Tetamu Kehormat...

May 17, 2013

Keperibadian Mukhriz Gusarkan PAS : Pemimpin UMNO yang Ditunggu-tunggu!

Selain dari keperibadiannya yang terserlah berbeza dengan bapanya Tun Mahathir ini, Mukhriz juga menurut seorang sahabat sanggup membayar RM4.5 Juta untuk meredakan kemarahan penduduk..

Beliau dilaporkan telah membeli semula sebidang tanah yang hendak dijadikan tanah perkuburan Cina di negeri Kedah.

Menurut penduduk disitu tentangan terhadap cadangan tersebut telah lama dikemukakan tetapi tiada siapa memperdulikannya.. dan mereka juga mempersoalkan bagaimana tanah milik kerajaan negeri itu boleh dimiliki oleh Persatuan Tiong Hua..

Penduduk juga mempersoalkan bagaimana cadangan persatuan tersebut untuk menjadikan tanah itu sebagai tanah perkuburan Cina mendapat kelulusan tanpa mengambil kira majoriti kaum atau bangsa yang berada disekeliling kawasan itu...

Jika Mukhriz berterusan begini, sanggup menghabiskan duitnya demi rakyat dan mempamirkan akhlak seperti di bawah.. Mampukah PAS/PR menawan kembali Kedah?

Semalam di masjid Zahir Alor Setar, Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir menunaikan solat hajat dan bacaan Yasin berjemaah bersama jemaah memanjatkan doa untuk kesejahteraan dan kesihatan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Mukhriz anak Mahathir ini kadang kala mengimami solat. Ada kala bersama dengan jamaah masjid. Ada sikit kelainan dengan bapak dia!!

Saya bukan nak puji Mukhriz, pasal dia pun ada kaitan dengan syarikat arak. Saya tunjukkan beberapa gambar daripada banyak gambar di atas ada dua sebab:-

1. PAS - UMNO 'bergaduh' untuk berebut memerintah bukan kerana nak tunjukkan siapa boleh bagi air subsidi paling banyak. Atau siapa yang boleh bagi rakyat senang. Tapi soal Islam dan negara Islam. kalau PAS memerintah sama dengan UMNO, arak di Langkawi pun macam biasa aje... rasanya kalau Mukhriz tukar songkok hitam tinggi kepada lebai (kupiah) UMNO akan lebih disenangi oleh rakyat!! 

2. Mukhriz boleh doakan kesejahteraan Ustaz Azizan.. Mukhriz tu siapa? Ada syarikat terbabit dengan arak... Tapi ada kepimpinan PAS yang sama-sama makan setalam.. qiamullail dan solat hajat bersama. Tamrin dan Usrah... tak payah cakap nak kata 1000 x saya rasa lebih..

Tapi bila 'bergaduh' pasal uslud, kaedah dan cara pentadbiran sampai sekarang Tak ada hajat nak jenguk si Ustaz Azizan. Kalau mati pun saya rasa nak lalu sebelah kubur pun tak mahu!!

Kalau macam ni sikap kepimpinan.. PAS mungkin 10 atau 20 tahun lagi baru boleh ambil alih. Itu pun belum tentu kerana mungkin belum mati lagi spesis yang 'menanam titik hitam' dalam perjuangan Islam. ~ Addin

Hmmm.. mungkin ada kebenarannya cerita SetPol Ustaz Azizan yang mengatakan Ustaz Azizan berasa lega sebab PAS kalah di Kedah...(Sumber klik di sini).

14 comments:

mat tarbus said...

nasib baik tok nik aziz tak ludahkan sape2 yang buat solat hajat utk ustz azizan..... orang tua tu mcm mkn sirih.. asik nak meludah.

kazzim kassim said...

muhriz terbaik. harap cerdik mentadbir seperti Tun M

zgmail said...

ini dia ciri2 seorg pemimpin sejati....alhamdulillah!

PASBodoh said...

Mukhriz ada kaitan dengan syarikat arak?? Ye ke bro, boleh kasi maklumat untuk itu tak?

otaklunyai said...

Tak gusar pun... malah bersyukur kehadrat Allah. Sebab kaedahnya amat mudah... kalau betul beribadat itu kerana Allah dan untuk menuju kepada keimana kepda Allah pasti akan dapat dilihat dari tindakan, percakapan, pemikiran dan cara hidup. Kalau kita kaji kisah dizaman baginda Rasulullah S.A.W. bagaimana org munafiq berimam di belakang baginda, akhirnya dapat dikesan juga kemunafiqkan itu... sebab kalau betul jalan dan keikhlasannya ia pasti akan membawa kepada Allah dlm setiap aspek dan akan menentang kezaliman, penyelewengan, rasuah, bisnes benda haram, dapat kuasa dgn cara tipu dan segala bentuk maksiat. Tapi menang undi masa PRU13 tu ada main tipu tak... tepuk dada tanya iman... ini penting sebab gaji tu jadi haram kalau menang tipu... Jadi solat tu dan ibadah2 lain apa cer....

Amri Yunos said...

Mukhriz ada kaitan dengan syarikat arak?? Biar betul? Mana mai maklumat tu?

Hanafi Vale said...

Bukan mukriz teraju syarikat san Miguel...

Kena faham betul2 yang maklumat sebenar anak TDM yg lain yang menerajui San Miguel...TAPI dia tak terlibat dalam aktivities pengeluaran arak di Filipina.

Cuma aktiviti yg berkaitan minyak sahaja sebab San Miguel ada sharaec dalam syarikat minyak Filipina PETRON.

azman hangjebat said...

alhamdullillah pemimpin yg hebat..

hypro said...

JANGAN MUDAH TERTIPU....SIFAT WARAK PAK LAH DULU LEBIH HEBAT DR MUKHRIZ...DIA ADALAH CUCU KEPADA SEORANG ULAMAK YG TERKENAL...TAPI AKHIRNYA BERPELUK BERKEPIT DENGAN BETINA...KALAU NAK DIBANDINGKAN MUKHRIZ...SIAPA MUKHRIZ..???? SEORANG POLITIKUS YG MUNCUL DAN BERGANTUNG KEKUATAN BERSAMA BAYANG-BAYANG BAPANYA...MAHATHIR, SEORANG YANG TERKENAL SEBAGAI ANTI GERAKAN ISLAM DAN PENYELEWENG HARTA KERAJAAN UNTUK MENYELAMATKAN KRONI DAN ANAK PINAK YANG BERMASALAH.....WALAUBAGAIMANAPUN KITA TUNGGU DAN LIHAT APAKAH YANG TERBAIK YANG MAMPU DILAKUKAN OLEH MUKHRIZ....ADAKAH BELIAU HANYA MENUMPANG POPULARITI BAPANYA ATAU DIA MEMPUNYAI AURA TERSENDIRI....YANG PASTI BELIAU TELAH MENGHALANG STADIUM SULTAN ABDUL HALIM DARI DIGUNAKAN OLEH PR...TIDAK SPT KERAJAAN SEBELUM INI, GUNALAH....IA HAK SEMUA RAKYAT!

Jamaludin Jamal said...

Alhamdulillah...sebenarnya inilah yang Parti PAS inginkan..kalau semua pemimpin UMNO menunjukkan sikap yang positif macam Mukhtriz..PAS tidak gusar langsung...kerana PAS berjuang kerana Allah bukan kerana parti...harap MB Kedah yang baru dapat menjadi idola serta menjadi imam kepada seluruh rakyat negeri KEDAH.....PAS menyokong yang baik dan menolak keburukkan...

PASBodoh said...

YANG PASTI BELIAU TELAH MENGHALANG STADIUM SULTAN ABDUL HALIM DARI DIGUNAKAN OLEH PR...TIDAK SPT KERAJAAN SEBELUM INI, GUNALAH....IA HAK SEMUA RAKYAT!

----------------------------------

Bukan juga seperti pemimpin Kedah sebelum ini, surau dirobohkan demi tembolok kroninya. Sanggup bersubahat dengan mufti untuk menipu status tanah wakaf khas tersebut.

Bukan itu sahaja, pemimpin Kedah sebelum ini juga secara langsung menganiaya kakitangan KUIN sehingga gaji pun tertunggak, pemotongan KWSP ke atas gaji dilakukan, tapi rekod di KWSP langsung tak menunjukkan duit berkenaan dicarum untuk kakitangan2 tersebut.

Kerana hebatnya pemimpin Kedah sebelum ini, sanggup bersekongkol dengan reaktor KUIN memalsukan dokumen minit mesyuarat yang dikemukakan kepada mahkamah tinggi Alor Setar bagi berhadapan dengan saman dari satu syarikat kontraktor.

Pemimpin Kedah sebelum ni juga, memberi konsesi pada kroni mereka menebang balak begitu rakus hingga botak seluruh gunung berhampiran kawasan tadahan air.

Nak cerita pasal hak rakyat... ingatlah siapa yang majoriti rakyat Kedah pilih kini, BN atau PR??

Kalau PR, gunakan la semua kemudahan tu sesuka hati mak bapak anda, tapi kalau orang lain yang dipilih oleh majoriti rakyat Kedah, ikutlah kata-kata pemimpin tu pulak. Susah sangat ke???

PASDAPX said...

bangang la pencacai PAS, kalau org UMNO buat baik apa sj depa nk kutuk. Tp Mat Sabu kena tangkap dgn betina mereka diam, mcm katak bodo bawah tempurung.. ini celaka punya puak. Mereka dpt Kedah dirobohnya madrasah yg xdk dosa apa pd kita. Pencacai haramjadah PAS ni cuba ckp bentu baik..bagus.. buat pusat hiburan atas tanah wakaf Madrasah bagus??? Mukriz jadi imam tak bagus? Nik Najis baliah tanah 14 lot bagus? wei PAS hangpa ni puak CELAKA.. CELAKA dunia akhirat dgn perangai pembelit dan munfafik

Mukriz berwatak lebih bagus dr Ayahndanya dr segi sahsiah dan berfikiran jiwa rakyat. Ciri2 pemimpin yg kena ada di Kedah ialah mcm Mukriz Insya Allah sudha cukup. Jgn mcm Nik Najis org agama tp penipu dan menyeleweng. Atua Mahposs kepala liberal yg tkperjuangkan Islam.. harap jilat Anwar sj.

Semoga Allah berkati dan berikan kekuatan pd Dato Mukriz Tun Mahathir! Aminn!!

PASDAPX said...

Tolong jgn fitnah Mukriz dgn arak ok? Mukriz tk terlibat apa2 dgn company Petron atau San Manguel.

Ank Mahathir yg lainterlibat dgn PETRON tu xde kena mengena dgn kilang arak. Manusia pencacai Pakatan Haram ni kalau bab nk burukkan org lain cukup hebat skrip mereka..

Aku amat sokong jgn berikan anjing berok PAS PKR DAP gunakan stadium Sultan Abdul Halim tu utk gerakan jahat mereka. Itu bukan harta PR itu harta kerajaan. Tolong jgn eksploitasi nama rakyat. Sikit2 wang rakyat? bape kerat sgt wang rakyat yg bayar cukai berbanding pelaburan dan pengembangan ekonomi hasil usaha dan buah fikiran Krjn BN dgn izin Allah????

Klu rakyat 100 juta pun tp pakat2 miskin, kerj apun tk tentu mana nk dtg duit rakyat pd krjn?? BODOH nk mampos2 pencacai PR!!

JGN IZINKAN berok anjing PR pakai mana2 kemudahan negeri yg ada. Puak gila yg nk gunakan kemudahan utk rosakkan kestabilan negara!!

Saodah Yazid said...

Abdullah bin ubai juga solat di belakang nabi malah paling awal datang masjid kemudian Allah bongkar dalam al quran tentang kemunafikannya..kalau benar-benar islam sila tukar undang-undang dan perlembahaan yang sedia ada kepada undang-undang dan perlembagaan islam amacam?