhtiraf oleh dunia atau  Bangsa Bangsa Bersatu 

Persahabatan ini terjalin  dibidang perniagaan dan juga pelajaran dengan  ramainya pelajar pelajar Malaysia keturunan Cina sedang belajar di univiersiti -universiti di Taiwan.

Walaupun dulunya Malaysia mempunyai dasar anti komunis tetapi  tetap berhati hati dalam hubungan dengan Taiwan kerana ramai anasir- anasir Cheang Kai Sik  di Malaya yang sejak sebelum merdeka  mengangkat bendera negara itu dan masih mempunyai pertalian perasaan dengannya.

Setelah  Malaysia mengikhtiraf Negara Republik Rakyat Cina(RRC), pejabat council Taiwan di Jalan Ampang telah ditutup.

Hubungan di bidang perniagaan dan lain lain antara kedua negara tidak bagitu ditunjulkan malah lawatan ke Taiwan tidak bagitu digalakan oleh kerajaan kerana tidak mahu menyinggung perasaan RRC terutama sekali di era Tun Abdul Razak yang merintis hubungan deplomatik  dengan RRC dibawah dasar luar  yang bebas dan dinamik.

Sebagai Pengarang Berita Kumpulan Utusan Melayu dalam tahun 70 an, saya sering diingatkan oleh Ketua Pengarang saya agar tidak memberikan tempat kepada berita berita lawatan rakyat Malaysia atau pegawai pegawai Malaysia ke Taiwan.

Kebanyakannya  berlaku secara sulit tetapi pegawai pegawai Taiwan secara agresif mendekati media Malaysia terutamanya akhbar akhbar untuk mempromosikan hubungan dengan Malaysia malah untuk mempengaruhi Malaysia mengikhtiraf Taiwan.

Usaha ini untuk merapatkan lagi hubungan antara rakyat dengan rakyat terus  berlaku hingga   sekarang malah  dengan  lebih  bebas di kalangan akhbar akhbar Cina tanpa diberikan perhatian oleh kerajaan Malaysia yang percaya penuh kepada globalisasi tanpa batasan.

Sekalipun sekarang dunia hanya menikhtiraf satu Cina tetapi kepada Amerika Syarikat tetap ada dua Cina. Iaitu Republik Rakyat Cina dan Taiwan. AS memerlukan Taiwan sebagai clandestine nya (rakan gelap atau rakan tersembunyi) untuk mengimbangi kemaraan RRC sebagi kuasa baru dunia di bidang ekonomi dan ketenteraan.

Usaha usaha  Taiwan untuk  menubuhkan Negara Cina Ketiga diatas kekayaan  dan penyatuan orang Cina di seberang laut atau  di mana sahaja mereka berada sedang berjalan dengan giat terutama di Malaysia tanpa mendapat pemantauan sewajarnya daripada  kerajaan.

Semakin ramai pelajar pelajar Malaysia yang mendapat tempat dengan mudah di Universiti Universiti di Taiwan dan diberikan  berbagai kemudahan istemewa kerana mereka  adalah menjadi kader(Cadre)  politik kepada gerakan kebangkitan Cina Ke Tiga  di seberang laut.

Sebahagian besar dari mereka adalah cadre dari sebuah parti politik Cina di Malaysia.Taiwan yang mempunyai banyak  pengalaman  kecekapan dan kelicinan dalam bidang komunikasi dan perang saraf untuk memerangi Cina Komunis boleh dianggap sebagai negara yang  mempunyai kepakaran canggih dan hebat di bidang ini.

Saya sendiri pernah menjadi tetamu kerajaan Taiwan dalam masa perang dingin dan dapat menyaksikan kecekapan dan keupayaan mereka dibidang ini dengan penampilan pakar pakar komunikasi yang  meyakinkan dan mengkagumkan.

Republik Rakyat Cina tetap terus mencemburi Taiwan sebagai American's Clandestine (rakan gelap)  dan Kerajaan Singapura juga mengawasi kegiatan anasir ini  kerana Singapura tidak mahu generasi barunya kembali  kecinaan setelah kejayaan  dasar Singaporean Singapore yang dilaksanakan dengan tegas dan keras oleh Lee Kuan Yew.

Amerika memerlukan Taiwan dan juga ASEAN  sebagai strategic  Partner  bagi menghadapi  sebarang kemungkinan bahaya dari  kuasa dunia baru yang akan menandinginya.

Dalam  pergolakan politik Malaysia, nama Taiwan tidak pernah muncul sebagai penyumbang kewangan terbesar kepada parti -parti politik Malaysia sebaliknya yang selalu ditunjulkan ialah Yahudi dan Amerika Syarikat. Anwar Ibrahim dan DAP juga tidak pernah dikaitkan dengan Taiwan.

Pekara ini tidak pernah dibangkitkan walaupun  dari masa kemasa Malaysia di landa oleh tiupan semangat patriotik Cina  dari Taiwan.

Sebenarnya Taiwan adalah negara yang lebih merbahaya kepada Malaysia  dari Republik Rakyat Cina malah Taiwan juga merbahaya kepada Singapura sendiri. Singapura  yang memerlukan  kestabilan politik Malaysia  tidak  akan membiarkan  rakyatnya  disusupi semula oleh semangat Cina dari  Taiwan atau Republik Rakyat Cina. 

Lee Kuan Yew telah menghancurkan chauvinisme Cina dengan menutup sekolah -sekolah Cina dan Universiti Cina di Singapore  dari awal pemerintahannya.

Penyusupan anasir -anasir politik Taiwan ke Malaysia yang pada mulanya tidak bagitu jelas tetapi tertunjul sebagai pangkalannya apabila terlihat oleh mereka masa yang sesuai telah tiba untuk menjadi lebih berani dan lebih terbuka.

Penonjulan yang pertama ialah seorang kelulusan Ming Chuan Universiti Taiwan, Wee Meng Chee yang lebih popular dengan nama  Namewee yang dengan berani merapkan lagu Negaraku dengan lirik yang menghina negara, pasukan polis,Melayu dan Azan tetapi telah diberikan kemaafan oleh kerajaan Malasyia malah menjadi tetamu khas kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz .

Dan yang kedua dan terkini  ialah pelajar -pelajar Malaysia di Taiwan yang menterbalikan bendera Malaysia dan kemudian meminta  maaf dengan alasan  melakukanya  atas dasar demokrasi.Apa yang berlaku ialah lurus jarum,lurus telunjuk.

Kesan kemaafan yang diberikan kepada Namewee itu membibitkan keberanian yang lebih besar yang menyusup,menerap dan akhirnya mendorongkan kebangkitan revolusi hitam  dijalanan yang sedang berlaku sekarang ini.

Pelajar -pelajar Malaysia di Taiwan berpakaian hitam, penyokong politik pembangkang diketuai Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim juga berpakain hitam dan di Singapura juga mereka berpakaian hitam.Bagaimakah adanya rangkaian hitam dan persamaan antara Taiwan dengan Malaysia? Siapakah yang membiayai pakaian hitam untuk ribuan penyokong penyokong Pakatan Rakyat yang kebanyakannya terdiri dari orang Cina untuk menidakan dan memburukan demokrasi Malaysia.? 

Ini adalah revolusi hitam untuk menghitamkan nama Malaysia. Nazri mungkin merasakan sebagai kemenangan politiknya bila membawa Nemewee dengan berpakaian biadap ke Parlimen tetapi sejak itu satu demi satu perasaan hormat kepada kepimpinan Melayu, kepada perlembagaan dan kedaulatan negara semakin terhakis.

Syabas Nazri yang memberi maaf dan Hishamuddin Hussein yang meminta maaf setelah menjulang keris. Apakah tidak terfikir oleh kepimpinan Malaysia ada parti politik yang telah menjadikan Taiwan sebagai pusat latihan pengkaderan bagi melancarkan revolusi hitam dan menjatuhkan kerajaan Melayu di Malaysia dan menjadikan Malaysia sebahagian dari Negara Cina ke Tiga. Dalam hal ini pastinya Republik Rakyat Cina dan Singapura adalah rakan setia kita. (Sumber : Zamkata.)

1 comment:

LKTP1436 said...

Salam sdr Azli,buat apalah di kitar semula tulisan Zainudiin Maidin ni, bukannya ada mutu pun, alasanya konon jatuhnya MCA maka jatuhlah kerajaan Melayu dan perlu di tangisi adalah satu pandangan dangkal.

Memang benar selama ini MCA dan MIC bersekongkol dng Umno menyebabkan gabungan ini berjaya memerintah dng agak lama tetapi setelah PKR, PAS dan DAP juga sudah pandai bergabung maka monopoli UMNO, MCA dan MIC bakal berakhir tidak lama lagi.

Oleh kerana gabungan baru ini berjaya menggugat BN maka timbullah tuduhan kononnya " Revolusi Hitam Pulak " yg mahu menumbangkan kerajaan org Melayu.

Sedarkah pihak yg menuduh bahawa hakikat setiap kerusi yg di tawan oleh DAP itu asalnya kerusi MCA dan MIC kecuali di Gelang Patah sahaja, jadi kenapa bermuram durja sangat, di kawasan lain yg Umno kalah adalah di gantikan oleh Melayu Pas atau PKR, jadi apa masaalahnya.....janganlah nak perbodohkan org Melayu dng menakutkan mereka konon Melayu sudah habis, sdgkan yg habis melayu Umno tetapi masih ada Melayu Pas dan PKR.