Tetamu Kehormat...

May 9, 2013

Parasit Jadi MB Selangor!

Saya menjangkakan akan berlaku sedikit pergolakan dalam memilih siapakah yang paling layak menjadi MB Selangor. Walaupun PAS, secara rasmi telah menolak wakil mereka daripada dicalonkan menjadi MB Selangor, namun demikian sekiranya Sultan Selangor campur tangan - keputusan mungkin menjadi sebaliknya. Sudah tiba giliran PAS pula diberi peluang bagi menerajui kerajaan Selangor, bukan kerana kelebihan kerusi semata-mata - tetapi jika benar atas prinsip setiakawan dalam PR, maka PAS harus diberi kesempatan untuk membuktikan keupayaan dan kemampuan mereka mentadbir sebuah negeri termaju di Malaysia dengan akhlak dan falsafah Islam yang sebenar. 

PAS selama 23 tahun sudah membuktikan bahawa mereka mampu mentadbir sebuah negeri termiskin bernama Kelantan dan PAS tidak pernah hilang sokongan di negeri tersebut - dan kini sudah tiba masanya PAS diberi kepercayaan bagi menerajui negeri termaju - Selangor dan membuktikan bahawa Islam for All (Islam itu untuk Semua), seperti mana slogan yang mereka laung-laungkan selama ini. Jika PAS benar-benar yakin dengan slogan tersebut, maka segeralah mentadbir Selangor dan buktikan Islam itu memimpin dan bukan dipimpin. Takbirrrr...Allahuakhbar!! Jika selama ini polisi pentadbiran Selangor lebih condong kepada pembangunan material yang banyak  menguntungkan masyarakat bukan Islam. Maka kali ini polisi yang lebih condong kepada pembangunan rohani cara Islam pula harus diberi penekanan.

Oleh itu, PAS jangan jadi pengecut dan pak turut. Sudah dapat kuasa yang Allah beri...maka segera laksanakan Islam. Ingat Azmin Ali totally tidak layal menjadi MB Selangor, alasannya mudah - masalah moral dan terlalu kuat dipengaruhi Anwar Ibrahim. Khalid Ibrahim juga tidak layak kerana terbukti gagal menguruskan masalah asas negeri Selangor. Kita memerlukan MB yang mengutamakan rakyat - sekali pun terpaksa bekerjasama dengan kerajaan Pusat.

SHAH ALAM - Kejayaan Pas menambah penguasaan kerusi dewan undangan negeri (DUN) Selangor daripada lapan kepada 15 pada pilihan raya umum ke-13 semalam, membuktikan peningkatan pengaruh mereka di negeri itu berbanding dua sekutunya.
 
Perkembangan itu juga membuka peluang kepada Pas untuk mengetuai kerajaan negeri Selangor yang pada penggal lalu diteraju PKR. Berbanding Pas, PKR kali ini hanya menambah satu kerusi kepada 14, sementara DAP pula menang 15 berbanding 13 kerusi pada 2008. Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata pakatan DAP-PKR-Pas di Selangor harus memberi peluang kepada Pas meneraju kerajaan negeri itu kali ini.
 
"PKR dah ada peluang lima tahun lepas, bagilah peluang kepada Pas. PKR kena berjiwa besar," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini. Hasan yang pernah menjadi Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Selangor sebelum dipecat daripada PAS pada Januari 2012, turut menggesa pakatan itu berpegang kepada semangat setiakawan.

Beliau merujuk kepada desas-desus jawatan menteri besar itu diintai oleh Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Hasan turut menyenaraikan nama-nama anggota dewan undangan negeri (Adun) Pas yang layak mengisi jawatan itu, antaranya Adun Sabak, Sallehen Mukhyi; Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Melayu, Belia dan Sukan.
 
Sallehen, 46, ialah pendakwah bebas dan juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas Selangor manakala Mohd Khairuddin, 42, merupakan Setiausaha Perhubungan Pas Selangor, dan Dr Ahmad Yunus, 48, ialah Yang Dipertua Pas Kuala Langat. Abdul Khalid pada sidang akhbar di sini hari ini memberitahu calon Menteri Besar Selangor akan ditentukan oleh pucuk pimpinan pakatan dalam masa seminggu ini.
 
"Soal pentingnya bakal calon MB (menteri besar) mesti diterima dan diperkenan Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah)," katanya. - Bernama

5 comments:

amnitpg said...

Kita tidak perlu ambil tahu siapa bakal MB Selangor atau kepala siapa yang kena tekan bagi saya kita jangan lupa kes kes mahkamah yang difailkan oleh ibu tunggal dll terhadap kerajaan selangor yang masih belum diputuskan.

Abd Rani Bin Hashim said...

Jangan masuk kejerat UMNO yang sentiasa mencari peluang memporak perandakan Selangor. Bagi TAN SRI KHALID IBRAHIM terus menerajui Selangor. Beliau terbukti menjalankan amanah yang di berikan. Persetankan UMNO yang gagal merampas Selangor dan berterusan meracun fikiran rakyat

Rakyat Pakatan said...

Bila pula ye nak tubuhkan badan pendesak suruh DS Najib letak jawatan sebab UMNO kalah teruk di Selangor dan pencapaian lebih buruk dari Pak Lah? Duit habis berbilion tapi tak Nampak hasil!! Dulu TS Muhyiddin sibuk desak Pak Lah letak jawatan tapi setelah dia dapat jawatan TPM pun dia tak mampu tolong DS Najib tingkatkan prestasi!!! Camni, mari kita desak kedua-duanya letak jawatan!!!! Tentang Selanggor memang PAS dapat undi lebih 1 dari PKR tapi kalau di campurkan undi PKR dan DAP kan jadi majority yang layak menaikkan semula TS Khalid sebagai MB!!!!! lagi pun kan dibawah pentadbiran TS Khalid terbukti mendapat majority besar sokongan rakyat Selangor sehingga PR dapat undi yang hebat berbanding prestasi DS Najib yang sangat merosot berbanding Pak Lah!!!!!! So, Silalah turun DS Najib sebelum kamu diturunkan dalam Mesyuarat Agung UMNO nanti!!!!!!!

Anira Sin said...

Anwar aljuburi meroyan tak dapat jadi PM hahahaha... gi la ko melalak dgn pencacai ko yang bangang tu siang malam mampus sampai mampus tak jadi PM hahaha..gi la main bontot dulu baru dapat ilham nuar hahaha.. padan muka nuar..gi bersara jadi cikgu ajar cara2 nak liwat hahaha..

theprofessor said...

Adun Pas patut dilantik MB Selangor supaya masalah air segera diatasi dan segala janji dapat ditunaikan. Cuma Adun Pas jer yang nampak Islam sket di kalangan puak Pakatan tu. Yang lain tu cam kureng jer.