Tetamu Kehormat...

May 10, 2013

Rahsia dalam Rahsia : Disebalik Tadbir Pengorbanan Azmin Ali

PKR Selangor telah menang bergaya pada PRU13 yang baru berlangsung. Tetapi parti sekarang terpaksa menghadapi kemelut perlantikan jawatan Menteri Besar. Jawatan Menteri Besar Selangor yang menjadi hak mutlak PKR telah dijanjikan kepada Azmin Ali oleh Ketua Umum PKR sebelum PRU13. Malangnya, hasil campurtangan PAS dan DAP dan mainan politik kotor anak-beranak, Azmin Ali telah dinafikan peluang untuk menjadi MB.

Sejak Parti KeAdilan Nasional ditubuhkan pada tahun 1999 hingga ke hari ini, Azmin Ali telah membelanjakan berpuluh-puluh juta wang peribadi beliau untuk menampung kegiatan-kegiatan parti. Pernah pada tahun 2010, proses pemilihan parti di Sabah terhenti kerana masalah kewangan. Apabila Azmin dimaklumkan mengenai hal ini, tanpa banyak bicara Azmin telah mengeluarkan wang dari poket sendiri sebagai sumbangannya kepada Jawatankuasa Pemilihan dan PKR untuk menjayakan proses pemilihan parti.

Bukankah ini masa keemasan untuk memberi peluang kepada Azmin Ali mendapat kembali segala wang yang telah dikorbankan kepada parti? PKR perlukan sumber kewangan yang kukuh untuk menentang Umno, sebuah parti politik yang kaya-raya. Walaupun PKR telah menguasai Selangor, negeri yang terkaya di Malaysia, Menteri Besar yang lampau tidak berupaya mengumpul dana yang mencukupi untuk parti

Hanya Azmin Ali yang licik dan pandai dalam pengurusan kewangan dapat mengolah hasil negeri Selangor untuk dijadikan sumber dana parti. Menteri Besar yang lampau juga telah gagal menggunakan sepenuhnya aset negeri Selangor untuk kepentingan parti. Prasarana negeri seperti stadium dan dewan telah tidak digunakan pada tahap maksima untuk kegiatan parti

Jika Parti Komunis China di bawah pimpinan Mao Tse Tung pada tahun 1935 memerlukan wilayah Shaanxi untuk mara ke Beijing, PKR di bawah pimpinan Azmin Ali hari ini memerlukan negeri Selangor untuk menawan Putrajaya. (Sumber klik sini).

2 comments:

cahaya pelangi said...

PENAT TENGOK ORG2 YG KERAKUSAN KUASA...

Longchepoh said...

Sejarah sentiasa berulang....berulang..berulang dengan pelaku dan masa yang berlainan. Ingat tentang peperangan dalam sejarah Islam bila kaum muslimin tewas kerana tak sabar nak berebut harta? Sekadar untuk renungan bersama.