Tetamu Kehormat...

May 14, 2013

Pendedahan Berani Saifuddin!

"Walaupun sukar untuk dibuktikan, tentu ada sebab kenapa saya sepatutnya kalah 3,000 undi berbanding undi di saluran seperti Dun Lanchang, menang 1,000 undi; Dun Semantan kalah 2,300 undi, Dun Mentakab kalah 1,500 undi. Jadi kalau dicampur tolak, saya sepatutnya kalah 3,000 undi tapi hakikatnya saya kalah 1,000 jadi dari mana datang 2,000 undi itu!" (Wawancara Khas bersama Saifuddin Abdullah)

Nota : Maksud sebenar istilah pengundi hantu yang dijelaskan oleh SPR adalah - Para pengundi berdaftar yang tidak tinggal di tempat mereka membuang undi. Mereka masih lagi tidak menukar alamat tempat baharu mereka menetap atau di tempat mereka bekerja, sebaliknya mereka masih menggunakan pendaftaran alamat ibu bapa di kampung halaman.  Maka, mereka inilah diistilahkan sebagai pengundi hantu. Balik kampung hanya semata-mata untuk mengundi - hakikatnya mereka tidak lagi menetap di kampung, tetapi tetap berdegil mahu mengundi di kampung. Inilah pengundi hantu yang sebenar-benarnya. Tepuk dada tanya iman..adakah anda juga salah seorang pengundi hantu? Jangan takut mengaku...


3 comments:

Unknown said...

Di sebuah surau terdengar sekumpulan jemaah berbual. Seorang darinya menuduh SPR tak telus dan ada pengundi hantu. Dia kata kalau tak percaya tanya si polan ni, lalu menepuk bahu orang di sebelahnya.

Lantas si polan tu tersenyum memcebik bibir "aku taula sebab aku kerja SPR dulu."

Aku yang duduk agak jauh bersuara, "sebenarnya kalau nak tau tanyalah pada Pengerusi SPR sendiri. Bukankah dia dah jelaskan pada media. Kalau bekas pekerja, tanya orang yang pernah kerja dengan Kementerian Peneranganpun kalau dia dah sokong PAS dia akan kutuk habis-habisan dan perkara yangn tak adapun dia akan kata ada. Contohnya bekas Menteri Penerangan Kadir Syeikh Fadzir, dulu masa jadi Menteri semua OK tapi bila berhenti kutuk kerajaan tak cukup ayat dah. Aku tau la sebab pernah kerja dengan Kementerian Penerangan!! Dan masing-masing diam lalu ubah tajuk lain.

Cameron said...

Soalan YB Dato Saifuddin, mana datangnya 2,000 undi? Sepatutnya beliau kalah 3,000 undi tapi keputusan oleh SPR ialah kalah 1,070 undi.
Bukan sebab pengundi hantu. Bukan juga sebab pengundi Bangla. Bukan sebab undi 'ikut pintu belakang'. Bukan pasal 'blackout'. Bukan pasal SPR silap kira.

Sebabnya ialah : Kalah majoriti 3 DUN iaitu Mentakab, Lancang dan Kuala Semantan 3,032 undi. YB Dato Saifuddin lupa beliau menang Undi Pos 426 undi dan menang Undi Awal 1536 = 1962 undi.

Oleh itu, kalah dengan majoriti 3,032 - 1,962 = 1,070 undi.

Cameron said...

Saya silap pemahaman maksud YB Dato Saifuddin. Saya difahamkan, maksud sebenar YB Dato Saifudfin ialah, undi yg diperolehi oleh ketiga2 calon BN bagi DUN ialah kurang 3,000 undi berbanding undi ketiga2 calon PR, tp beliau cuma kalah 1,070 di peringkat Parlimen. Oleh itu, beza 2,000 undi adalah pengundi yg memilih BN utk Parlimen tp memilih PR untuk DUN.