Tetamu Kehormat...

May 13, 2013

Hari Ini 13 Mei

KUALA LUMPUR, 13 Mei — Datuk Zulkifli Noordin malam tadi membangkitkan tentang insiden 13 Mei apabila beliau menuduh Penasihat DAP Lim Kit Siang di belakang rusuhan kaum terburuk Malaysia dikala pemimpin Umno terus-menerus menyalahkan keputusan pilihan raya minggu lepas sebagai “tsunami Cina” yang disebabkan oleh Pakatan Rakyat (PR).

Naib presiden Perkasa kontroversi, calon langsung Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya 2013, membuat pertuduhan dalam mesej yang dihantar di Twitter pada malam ulangtahun ke 44 rusuhan tersebut.

“Esok 13 Mei ... ulangtahun ke 44 rusuhan kaum d M’sia angkara cauvinis trmsuk parti Kit Siang yang membawa slogan Malai-Seh!Mampos Melayu!,” tulis Zulkifli melalui akaun Twitternya @zulkiflinoordin lewat malam tadi. Lim seringkali menjadi sasaran kumpulan Melayu berhaluan kanan yang menyalahkannya di atas rusuhan tersebut walaupun Penasihat DAP itu tidak berada di Kuala Lumput apabila rusuhan itu tercetus

Menurut rekod polis, 196 orang terbunuh dalam rusuhan diantara kumpulan Melayu dan Cina, beberapa hari selepas keputusan pilihan raya umum. Dalam pilihan raya 1969, gabungan Perikatan Umno, MCA dan MIC hilang undi popular tetapi menang pilihan raya.

Dalam Pilihan Raya 2013, pengganti Perikatan menang pilihan raya tetapi hilang undi popular. Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mencadangkan “tsunami Cina” menyebabkan BN mendapat keputusan pilihan raya terburuk dalam sejarah.

Utusan Malaysia, akhbar dimiliki Umno, juga mencadangkan pengundi Cina cuba melakukan provokasi kaum dengan mengundi menentang BN, dengan satu tajuk muka depan akhbar berbunyi, “Apa lagi Cina Mahu?”.

Akhbar dilihat — bersekutu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad — dan pemimpin parti lain secara konsisten berhujah undi menentang Umno yang mengetuai BN sama dengan undi menentang Melayu.

Ini berlaku apabila secara faktanya parti PR PAS dan PKR sebahagian besarnya ahlinya Melayu-Muslim. DAP turut meletakkan calon Melayu dalam pilihan raya. Semalam, Najib mempertahankan partinya daripada pertuduhan perkauman, sebaliknya menuduh DAP bersikap perkauman.

Di sebalik dakwaan Umno, analisis keputusan Pilihan Raya 2013 menunjukkan perpecahan bandar-luar bandar berbanding perpecahan Melayu-Cina dalam corak pengundian rakyat Malaysia minggu lalu. Walaupun majoriti daripada Cina menyokong parti PR, terdapat angka signifikan undi Melayu terhadap parti pembangkang, terutamanya di kawasan bandar.

Zulkifli, yang mengangkat dirinya sendiri sebagai pejuang hak asasi Melayu-Muslim turut menggesa dalam tulisan di Twitter agar rakyat Malaysia menyertai kempennya digelar “ABCD Asalkan Bukan Cauvinis DAP”.

“Ingat 13 Mei,ingat DAP!Ingat 13 Mei,ingat Malai-seh!,” tulis beliau di Twitter. Semenjak DAP menjadi sasaran serangan Umno, ia telah disokong oleh rakan PR PKR dan PAS yang sebahagian besarnya adalah Melayu.

Semalam, bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah juga menyertai perdebatan kaum apabila beliau memberi amaran kepada komuniti Cina agar bersedia dengan tindak balas daripada Melayu kerana “khianat” terhadap BN dalam Pilihan Raya 2013. Dalam sebuah forum, bekas hakim itu dilaporkan menuduh Cina merancang untuk “merampas kuasa politik” daripada Melayu, walaupun sudah mendapat manfaat dari segi ekonomi dari “setia kawan” Melayu.(klik sini untuk sumber).

No comments: