Tetamu Kehormat...

May 3, 2013

Kerajaan PAS Kedah Tumbang 5 Mei Ini


Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yakin Barisan Nasional (BN) akan menawan semula Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Ahad ini. Beliau berkata ini berikutan kegagalan pakatan pembangkang mentadbir negeri itu dengan baik walaupun lima tahun diberi peluang oleh rakyat.

Daim berkata apa yang penting sekarang ialah semua anggota BN perlu mengetepikan kepentingan peribadi dan mengutamakan perpaduan serta kerjasama dalam parti komponen. "Saya percaya pakatan (pembangkang) tidak akan menang di Kedah...BN sekarang saya nampak bersatu padu kerana kegagalan lalu telah memberi pengajaran," katanya kepada pemberita selepas majlis pertemuan bersama Pemuda dan Puteri Umno, di sini hari ini.

Terdahulu, ketika berucap beliau turut mengingatkan rakyat Kedah supaya tidak melakukan kesilapan dalam memilih pemimpin kerana ia boleh mendatangkan masalah besar kepada negara. Katanya, rakyat perlu memilih sebuah kerajaan yang mampu melaksanakan dasar-dasarnya seperti dilakukan kepimpinan BN selama ini berbanding pembangkang yang hanya membuat dasar tanpa merealisasikannya.- Bernama

No comments: