Tetamu Kehormat...

May 23, 2013

Giliran Chua Tian Pula Ditahan

Kita bersyukur, sangat bersyukur - pada kali ini Polis dan pihak kerajaan semakin bertegas dan tidak lagi tunduk dengan sebarang provokasi Anwar Ibrahim atas nama "kuasa rakyat" - sedang mereka telah tewas dalam pilihan raya yang lalu. Saya percaya dan yakin, tidak lama lagi semakin ramai para pemimpin pembangkang akan tersungkur satu demi satu atas segala dosa yang telah mereka lakukan di negara ini. Sasaran kita mudah - heret mereka ke mahkamah dan hukum mereka demi keamanan dan kesentosaan rakyat Malaysia.  Rakyat memberi kemenangan kepada BN bukan hanya untuk memajukan negara ini sahaja, bahkan kami juga mahu para pemimpin pembangkang seperti Anwar Ibrahim disumbat ke penjara semula. Mereka telah begitu banyak merosakkan keamanan dan kesejahteraan rakyat di negara ini.

KUALA LUMPUR, 23 Mei — Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang dan aktivis Haris Ibrahim ditahan kerana menghasut hari ini dan di bawa ke balai polis Jinjang untuk disoal siasat dan penahanan. Difahamkan kedua-duanya ditahan secara berasingan dalam tindakan keras polis hari ini. Ini adalah siasatan ketiga polis mengenai hasutan semenjak pilihan raya 5 Mei. Yang pertama adalah aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim yang didakwa di bawah Akta Hasutan di kompleks mahkamah Jalan Duta pagi ini.

2 comments:

sha haninia said...

ambiga lahanat tu ckap akta hasutan tak relevan lagi... oleh itu tembak je anjing2 ni sampai mampos!

Qar Max said...

Tahniah kepada PDRM.Teruskan tugas menjaga keamanan awam.terima kasih.