Tetamu Kehormat...

May 29, 2013

Kisah Dajjal Berkod 28/98

Mengikut hadis sahih, salah satu ciri yang terdapat pada batang tubuh Dajjal ialah, dia bermata satu (buta sebelah matanya). Kelicikan dan strategiknya sangat halus dalam menghasut manusia agar meninggalkan agama Allah dan menyeru manusia agar mengikuti segala pembohongan dan tipu dayanya. Saya telah terlepas pandang bahawa sepupu Dajjal telah lama muncul di Malaysia - yakni sejak tahun 1998 lagi - matanya sememangnya satu - yang satu lagi adalah mata lebamnya dahulu. 

KUALA LUMPUR 27 Mei - Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin menyelar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang tetap mahu menjadi Perdana Menteri sehingga ke saat kematiannya. Selain Anwar, katanya, para pemimpin pembangkang seperti Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak mempunyai nilai moral tinggi untuk bersara setelah kalah dan ini berbeza dengan pemimpin politik Barat yang menerima kekalahan secara terbuka dan meletak jawatan seperti bekas Perdana Menteri Britain, Gordon Brown. "Biar saya ingatkan anda, Anwar telah mengatakan dia akan bersara jika gagal menawan Putrajaya (memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). 

Anwar tidak mengotakan janji. "Dia (Anwar) tidak akan bersara sehinggalah pada saat kematiannya. Dia tetap mahu jadi perdana menteri," katanya dalam satu wawancara dengan akhbar China Press yang dipetik daripada blog http://kadirjasin.blogspot.com/ hari ini. Daim turut mengkritik tindakan pembangkang khususnya DAP dan PKR yang sehingga kini tidak dapat menerima kekalahan dan menganjurkan siri perhimpunan haram di seluruh negara bagi membantah keputusan PRU-13 yang tidak memihak kepada mereka. Katanya, tindakan itu sengaja dilakukan pembangkang khususnya Anwar dan Kit Siang secara tidak bertanggungjawab agar mereka ditahan polis kerana perhimpunan sebegitu dikhuatiri menimbulkan insiden tidak diingini antara kaum, khususnya Melayu dan Cina. 

"Bagaimanapun Anwar dan Kit Siang tidak peduli (kerana) jika terjadi lagi insiden antara kaum, mereka akan menyalahkan Barisan Nasional (BN). Jika anda sanggup mengorbankan keamanan dan kestabilan untuk keuntungan anda, kepimpinan jenis apakah ini?" soalnya. Beliau menambah, para pengundi Cina yang hampir keseluruhan memilih pakatan pembangkang dalam PRU-13 sebenarnya telah termakan dakyah serta perkauman DAP kononnya masyarakat tersebut adalah mangsa yang dipinggirkan di negara ini. Katanya, DAP juga menyebarkan sentimen bahawa PRU-13 lalu merupakan peluang bagi masyarakat Cina untuk 'mengajar' MCA dan Gerakan yang selama ini berada di bawah telunjuk UMNO dengan memberikan mesej bahawa mereka tidak mahu lagi dibuli UMNO dan Melayu. "Cybertrooper mereka (pembangkang) bekerja 24 jam sehari dengan menghantar maklumat salah, putar belit, khabar angin dan sebagainya. Di mana (orang) Bangladesh? Di manakah kejadian terputus bekalan elektrik? Berapa ramai yang hilang dakwat di jari mereka mengundi sebanyak dua kali? "Tun Dr. Mahathir Mohamad melarikan diri dengan menaiki jet peribadi? Penipuan demi penipuan sehingga masyarakat Cina percaya kepada (slogan) 'Ubah' dan 'Ini kalilah'," katanya.

8 comments:

kazzim kassim said...

anwar ni memang kuat kencing

Penggali Kubuq said...

Sanggup ko kata dia ni dajjal.. ko kenal ke dajjal ni siapa, perangai dia mcm mana?
Ko dah la muka macam babi tunggal.. sedar la sikit najib yg ko sanjung2 sangat tu ada skandal rasuah kapal selam..
Bodoh punya blogger..

usin said...

lu gali kuboq, lu masuk sendiri la bodoh!!!! org cerita betapa munafiknya anwar tu. kalau kalah nk bersara, ni yg menyalak macam hanjing tak sudah2 tu bukan munafik ke? ada baik lu gali kuboq, tanam anwar kasi mampossss!!!!

KaosDuniaBola said...

bl;og walking

Bingai @ Bangang said...
This comment has been removed by the author.
Bingai @ Bangang said...

Sabar Usin,
Dia baca lain tapi dia faham lain. Sebab tu keluar topik. hehehehe

Orang beradat itu beradab.
Orang beradab itu bertertib.
Orang bertertib itu berakal.
Orang berakal itu beragama.

Adat bersendikan syarak
Syarak bersendi Kitab Allah
Agama mengata adat memakai
Najib memang tak layak jadi PM? di Tendang Terajang

orangpencen said...

bodo punya tulisan..orang suruh pi masjid tadah kitab belajaq ugama supaya faham maksud dajal tak mau...yang dia suka lepak bersama orang besaq umno...bangga la kunun..esok diakhirat jawab la sendiri..kalau jadi macai dapat 10 juta ke 100 juta ke berbaloi jugak..tapi lu ada????

lai lai ssg said...

hampeh punya blogger..munafik!
otak mcm budak sekolah..
bawa la idea yg munasabah...
ni tak, dah ler berdusta, menfitnah, mengakkan benang basah, dan andai pernah memungkiri janji maka lengkaplah ciri2 munafik!