Tetamu Kehormat...

May 8, 2013

Mereka Patut Rasa Malu...

Najib Tun Razak mendakwa pencapaian teruk BN dalam Pilihanraya kali ini disebabkan oleh Tsunami Orang Cina, dengan kata lain Najib lebih senang menyalahkan orang Cina kerana mengundi DAP. Anwar Ibrahim pula menyalahkan SPR - kononnya menipu dan menghalangnya daripada menjadi Perdana Menteri. tetapi...siapakah sebenarnya yang untung? DAP atau masyarakat Cina? MCA memberitahu DAP - PR akan hilang sokongan orang Cina, jika Hudud dan negara Islam masih menjadi dasar PAS, maka DAP memberitahu PAS, kalau mahu sokongan orang Cina, Hudud dan negara Islam mesti digugurkan - Maka PAS setuju! Kemudian DAP memberitahu MCA, Orang Cina akan menyokong BN jika Najib menyalurkan banyak bantuan kepada mereka. Maka, MCA berbisik kepada UMNO, bantulah sekolah-sekolah Cina, perniagaan mereka dan persatuan-persatuan mereka - maka Najib bersetuju! Dan sekali lagi...soalannya..siapakah yang sebenarnya untung? Dan siapa pula yang bodoh dan diperbodohkan? Jangan jawab..tapi tengok diri sendiri..ada faham???? (baca juga artikel menarik di sini).

1 comment:

sazaleeahya said...

MCA memberitahu UMNO,mereka akan keluar BN jika UMNO melaksana kn hukum Islam lalu UMNO bersetuju dgn kehendak MCA.UMNO menjaja kpd org2 Melayu,jika PAS menang Cina DAP akan jd PM.MCA menjaja kpd org2 Cina jika DAP menang PAS akn melaksana kn hukum hudud.Jd lu pikir lh sndiri!